OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 30, 2011

Hujan dan Nasi Lemak

Sejukk... ggrrrrr...grrr.....
Hujan dari malam semalam.. sampai hari ni.. dari pagi bawak ke malam...

Nak keluar rumah hujan-hujan cam ni memang terasa malas sesangat.. dok umah.. tengok tv.. tido.. makan.. tu je la...

Cuti 9 hari sempena Tahun Baru Cina dah bermula.. ape je keje nak buatkan.. selain dari kemas rumah.. g ziarah mak & bapak mertua.. sebut pasal ziarah ni, sempat aku patahkan sedahan daun pisang yang segar bugar depan rumah mak mertua aku ni.. x boleh la aku tengok pokok-pokok pisang bapak mertua aku tu.. tengok daunnye aje aku dah lapar terbayang nasik lemak panas.. aduhhh... mane bleh tahan...

Balik je rumah, terus aku masak nasik lemak.. nak sangat makan atas daun pisang.. juga x ketinggalan dengam sambal paru + kentang.. sedapnye...

Request dari suami aku.. air tembikai campurkan dengan epal.. terbeliak jugak bijik mata aku.. tapi buat la jugak kan...

Sebelum kene blander..

Jus yang dah siap.. jus tembikai + epal merah.. sedap..sedap..


Menu untuk dinner malam ni.. sambil duduk bersila atas tikar sarawak.. juga bersama keropok lekor dan pisang goreng untuk minum petang tadi.. layan aje la musim-musim hujan ni...


Kenyang sesangat... sampai terlentok aku depan tv lepas makan ni..

Nampaknye bila cuti bermula, maka episod makan-makan pun akan bermula kembali..

Wednesday, January 26, 2011

Pizza Hut Yang Percuma

Makan lagi.. mak aiii.... mau pecah perut macam ni.. tapi ni le yang dinamakan rezekikan....

Lokasi kali ni di..
PIZZA HUT di Seremban Parade..

Tadaaa... ni le voucher percuma RM30.. memandangkan voucher terdahulu aku dah gunakan untuk makan di KFC, kali ni ke Pizza Hut la plak....

Lama dah x masuk Pizza Hut ni.. bukan slalu pun makan kat sini.. setahun tu boleh kira.. dua atau tiga kali je... tengok ade menu baru.. ape kata kite try...

Sambil menunggu.. boleh jugak main tulis-tulis atas meja ni...

Menu ni sampai dulu.. garlic bread & mushroom soup.. layan la dulu..

Air sprite ni macam mineral water pun ade..... err.. rase macam x cukup je 1 gelas ni...

Menu baru yang kami cuba.. Meatball Bakes Cheese.. sedap la weii...

Ni plak menu baru jugak.. Pizza Seri Emas - Ring of Fortune.. rangup rasenye. ade cheese lagi dalam roti dia...

Apalagi... Bismillahirrahmanirrahim...

Suami aku ni sambil makan sempat lagi buat iklan ubat gigi...

Licin pinggan... hehehehe...


Tu dia.. hampir nak jadik ular sawa suami aku ni... syukur.. kenyang & heppi.. pasni shopping time....

Wednesday, January 19, 2011

Handbag Hook

Penyangkut Handbag @ Handbag Hook
Aksesori terkini yang perlu dimiliki setiap wanita.. wahh.. promote ni.. aku dah memiliki satu.. bukan dibeli.. tapi diberi hadiah sempena hari lahir yang ke-31 tahun lepas oleh sahabat di Ireland..

Memula aku perasan jugak yang hook ni ada dijual dalam fesbook, tapi sikit pun aku x amik peduli.. masa tu rasa tak de gunanya nak beli benda ni.. handbag tu boleh nak sangkut kat mana-mana atau letak je atas meja.. Tapi rupenya bila aku dah ada benda ni, dan digunakan terasa seronok pulak... memang terasa ada faedahnya hook ni dicipta... jadi hook ni aku bawa ke mana-mana dalam handbag aku.. kecik je senang nak simpan...

