OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 19, 2011

Hilang Sedih Di Hati.. Kembali Pada Dunia Realiti..

Hampir 2 minggu tak meng'update' blog ni.. Tiap-tiap hari memang bukak.. tapi mood nak menulis cerita tu tak muncul-muncul.. mungkin sebab masih dalam mood bersedihkan..



Terharu rasanya hati aku ni, bila melihat laman blog aku menerima kunjungan yang tidak henti dari teman-teman yang sudi membaca luahan hati.. begitu jugak dgn kata-kata semangat yang diberikan pada aku sampai ke hari hi.. sampai ade yang menitiskan air mata.. aduhai teman..
Hidup kita ini, Allah uji dengan pelbagai cara.. jangan putus asa ataupun menyalahkan takdir yang disuratkan pada kita.. sebab semua tu adalah bukti kasih sayang Dia pada hambaNya.. Sebelum Allah berikan bahagia, dia akan uji hambaNya dengan dugaan.. jadi, terima dengan redha sebab disebalik ini semua, pasti ada yang baik sedang menanti...


Sedar x sedar.. dalam tenpoh 2 minggu lepas kepulangan suami aku ke Ireland.. aku hilang 5kg... baek punye kan.. diet yang paling mujarab time ni la... Acara Jalan-Jalan Cari Makan pun dah tamat episodnye.. kene tunggu musim baru nanti... yela.. nak masak best-best pun pastu makan sorang-sorang x best la plak jadinye.. terasa jugak la makan sorang-sorang sebab dah 75 hari makan ade teman kan... lagipun masalah aku hadapi kesukaran untuk tidur malam.. bayangkan, 10 hari aku asik terjaga berkali-kali tengah malam.. bila bangun pagi, gerenti la pening kepala ni.. dengan cuaca yang panas menggila, bayangkan la..
Tapi hari ni, mood aku baik sket.. disebabkan cuaca pun sejuk je macam nak hujan.. jadi hari ni, mood memasak aku datang balik.. tapi bukannye masak lauk-lauk, tapi buat KARIPAP aje.. nak makan heavy-heavy macam x selera je.. jadi makan kuih muih aje la....
Wahh.... tetiba kan.. terus je berselera nak main masak-masak.. elokla tu kan..
Jadi dari secara langsung dari dapur.. inilah dia aktiviti hari ni....

Inti karipap... kentang yang masih dalam kuali.....

Berpeluh-peluh aku dok mengerjakan karipap ni.. sampai menitik-nitik peluh.. akhirnya terhasillah 21 ketul karipap ni..


Yang dah siap.. aku goreng separuh masak sebelum disimpan dalam fridge.. ni petua dari mak su aku.. dia cakap dengan cara ni, karipap akan tahan lama...

Yang ni.. 3 ketul untuk aku makan.. penuh inti dia aku letak.. kalau jual mau 50 sen seketul.. kenyang sampai ke malam....

Aku sebenarnya tak pandai nak buat karipap ni... rasanya, ni kali ke 6 aku buat karipap sendiri.. semuanya inti kentang.. belum lagi try inti keledek atau sardin.. teringat dulu masa 1st time buat pastri dia ni lembik.. bila simpan dalam fridge, melekat-lekat sampai terbarai kulit dia bila nak goreng.. masuk kali ke-3, baru ok pastri aku ni..

Ermm.. makan aje kan.. ok la tu.. rezeki ...

Tuesday, February 08, 2011

Separuh Jiwaku Pergi.. Killarney, Ku Pulangkan Suamiku Kembali...

Bismillahirrahmanirrahim...


Berat sungguh rasa dihati untuk memulakan bicara.. Bimbang hati dan jiwa ini masih belum kental untuk meneruskan bicara.. Namun, akur aku untuk teruskan bait-bait bicara, agar segala kerinduan serta kesayuan hati ini dapat dileraikan..


