OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Hard Rock Cafe Ladies Tee...

Tiba-tiba je datang hobi baru nak collect ladies tee HRC ni.. sebelum ni buat x tau je... tiap kali g HRC, yang dibelikan city shotglass, pin dan magnet.. juga city tshirt buat suami...

Minat menjebak diri ni datang bile g HRC Orchard Road, Singapore.. time tu bleh ternampak plak offer jika spent over $90, dapat beli tshirt ni dgn harga diskaun 50%.. mabuk x mabuk ko nyah.. terus aku tarik sehelai.. lagipun pilihan yang ada terhad sgt.. 


 BLACK TATOO & PEACE PAINT

Actually, ada 4 design je yang aku berkenan.. design lain memang x kene taste aku sebab byk sgt gambar2 merbahaya & menakutkan... 



LADIES DESTINATION




 dan yang ni.. aku pon x tau nama dia ape.. design utk HRC London je ni kot.. hehee.....




Taraaa.. ni le dia rete aku.... Peace Paint from Singapore...



Ni plak Black Tatoo from New Delhi...

Ada 2 helai lagi aku nk aim.. harap-harap ade rezeki aku nak beli....

Wednesday, January 19, 2011

Handbag Hook

Penyangkut Handbag @ Handbag Hook
Aksesori terkini yang perlu dimiliki setiap wanita.. wahh.. promote ni.. aku dah memiliki satu.. bukan dibeli.. tapi diberi hadiah sempena hari lahir yang ke-31 tahun lepas oleh sahabat di Ireland..

Memula aku perasan jugak yang hook ni ada dijual dalam fesbook, tapi sikit pun aku x amik peduli.. masa tu rasa tak de gunanya nak beli benda ni.. handbag tu boleh nak sangkut kat mana-mana atau letak je atas meja.. Tapi rupenya bila aku dah ada benda ni, dan digunakan terasa seronok pulak... memang terasa ada faedahnya hook ni dicipta... jadi hook ni aku bawa ke mana-mana dalam handbag aku.. kecik je senang nak simpan...

Untung pulak rasanya diberi hadiah macam ni.. sebab rasanya aku dapat mengikuti perkembangan dunia aksesori ni.. Tak de la ketinggalan dengan produk-produk ciptaan baru dan terkini... Tapi rasanya hook ni dah dicipta lama, mungkin jadi terkenal sejak jual beli secara online mula berleluasa.... Mulanya aku x tau yang aku dapat hadiah ni.. kawan aku di Ireland bungkuskan hadiah hari jadi dan beri pada hubby untuk dia bawak balik.. bila aku bukak, terkejut jugak dapat clutch/sling bag jenama NewLook ni.. wahh.. kelass cikgu...

Lepas tu aku gantung je bag ni.. 2 bulan aku x pedulikan pape.. sekali aku amik bag ni nak pakai, aku raba kat dalam rupa-rupanya ada lagi hadiah tersembunyi.. wahh.. berbaloi-baloi la untungnya aku ni... kaler purple lagi.. matching dengan clutch bag yang kaler purple tu... nasib jugak sebab kawan aku yang bagi hadiah ni memang bisnes jual hook ni online.. tapi kat Ireland la...

Hari ni aku start guna kat skolah.. best la pulak.. memang jimat ruang la.. x payah la pikir nak letak handbag atas meja aku yang sememangnya dah penuh dengan buku dan laptop.. nak sangkut kat kerusi x selesa pulak nak duduk.. nak letak kat lantai, kotor plak handbag... ada hook ni.. selesai masalah...

Cantik pulak aku rasa... lepas tu hook ni boleh angkat bag yang seberat 6kg.. kagum..kagum.. lagi-lagi handbag cikgu ni yang penuh sarat dengan segala macam barang..

Sudahnya, pembantu bengkel aku tengok, dia pon suka dan mintak aku orderkan untuk dia.. waahh... kalau aku yang bisnes jual hook ni mesti laris kan... semua akan pakai macam ni gerenti nampak cantik... tapi kena hati-hati.. jangan sangkut di tempat terbuka.. takut handbag kita ni plak jadi sasaran mat samun.. yang eloknya untuk sangkut kat meja di tempat kerja...