Untung pulak rasanya diberi hadiah macam ni.. sebab rasanya aku dapat mengikuti perkembangan dunia aksesori ni.. Tak de la ketinggalan dengan produk-produk ciptaan baru dan terkini... Tapi rasanya hook ni dah dicipta lama, mungkin jadi terkenal sejak jual beli secara online mula berleluasa.... Mulanya aku x tau yang aku dapat hadiah ni.. kawan aku di Ireland bungkuskan hadiah hari jadi dan beri pada hubby untuk dia bawak balik.. bila aku bukak, terkejut jugak dapat clutch/sling bag jenama NewLook ni.. wahh.. kelass cikgu...

Lepas tu aku gantung je bag ni.. 2 bulan aku x pedulikan pape.. sekali aku amik bag ni nak pakai, aku raba kat dalam rupa-rupanya ada lagi hadiah tersembunyi.. wahh.. berbaloi-baloi la untungnya aku ni... kaler purple lagi.. matching dengan clutch bag yang kaler purple tu... nasib jugak sebab kawan aku yang bagi hadiah ni memang bisnes jual hook ni online.. tapi kat Ireland la...

Hari ni aku start guna kat skolah.. best la pulak.. memang jimat ruang la.. x payah la pikir nak letak handbag atas meja aku yang sememangnya dah penuh dengan buku dan laptop.. nak sangkut kat kerusi x selesa pulak nak duduk.. nak letak kat lantai, kotor plak handbag... ada hook ni.. selesai masalah...

Cantik pulak aku rasa... lepas tu hook ni boleh angkat bag yang seberat 6kg.. kagum..kagum.. lagi-lagi handbag cikgu ni yang penuh sarat dengan segala macam barang..

Sudahnya, pembantu bengkel aku tengok, dia pon suka dan mintak aku orderkan untuk dia.. waahh... kalau aku yang bisnes jual hook ni mesti laris kan... semua akan pakai macam ni gerenti nampak cantik... tapi kena hati-hati.. jangan sangkut di tempat terbuka.. takut handbag kita ni plak jadi sasaran mat samun.. yang eloknya untuk sangkut kat meja di tempat kerja...

Kalau carik dalam pasaran online ni, memang rambang mata.. macam-macam design yang ada...

Yang aku perasan harganya semurah RM15 hinggalah mencecah RM80... dan ada jugak boleh mencecah ratusan ringgit..

Dah ada satu bijik ni.. rasa macam nak tambah lagi.. nafsu.. nafsu...

Ni antara patern yang sangat aku suka...

Banyak lagi yang ada... sediakan duitnye aje...


Aku percayalah.. hook ni satu masa nanti boleh jadi koleksi pulak.. tengok la design & patern yang ada.. cantik dan menarik sangat.. kalau dan mula membeli satu persatu.. lama-lama berbukit la hook ni dalam simpanan...


Macam batu berlian pun ada kan.. tengok la.. batu jenama Swarovski yang terkenal tu.. patut la bersinar-sinar je mata...

Macam aku plak yang bisnes jual hook ni kan.. padahal aku cuma nak berkongsi cerita je kegembiraan aku menggunakan hook ni.. Pada yang berminat.. search aje online.. gerenti memang ada jual... Lepas tu jaga-jagalah.. jangan ketagih membelinya pulak ye...

Sunday, January 16, 2011

Roti Arab dan Chinese New Year Sales

Roti Arab..
Kali kedua aku dapat merasa kenikmatannya.. tak banyak tempat yang ade jual roti ni... roti arab ni aku dan suami makan kat restoren kat Ocean Seremban... Nama roti ni betul-betul macam asal dari Arab.. pasal tu roti dia lain sket dari bentuk roti yang kita slalu makan..

Rotinya unik.. baunya pon menarik.. kat sini pilihan untuk cicah dengan kuah kari ataupun masak lomak.. harganya 1 set RM 3 sahaja.. memang puas jugak makan.. cuma kuah karinya macam sikit je plak.. kalau cicah dengan kari atau dhal, baru la terasa ke'arab'annya.. tapi kalau cicah dengan masak lomak, tu memang orang nogori la.. lain la plak kalau berani cicah dengan tempoyak.. memang sah orang Perak kan..

Lawan plak dengan limau ais.. okla.. dia kasi potong rasa planta kat roti ni...

Tu dia.. skali makan.. kelakar gak nak potong roti ni.. pisau xde.. yang ade sudu dan garfu.. orang melayu katakan.. potong siap-siap pastu cicah je dengan tangan.. selesai..