75 hari berlalu dengan cukup pantas.. seawal hari pertama kepulangan suami ke tanahair, aku terus menghitung detik dan ketika.. kerana aku tak mahu bergembira sedangkan aku cukup percaya dipenghujung waktu aku akan meratap hiba.. 9 bulan 15 hari yang aku nantikan berlalu dengan pantas.. apatah lagi 75 hari yang dipinjamkan kepada aku untuk merasai nikmat bahagia hidup sebenar sebagai suami isteri.. syukur padaMu Ya Allah.. walau hanya sementara, nikmat dan kasih ini cukup indah dan sempurna.. mampu membuatkan hidup aku ceria dan bahagia seperti yang lain...

75 hari...


Aku laluinya sebagai seorang isteri yang punya suami disisi.. dan cuba mengurangkan komitmen pada tugas.. terasa janggalnya juga bila mana setiap hari tepat jam 2 ptg aku bergegas pulang ke rumah.. sedangkan sebelum ni hari-hari yang aku lalui di tempat kerja langsung aku x endahkan masa bila aku perlu pulang ke rumah.. tapi tidak kali ini.. tiap masa hanya suami yang aku kenang. sudah makan ke dia.. sudah bangun tidur ke dia.. menyebabkan aku selalu x sabar nak pulang ke rumah..


Bila tiba kat rumah.... sekali lagi hatiku sayu.. bila tengok rumah dah siap dikemas & divakum.. kain baju siap disidai.. pinggan mangkuk di dapur dah siap dibasuh dan disusun.. malah bilik tidur pon dikemas rapi.. Aduhai sayang..di manakan dapat kucari ganti insan indah sepertimu wahai suamiku... Malah sepanjang tempoh 75 hari ni, hidup aku terlalu bersenang lenang bila segala urusan rumah diuruskan oleh suami.. aku hanya masak dan melipat kain aje memandangkan 2 kerja ni yang paling suami x suka nak buat..
7 hari sebelum dia terbang pulang.. aku mulai merasa kejauhan yang bakal dihadapi..

7 hari ni jugak aku mula abadikan kenangan setiap hari dia bersama aku... agar dapat aku tatapi wajah ini tatkala aku rindu...


Hari ke-7



Hari ke-6



Hari ke- 5




Hari ke-4



Hari ke-3



Hari ke-2



Hari terakhir sebelum suami keluar dari rumah menuju ke airport...

Sepanjang tempoh 75 hari ini jugak aku cuba mengabaikan sebarang emosi negatif yang singgah dalam diri aku.. syukur.. aku cukup kuat dan tidak sama sekali meratap dengan ketentuan takdir ni.. mungkin kerana aku percaya percaturan hidup yang aku dan suami telah pilih adalah jalan yang cukup terbaik dalam hidup kami.. Seakan aku tak percaya, tiada langsung emosi sedih yang singgah dalam jiwa nurani aku tatkala saat untuk berjauhan semakin hampir... sedangkan tahun-tahun yang aku hadapi sebelum ni aku sudah mula menangisi pemergian suami disaat 7 hari sisa waktu berbaki bersamanya...

Hinggalah pada saat kami keluar bersama membeli stok makanan.. tatkala leka suami memilih barang dan aku menanti disisi, ketika itulah perasaan sayu mula menerpa.. sebak dan aku mula terasa yang dia akan pergi jauh beribu batu meninggalkan aku untuk menguruskan diri dan rumahtangga sendirian... Ketika inilah aku mula sedar, mimpi indah aku bersama suami hampir berakhir dan realiti hidup aku yang sebenar bakal tiba...



Antara stok makanan dan barang kiriman dari teman yang bakal dibawa pulang ke Killarney.. untuk kali-4 aku menyusunnya ke dalam bagasi...



Malam terakhir sebelum suami aku pergi... seakan aku mahu bumi berhenti dari berputar dan waktu berhenti dari terus berdetik.. kerana aku belum puas untuk menatap wajahnya.. merasai kehangatan genggaman tangannya.. sekelip mata pun aku tidak mahu berkelip kerana aku mahu terus melihat dia...

Sehinggalah pada ketika waktu semakin suntuk.. dia duduk termenung di luar rumah.. memerhatikan rumahnya..keretanya.. ikannya yang bakal dia tinggalkan buat sementara.. aku tahu ada sayu pada wajahnya.. ada sendu dalam hatinya...walaupun setiap ketika dia terus memujuk aku supaya tidak menangis, tapi jauh disudut hatinya dia terasa berat untuk pergi meninggalkan tanahair... 11 tahun diperantauan buatkan dia mulai rindu untuk membina hidup baru di tanah kelahiran sendiri.. tapi kerana mencari rezeki, segala kesedihan terpaksa diketepikan...