Kalau carik dalam pasaran online ni, memang rambang mata.. macam-macam design yang ada...

Yang aku perasan harganya semurah RM15 hinggalah mencecah RM80... dan ada jugak boleh mencecah ratusan ringgit..

Dah ada satu bijik ni.. rasa macam nak tambah lagi.. nafsu.. nafsu...

Ni antara patern yang sangat aku suka...

Banyak lagi yang ada... sediakan duitnye aje...


Aku percayalah.. hook ni satu masa nanti boleh jadi koleksi pulak.. tengok la design & patern yang ada.. cantik dan menarik sangat.. kalau dan mula membeli satu persatu.. lama-lama berbukit la hook ni dalam simpanan...


Macam batu berlian pun ada kan.. tengok la.. batu jenama Swarovski yang terkenal tu.. patut la bersinar-sinar je mata...

Macam aku plak yang bisnes jual hook ni kan.. padahal aku cuma nak berkongsi cerita je kegembiraan aku menggunakan hook ni.. Pada yang berminat.. search aje online.. gerenti memang ada jual... Lepas tu jaga-jagalah.. jangan ketagih membelinya pulak ye...

Saturday, January 08, 2011

Rezeki ASB 2010

Syukur Alhamdulillah...
Rezeki awal tahun... bila bonus ASB utk tahun 2010 diumumkan, aku adalah orang yang paling seronok.. dividen 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit.. amik kalkulatur.. toink..toink.. fuhhh !!!
Alhamdulillah..

Maka bermula la episod pra-shopping aku.. melunaskan segala hajat yang dah tersimpan beberapa bulan dek menunggu kedatangan durian runtuh ni.. sebenarnya barang-barang yang aku nak beli ni semua urgent ( sebahagiannya ).. nak beli masa sales krismas, kering plak kocek aku lagi-lagi dah plan jenjalan dengan hubby.. makanya, hajat tu terpaksa la aku pendam dlu...

Barang pertama yang aku berjaya miliki ialah fridge.. menggantikan fridge samsung 1 pintu yang aku beli masa bujang dulu.. dapat jugak la aku guna 4 tahun.. tapi sejak 2 tahun lepas fridge tu mula meragam.. asik keras dengan ais batu je sampai kan aku kene bersihkan fridge tu tiap 5 hari.. mula-mula okla.. lama-lama muak plak rasenya.. lagi-lagi mengalir je air keluar sampai basah dapur aku.. sudahnya, keputusan muktamad beli aje fridge yang baru.. jadi inilah pilihan kami.. toshiba hybrid guard system.. harga asal rm1690.. tapi lepas less dapat rm1250..

Dari kedai elektrik yang sama, hubby pun beli kipas ceiling Alpha ni khas untuk diletakkan kat porch kereta.. senang kalau nak bersantai sambil baca suratkhabar + tengok-tengok ikan dalam akuarium.. lagi-lagi tempat aku dok menyidai kain memang kat sini.. slalu berpeluh-peluh aku menyidai kain.. jadi masa renovate porch umah dulu, kami dah siap-siap mintak kontraktor siapkan lubang khas kat ceiling utk kipas ni..

Sebelum tu, sempat jugak aku sambar Garment Steamer.. memandangkan dah lama aku impikan alat ni utk menggosok baju sutera aku yang kadang-kadang sangat la susah nk bagi lurus x berkedut.. yang ni dah less rm299 dari harga asal rm390... gembira x terkata..

Duit yang aku dapat ni jugak aku gunakan untuk bayar 2 helai sutera eksklusif Terengganu yang aku dah booking sebulan dulu.. semua ni beli online..

Inilah dia sutera Rafflesia yang aku carik berbulan lamanya.. susah nak carik yang kene dengan taste.. jadi bila nampak yang ni terusla aku book.. rm240 lepas diskaun..

Ni pun satu lagi sutera eksklusif Terengganu yang aku booking melalui Kedai Pasar Payang.. rm280.. bayar... bayar....

Tak ketinggalan tudung jeans ni... dulu pernah aku tengok tudung macam ni kat Pearl Haya Senawang, tapi dah x de stok. yang tinggal hanya display.. harga pun rm90 macam tu.. telan air liur je la akibat frust x dapat.. skali dapat plak yang ni rm45 terus je aku beli..

