OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 08, 2011

Sinar Harian - Sekali Sekala Masuk Suratkhabar

Akhbar Sinar Harian

Jumaat - 7 Januari 2011

Berita persaraan bekas Pengetua sekolah aku telah dimuatkan dalam akhbar ni.. kelakar la plak... sebab berita ni aku yang uruskan untuk disiarkan di dalam akhbar ni..

Sebenarnya, tugas aku hanyalah mengcover sahabat aku.. kebetulan sepatutnya pada hari terakhir pengetua bersara ada wartawan yang akan hadir ke sekolah.. tapi beliau x dapat hadir.. begitu jugak malam Annual Dinner kat Klana Resort pun dia sepatutnya hadir, tapi malam tu malam tahun baru.. dah sahih dia akan busy untuk cover story sambutan tahun baru di Seremban.. memandangkan aku memiliki beberapa koleksi penting gambar-gambar kat sekolah, maka aku dihubungi pada jam 11.30 malam untuk menguruskan pasal berita ni..

Malam balik dinner memang aku letih sangat.. jadi terpaksa la aku uruskan pada pagi 1.1.11.. sempat menghantar msg dalam inbox beberapa sahabat dalam facebook untuk minta biodata pengetua.. pening jugak nak fikir nak bagi gambar apa.. sudahnya aku hantar 10 keping gambar pengetua.. antaranya gambar masa punch card, majlis persaraan dia, bersama barisan pentadbir sekolah.. juga aku selitkan sekeping gambar yang ada muka aku ni...

Sungguh x sangka.. seminggu kemudian, bila keluar dalam surat khabar, gambar ni plak yang terpilih.. kelakar pun ada.. unik gambar ni sebenarnya.. bak kata seorang teman, gambar ni dipilih kerana menggambarkan satu suasana yang jarang dilakukan oleh seorang pengetua.. betul la tu.. aku pun setuju...

Apa pun, selesai tugas yang telah diamanahkan untuk aku.. cuma ade sedikit ralat pada tajuknya.. " Zaleha bersara selepas 30 tahun " yang sebenarnya bukan 20 tahun.. tapi yang pasti kawan-kawan aku yang tersiap gambarnya ini cukup gembira.. hahahhaha....

No comments:

Post a Comment