Melihat suami bersiap sedia.. hati aku meruntun sayu... duhai hati.. tabahlah dikau... relakan hati untuk dia pergi untuk mencari rezeki...

Setiap barang di check semula.. bimbang jika ada yang tertinggal.. hampir 13 jam perjalanan dari KL ke Heathrow London.. kemudian disambung sejam lagi ke Cork, Rep. of Ireland.. belum dikira waktu menunggu penerbangan dan juga waktu untuk sampai ke rumah.. kalau tertinggal barang memang x senang hati jawapnye..



Dokumen, pasport dan tiket sudah sedia.. hanya menunggu masa untuk terbang..

Sebelum melangkah kaki keluar dari rumah, kami abadikan memori indah bersama.. untuk mengubat hati yang lara tatkala hati rundung sayu dan rindu...



Akhirnya.. masa itu tiba jua.. tiada siapa yang berdaya untuk memutar masa... Betapa berat kaki ingin melangkah, namun... hayunan kaki tetap perlu diteruskan..


Kami singgah sebentar ke rumah mertua.. Betapa aku tidak kuat sama skali untuk melihat seorang anak yang mencium & menyalami tangan ibu dan bapanya.. bimbang air mata ini terlerai di hadapan mereka, aku keluar menanti dari luar rumah.. Ya Allah.. aku pinta, berilah aku kekuatan agar aku dapat menempuhi saat-saat ketika giliran aku tiba nanti..

Sepanjang perjalanan ke KLIA, aku cuba menahan linangan air mata.. kerana aku tahu setitis air mata yang tumpah akan melemahkan semangat suamiku.. aku perlu kuat dan tabah, kerana kekuatan dan ketabahan inilah yang membuatkan suami aku turut kuat untuk meneruskan perjalanan..

Sejak dari zaman bercinta, bertunang dan berkahwin, rutin tahunan aku menghantar suami ke KLIA setiap Februari.. kira-kira sudah 7 kali bilangannya... dan setiap kali tiba ke KLIA ni, hati pasti sayu... 9 bulan lagi masa untuk bertemu..

Ketika saat berlepas itu tiba, aku cuba sedaya upaya menahan sebak didada.. tapi air jernih tetap memenuhi kolam mataku.. suami juga begitu kerana aku lihat ada air jernih bergenang di matanya.. Ya Allah..Kau kuatkanlah semangat kami agar aku dan suami dapat menerima perpisahan sementara ini dengan redha... aku sedaya upaya menahan sebak dengan sepenuh hati.. aku x mahu hati ini terus dilukai kerana tak siapa mampu memujuk melainkan diriku sendiri.. maka yang terbaik adalah mengawal emosi agar aku sedihku ini tidak memakan diri...




Masya Allah.. kekuatan apa yang telah Kau berikan pada ku ini Ya Allah..

Tatkala aku bergegas pulang meninggalkan KLIA.. dengan niat nak menyambung tangis di dalam kereta, hatiku pula menjadi kering kontang.. x setitis pun air mata yang tumpah.. puas aku menekan channel radio mencari lagu-lagu sedih, tapi beku sudah air mataku dari mengalir... mungkin dirumah nanti bila melihat baju suami ku, gelas air minum yang suami tinggalkan dan segala barang-barang dia boleh membuatkan hatiku sedih...

Tapi.. sejurus sampai dirumah.. masih tiada air mata yang mengalir.. kuat benar semangat yang telah Kau berikan padaku Ya Allah.. dan sehinggalah aku dapat tidur malam dan bangun pagi dengan tenang.. Benar sekali Ya Allah.. setiap ujian dari-Mu memang tidak akan melebihi kemampuan hambaMu untuk menghadapinya.. aku cukup akui itu Ya Allah..

Buat suami yang disayangi...

Dengan hati yang terus menerus berdoa, aku senantiasa mengharapkan agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, Insya-Allah, Allah akan memberikannya.

Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar kerjaya sendiri? Dan jawapannya : Kita sama-sama telah akur melepaskan salah satunya. Dan Insya-Allah, buat selamanya aku yakin, kebahagian dan harapan untuk hidup bersama dan kebahagiaan untuk mengecapi hidup berumah tangga itu akan tiba satu masa nanti. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hatimu.

Dikau adalah insan yang terbaik untuk diriku... dan aku pasti akan terus menanti sehingga dikau pulang kembali... Doaku panjatkan agar dikau senantiasa dibukakan pintu rezeki, dikalungi kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan untuk terus mencari rezeki dan dipayungi rahmat dan kasih dari Ilahi...

Duhai hati... tabahlah dikau.. menjalani kembali hidup realiti ini..

****ppssttt....

skali tertengok stok sabun mandi DOVE 12 kotak yang suami belikan untuk aku.. ( sebab kulit aku sensitif x boleh mandi dengan sabun lain )... tsskk.. tskkk....

uuwaaaa.... uwaaaa........

Saturday, February 05, 2011

Photographer Amatur Saje..

Kali pertama aku diminta untuk tolong buat photoshoot majlis enggagement anak sepupu suamiku..
Aduhh !!.. Kacau bilau rasenye..

Yela.. aku ni bukannya PRO Photographer.. cuma baru blaja-blaja shoot main-main je.. alasan aku, bukannye pandai setakat gambar biase-biase je boleh la.. klu nak edit-edit mcm profesional tu aku x abis blaja lagi ni...

Akhirnya, akur aku ni dengan permintaannya.. cukuplah dengan gambar kenangan untuk satu majlis bersejarah dalam hidupnya.. Tapi hanya ni je gambar aku dapat muatkan kerana ade sebabnya yang perlu aku patuhi.. hahhaha.. saspen la plak kan..

Majlis ni ringkas.. tapi indah dan menarik macam majlis kahwin.. tambah lagi dengan pelamin dan sepupu suami yang macam pengantin ni buatkan aku terasa macam buat photoshoot untuk majlis kenduri kawin je...

Tetap nak tunjukkan.. ni la Muffin Kenny Rogers Roaster yang aku beli untuk dijadikan hantaran pada pihak lelaki.. terliur plak rasenye....

Dapatla jugak aku dan suami merakamkan saat indah bersama...

Tahniah buat Atul dan Shaukat.. dan terima kasih bagi peluang kat auntie untuk asah bakat jadi photographer x bertauliah.. tapi wedding nanti kene amik yang Pro la ye..

Sekali Sekala Layan A & W

A & W..
Lokasi makan kami kali ni, bukan tempat feveret sebenarnya.. boleh dikatakan dalam setahun hanya sekali kaki kujejakkan ke mari.. Kali ni dek termakan dengan pujukan iklan dalam TV maka sebaik menjejakkan kaki ke Seremban lepas pulang dari Teluk Intan kami pun terus ke sini..

Satu-satunya Restoren A & W yang ada kat Seremban dan terbesar dengan lokasi yang sangat strategik kat tepi Taman Tasik Seremban.. Ikutkan menu kat sini sedap-sedap.. tapi akibat kurang pendedahan, jadi memang jarang kami nak ke sini..

Kami Drive-Thru je.. sebab nak cepat mengejar Raja Lawak 5 pkol 9.00 mlm ni.. tu yg malas nak makan kat sini....

Macam-macam menu yang jarang aku beli..pening gak nk pilih.. yang macam iklan kat tv tu x de la plak.. kene makan kat dalam kot.... akhirnya aku pilih set Double Deluxe Burger.. dan suami plak set Double Mozza Burger.. wahh.. masing-masing amik double trouble kan.. pastu tambah lagi dengan sesame chicken bites..nugget la tu..

Kene que lama betul.. ikutkan x la panjang mana kereta yang ade.. tapi mungkin ade plak customer yang order macam-macam + tanye macam2 tu yg jadi lambat tu..

Suami aku ni suka benor dengan floatnye.. kene add lagi RM1.20 untuk tambah float dalam air root bear yang dah diorder tu... ni la antara penyebab jadi lambat ni.. haisshh !!!