Hajat asal nak makan mee jawa x kesampaian.. dapat pekene roti arab pon jadi la... macam makan kek pon ade...

Actually, kami keluar soping sempena Chinese New Year kat Ocean ni.. saje nak memeriahkan suasana...sambil carik kasut baru untuk hadiah buat bapa mertuaku...tengok-tengok ade sales runtuh kat The Store ni.. bayangkan jenama feveret aku VOIR dan INSTITUTE sales menjunam sampai 70%... toink..toink... baju-bajan yang aku beli dolu-dolu RM80++ tu semua dah jadi RM 30++.. aduuhh...

Sempat aku sambar baju Cotton Candy dari Institute ni... tau tak.. baju ni la aku nak beli 9 bulan yang lepas.. yang aku cuba dlm fitting room.. lepas tu aku x jadi beli sebab harganya RM49.90... frust gila masa tu.. aku pujuk hati cakap kalau ade rezeki, dapat la aku beli baju ni.. tengok-tengok memang rezeki aku.. baju ni je tinggal satu-satunya dengan saiz aku..

Satu lagi... blaus VOIR.. harga asal RM79.90.. dapat RM29.90.. terus aku ambik dan bayar... rugi kalau terlepas yang ni....Plan nak beli seluar kene tangguhkan dulu.. tenangkan hati sebelum kembali menyambung soping.. nak soping ni x boleh beli terus semua.. nanti balik rumah menyesal.. kena balik dulu.. rileks.. tenangkan diri.. datang kembali esok hari.. dan kalau masih ade rezeki untuk kita, maka itulah yang patut kita beli.. boleh gitu..??

Nampaknya esok kena g The Store OCEAN lagi...

Saturday, January 15, 2011

Melaka Maju... 2011

Cuti lagi.. rasanya baru je mula sesi persekolahan untuk tahun 2011 ni.. dah cuti.. tapi cuti ni la yang ditunggu-tunggu.. maklumlah, baru 2 minggu kerja tapi rasenye dah naik keras urat sendi ni dok penangan mengadap semula anak-anak murid kat skolah..
3 hari cuti.. Cuti Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar N.Sembilan ++ cuti hujung minggu.. plan asal nak berehat-berehat di tepi pantai sambil menghirup udara segar dan melihat ombak di lautan.. yang pasti, tentunya di Avillion, Port Dickson.. hubby dah siap-siap call seminggu lebih awal tanya rate dan bilik kosong.. tapi belum booking lagi... nasib baik jugak sebab plan tu kena postphone sebab memandangkan hujan setiap petang juga berita banjir di sana sini serta berita kapal pecah dipukul ombak, menakutkan jugak jika memilih nak bercuti di atas air ni... agak kecewa rasanya, tapi memandangkan perasaan takut melebihi segala-galanya, jadi nak x nak kenalah tukar plan...

Jadi, lokasi pilihan untuk menyambung cuti adalah di Melaka.. Bandaraya Bersejarah.. tapi kini dah bergelar Melaka Maju.. waahh.. memang indah.. setahun aku x masuk ke Melaka ni.. memang diakui indah dan menarik.. serta bersih.. nampak banyak pembangunan dan kepesatan bandaraya ni dalam jangkamasa setahun ni...

Dalam Melaka ni memang banyak sangat tempat pelancongan.. masuk je Plaza Tol Ayer Keroh menuju ke Pusat Bandar.. berderet-deret tempat pelancongan yang boleh dilawati.. menarik sangat bila terpandang signboard Mini ASEAN.. hajat dihati, kalau sempat boleh singgah dalam perjalanan balik petang nanti.. Mini Malaysia dah pernah masuk.. cuma taman burung, buaya, rama-rama, zoo dan segala macam taman haiwan tu je yang aku x sempat masuk lagi.. kalau bawak budak-budak kecik ke situ gerenti seronok la kan.. orang dewasa macam aku ni akan seronok kalau masuk ke tempat shopping aje la..

Plan ke Melaka ni last minit je.. pasal tu x tau nak ke mana.. asalkan dapat keluar rumah jalan-jalan sudahla.. tambahan plak cuti hubby dah nak habis, jadi masa ni la sesuai untuk keluar jalan-jalan sepuas hati.. Sampai kat bandar Melaka, kami parking kat bangunan Stadhuy's.. dengan tiket parking RM5, dapat parking kat situ sepanjang hari..