Destinasi seterusnya, aku dan hubby ke KLCC.. mencari kasut pulak.. memandangkan aku ni bersaiz special 9.. kasut tu sangat la terhad.. menurut kawan aku yang kaki bersaiz 12 ni, kat dalam ISETAN KLCC tu ada kasut jenama Pedal Works dan Khas yang bersaix xtra large.. saje je aku nak try walau hakikatnya kasut saiz kaki aku ni masih boleh dibeli di kedai-kedai biasa, tapi aku yakin fesyen kasut kat situ memang english la macam jenama clarks tu.. ermm.... memang iye la.. kasut ini aku pilih.. jenama Khas.. memang ade klas... harga pun boleh tahan rm159.. ikutkan nak je tambah sepasang 2 lagi, tapi memandangkan masih ade beberapa barang dalam waiting list ni, terpaksa aku simpan hajat ke masa akan datang...

Sempat jugak aku sambar sehelai slack ala legging kat ISETAN.. memang puas hati sangat... next, kami ke The Curve.. actually dari bulan lepas aku dah aim gipsi dress kat situ.. nak beli time tu paham-paham je la... jadi kali ni memang right time la.. sehelai rm60.. aku beli 2 helai.. tutup je mata ni semata-mata nak puaskan hati.. jadi kepulangan aku ke seremban petang tu memang dengan hati yang gembira walau kaki lenguh naik ke kepala..


Satu lagi.. sling bag yang aku carik merata-rata.. susah sangat nak carik yang kene dengan taste... kalau nak beli jenama fossil tu memang sangat la kene dengan taste tapi masalah harga yang langsung x kena dengan bajet aku... nyaris jugak terbeli handbag lain, tapi nasib la ade suami yang tolong ingatkan aku.... so rayau jauh-jauh, akhirnya aku jumpa sling bag ni kat Parkson Seremban Parade.. yang ni kena la dengan saiz badan aku sebab kalau amik yang kecik bak kata suami aku macam beg konduktor bas aje.. hahhahha..

Barang tupperware jugak termasuk dalam list yang aku perlu selesaikan.. inilah barang-barang yang aku mula beli untuk tahun 2011.. banyak jugak ni..

Nampaknya makin bertambah la koleksi tupperware peribadi aku.. sejak tahun 2010 aku mula berkecimpung mengumpul dan menggunakan tupperware.. beli sikit-sikit tiap kempen, tengok-tengok dah 12 kali kempen, macam ni la.. lagi-lagi tiap-tiap tahun Kelab Guru memang bagi souveniour tupperware memang meriah la...

RM700 aku belanjakan untuk beli produk penjagaan muka yang baru.. Jeans de Arcel.. ikutkan agak mahal.. tapi memandangkan saiznya yang besar, aku yakin mau-mau 6 bulan jugak aku dapat pakai.. sedangkan aku pakai 2 bulan pun dah mula bosan tukar produk yang lain.. tapi x ape la kan.. mencuba dulu....

Satu je lagi yang sedang berusaha mendapatkannya... Ladies Boot.. walau kat mesia ni pakai boot nampak janggal, tapi aku tetap mahu ade sepasang boot.. kat KLCC memang tengah berlambak sales sempena musim sejuk.. aku tengok kat MANGO x berkenan.. dan ade beberapa butik lagi aku masuk untuk try boot tapi memang x de yang sesuai dengan citarasa... tapi hubby pon dah promise, dia akan belikan bila balik Ireland nanti.. yahhoo.....

Alhamdulillah.. berjaya aku melunaskan hajat dihati... satu lagi.. aku nak cat balik kereta arwah mak aku yang aku sedang pakai sekarang.. sayang sangat kereta tu arwah mak aku bagi pinjam dari zaman muda dlu.. sampai la ni bapak aku nak tukarkan kereta tu pada nama aku... nampaknya bila dah cat nanti, makin jauh la impian aku nak beli Toyota Rush yang baru.. huhu.... x pela.. ade rezeki nanti, semua bisa diaturkan....yang penting shoping ni kena berhemah jugak.. Insya Allah.....