Senyum lebar... dah dapat hasil tangkapan malam ni.. nak berkejar balik rumah.. tapi kene singgah Kenny Roger's Roaster plak beli muffin..


Tak sabar aku nak melahap A & W ni.. kenyang dah lapar tahap gaban.. last breakfast pagi tadi je.. ni nak terus dinner... tapi dalam perjalanan pulang.. abis jugakkan fries kami baham..


Siap sedia kami duduk depan TV.. walau dah terlewat sejam.. pkol 10.00 mlm baru sampai.. terlepas beberapa aksi Raja Lawak.. x pe..xpe.. ade siaran ulangan...


Lapar benar rasenye.. apalagi.. hidangan sudah tersedia... Bismillahirrahmanirrahim....



ERkkk... Alhamdulillah.....

Friday, February 04, 2011

Kenduri Arwah Mak..

Al-Fatihah buat arwah ibuku..

HJH ROSNIAH BINTI LOKMAN..

Selesai dan selamat akhirnya majlis ini.. Semoga roh arwah mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa..

Syukur aku berkesempatan untuk pulang bersama-sama menghadiri majlis ni serta meng'amin'kan doa untuk arwah mak...juga membawa bersama suamiku untuk turut serta...

Letih sebenarnya bila kenduri ni.. tapi nasib abah order je lauk dengan katering.. cuma dia x puas hati nak tambah lauk lagi.. apelagi.. aku la jadik mangsa memandangkan aku ngan suami je yang balik kampung awal.. tapi bukan susahpun .. abah nak tambah lauk paru ala sambal jawa..


Lauk dah banyak sebenarnye.. dah penuh semeja.. lagi-lagi makcik-makcik aku datang dengan bawak kuih muih & buah-buahan.. sudahnya, masuk dalam mulut kami je masa memasak kat dapur..


Antara lauk pilihan abah.. ikan keli masak sambal..



Labu masak lemak..



Daging masak hitam..



Sayur pucuk dan kacang panjang..



Ayam goreng bertepung..



dan juga buah tembikai



Masa ni jugak la suami aku yang jarang-jarang dapat berjumpa sedara mara dapat beramah mesra dengan pakcik-pakcik dan sepupu..


Inilah dia kaum keluarga aku.. pakcik + sepupu... masing-masing dah besar.. dulu2 kecik je semua..



Aku plak busy kat dapur.. tapi sempat nak curik tulang.. lepak main dengan budak-budak.. sepupu serta anak-anak buah aku ni...



Wah..sempat tu bikin aksi menarik...



Alasan aku, dah penat tolong kemas rumah.. alihkan kerusi meja.. hahhaha.. ngelat-ngelat... jangan mare aaa...


Bersama sepupu aku HANA dengan anak sepupu aku DAMIA...


Boleh tahan la dorang ni kalau nampak camera....



Wahh... gediks la plak... terasa macam sebaya je la..

Kami memang x boleh berjumpa.. mesti kene bergambar sama...

Sempat tu aku seludup suami masuk sini.. nak bergambar sama.. hehehhe...


Selesai kenduri.. abah tertidur kepenatan.. kesian abah...



Aku plak jadi MEM besar.. pantau perjalanan kat dapur....




Tu dia nenek aku.. bila bercakap memang x boleh nak berhenti.. layankan aje la ye....



Acara menapau pun bermula... aku tukang tengok aje...


Barisan makcik-makcik dan sepupu aku.. yang begitu kuat dan gagah membantu di setiap kenduri kami..

Ha.. tapau la banyak-banyak.. tinggalkan kat rumah ni nanti basi aje..

Alhamdulillah.. selesai..

Lega rasanya.. perut pun dah kenyang.. badan pun dah penat.. lepas ni tidur awal la nampaknye...

Apepun terima kasih semua.. pakcik makcik.. sepupu.. adik beradik dan ipar yang sudi hadir.. Sekali skala bila dah jumpa, seronok rasanya.. walaupun kenduri ni clach dengan kenduri arwah kakak pada arwah mak aku kat kampung menyebabkan sepupu sebelah arwah mak pun x dapat datang.. Insya Allah.. panjang umur kita jumpa lagi ye....