Jalan-jalan.. pusing-pusing.. puas belek membelek fridge magnet.. tapi x beli pun.. sebab dah banyak fridge magnet Melaka.. jadi kesimpulannya, acara mengukur jalan sambil memecahkan lemak aje la hari ni... nampak jugak beca ni.. teruja nak naik.. tapi beberapa tahun dulu, pernah ade satu pengalaman kelakar.. aku dan sorang kawan naik beca kat sini.. driver beca ni dengan yakin nak bawak kami.. skali dia kayuh... berattt !!! kesian.. beca kawan yang satu lagi dah laju ke depan, beca kami terhangguk-hangguk tepi jalan..

Aku dan hubby jalan kaki aje.. menyusuri jalan raya dah mula dipenuhi dengan manusia.. Jam baru 12.15 tengahari, tapi memandangkan hari Sabtu.. memang ramai pelancong rakyat tempatan, pelajar sekolah dan juga pelancong asing...

Sempat kami ke River Cruise ni.. tapi x la naik cruise.. setakat tengok dari atas dan melambaikan tangan..

Bila tengok betul-betul, memang bagus idea ni.. hanya dengan sebatang sungai atau aku rasa macam longkang besar je.. tapi dah boleh bawak pelancong menyusuri sungai ni.. untung sangat...macam kat Paris tu kan.. kedai-kedai makan disepanjang sungai ni.. memang idea yang kreatif untuk memajukan kawasan macam ni..

Seterusnya, aku dan hubby mula memanjant anak tangga menuju ke atas bangunan A'Famosa ni.. pergghhh.. dah lama x mendaki, macam pancit sikit pon ade... mengah la jugak.. nasib cuaca x panas sangat..

Dari atas ni, nampak sebahagian bandaraya Melaka.. cantik.. tak payah dah naik Menara Taming Sari nak tengok pemandangan.. kat sini pun dah cukup..

Sempat lagi posing kat anak tangga ni...

Kesan peninggalan sejarah satu masa dulu.... seni bina batu ni memang unik..

Memang ramai pelancong hari ni.. nak x nak, terpaksa la aku bergambar kat pintu masuk aje..

Ni salah satu laluan dalam A'Famosa ni.. aku baru perasan walaupun dah beberapa kali masuk dalam ni...

Inilah dia A'Famosa dari pandangan depan.. nampak tu beratur panjang pelajar sekolah ke sini...

Meriam lama kat pintu masuk.. nampaknye smua pelancong akan bergambar dengan meriam ni.. aku pon sama je..

Dapat jugak kami bergambar bersama.. walaupun gambar asalnya senget ketika di capture, nasib la ade sotfware yang dapat meng'adjust' gambar ni jadi centre...

Seterusnya, kami masuk ke Muzium "Istana Kesultanan Melaka".. tiket masuk RM2 sahaja.. murah sangat tu..

Berlaku 1 peristiwa di kaunter membeli tiket.. bila seorang pelancong dari US yang bertanyakan harga tiket RM2 ni jika ditukarkan kepada nilai US Dollar.. terkejut sangat dia bila tau nilainya x sampai 60sen US.. boleh pulak dia marah-marah sebab menurutnya, harga sebegini murah sungguh tak sesuai untuk masuk ke sebuah muzium yang menempatkan sejarah negara...

Apepun yang dia marahkan.. dengan RM 2 ni rasanya cukup berpatutan dan dengan ini jugak semua lapisan masyarakat dapat masuk dalam muzium ni.. kalaulah RM5 ke atas dah tentu orang berfikir 3-4 kali nak masuk atau pun tak..

Dapat aircond pakej dengan tangga tempat duduk macam ni memang aku rasa x mau berganjak.. letih naik anak tangga kat habis lagi... lagi-lagi dengan muka patung panglima ni macam M.Nasir la plak membuatkan aku x bergerak hampir 10 minit kat situ..

Dalam ni boleh bergambar.. memang menarik sebab jarang ade muzium yang membenarkan pelawat mengambil gambar.. ni la tempat yang aku paling suka iaitu Balairong Seri tempat semua pembesar istana mengadap Sultan..

Kat luar istana ni ada plak Taman Larangan.. simulasi dari taman larangan istana pada zaman purbakala dulu..

Macam ni la agaknya permaisuri, puteri raja dan dayang istana bersantai pada zaman dulu menghabiskan masa di bawah pokok dan di kolam ikan...

Letih berjalan.. aku dan suami ke Dataran Pahlawan.. baru sedar sejak pagi kami x makan ape-apa lagi.. jam sudah 2.30 petang.. masa yang sesuai untuk lunch..

Menu aku macam biasa.. ikan keli dan paru...titiskan juga dengan kicap manis berlemak kegemaranku... RM 6.50.. agak mahal jugak makan kat sini.. kebanyakan menu bermula dari RM 6 dan ke atas..

Menu suami.. nasi lemak ayam + paru + sotong.. RM8.50..

Air sirap limau untuk suami.. dan aku air mineral saje..

Licin... alhamdulillah.. selesai acara makan.... perjalanan diteruskan ke Dataran Pahlawan.. banyak sangat soping outlet.. dari Dataran Pahlawan kami ke Mahkota Parade.. kat dalam ni lagi la ramai umat....

Sebelum bergerak keluar, kami ke Heritage Bazaar... membeli jajan untuk dibawa pulang... keropok, kerepek, sos, gula melaka dan manisan kami borong.. RM50 semuanya.. ramai penjual dalam ni.. hasil jualan yang sama... makanan, t-shirt, cenderamata, beg.. tapi ade gak yang menyentuh hati nurani aku bila ade peniaga yang beriye-iye mintak aku beli bag mengkuangnya... tapi apakan daya.. aku pon belum rase ade keperluan untuk beli beg tu walaupun beg tu memang cantik.. sedih la plak rasanya... aku doakan pakcik tu murah rezeki...

Inilah dia.. sedar x sedar.. RM50 untuk beli mende-mende ni.. bukan untuk perut sendiri je.. untuk ibu dan bapa mertuaku juga...

Dalam berat aku menjinjing beg plastik, sempat lagi tu bergambar kat keretapi lama ni.. bukan nak terus ke kereta, tapi terus nak berposing kat sini...

Jet pejuang pun ade...


Ingatkan dah sudah.. rupanya belum.. letak je barang dalam kereta, kami jalan lagi.. aku tetap nak beli fridge magnet.. dapat la jugak FM icon bangunan penting kat Malaysia..

Ikutkan peniaga kat sini x benarkan sebarang gambar diambil.. tapi disebabkan kami dah beli barang dari dia, maka dapatlah bergambar sakan..

Inilah dia fridge magnet yang aku beli... KL punye tau... cuba Baba Nyonya ni aku x de lagi.. maka aku pon beli la jugak..


Belum habis lagi.. kami seberang jalan menuju ke gerai cendol.. rugi rasanya x rasa cendol terkenal kat sini.. ramai orang yang datang minum kat sini.. sampai x cukup kerusi meja...


Nasib kami baik.. ade meja kosong.. jadi aku order cendol jagung..

Suami pulak dengan cendol pulut dia.. sedap punye pasal, dia order lagi satu...

Ini dia mee bakso.. beli 1 mangkuk je.. kongsi makan sama-sama.. letak cili, aduhh !!! terangkat... pasal tu suami aku order cendol satu lagi.. pedas sampai berair hidung ni..

Nikmat sangat rasanya.. rasanya baru je lunch sejam tadi.. tapi ni kira tea break la kan..


Plan seterusnya nak sambung jalan ke Muzium Kapal.. tapi cuaca pon dah mula mendung.. kami masuk dalam kereta.. dan hujan pun turun... nasib memang baik la.. selamat dari basah..

Jam pon dah pukul 5 petang.. rasanya elok la beransur pulang ke Seremban.. nak jalan ke Jonker Walk pon rasanya x sesuai dengan cuaca macam ni.. nak singgah Mini ASEAN pun dah tak larat.. sudahnya kami terus pulang..

Maka selesailah acara jalan-jalan cuti 3 hari ni.. bertambah satu lagi memori indah dengan suami untuk tahun 2011 ni...