OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 06, 2010

Sirih Pulang Ke Gagang - Majlis Berbuka Puasa 2010 - ALUMNI SMK Raja Muda Musa Teluk Intan, Perak

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Alhamdulillah..Majlis Berbuka Puasa ALUMNI SMK Raja Muda Musa Teluk Intan telah berjaya disempurnakan pada tarikh 5 September 2010.. Setelah 14 tahun.. akhirnya kami bersua kembali.. sedar x sedar..kejap je masa berlalu.. bila tengok wajah2 guru2 yang dulu penah mengajar, rasanya x berubah pon mereka..cuma anak2 muridnya je yang makin mengembang dan beranak pinak..




Majlis ringkas yang diaturkan walau hanya seketika, tapi cukup bermakna.. hanya beberapa orang rakan dari batch 1996 je dapat hadir, tapi sekurang-kurangnya dapatlah mengeratkan silaturrahim yang dah lama renggang.. Seronok dapat jumpa kawan2 lama..banyak dah berubah..tapi yang nyata yang datang tu 90% nya cikgu.. klakar la plak... cikgu yusrina, cikgu azni, cikgu faizal, cikgu hassanal dan wifenya cikgu haniza..









Menu malam ni pon hebat.. cukup sedap dan sempurna... ikan siakap masak 3 rasa, daging masak kicap, ayam masa cili, udang sambal, tomyam, sayur kailan dan buah-buahan.. memang sedap dan terbaek.. siap dapat tapau lagi...



Lepas berbuka, majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah..Lepas tu berlangsung majlis penyampaian duit raya pada anak-anak yatim.. Syukur alhamdulillah.. YDP sendiri memberikan sumbangan peribadinya buat anak-anak yatim tu..



Walaupun terasa jugak la majlis ni kurang penyertaan.. tak tau la dimana puncanya..tapi rasanya sape-sape bekas pelajar memang patut bagi support la.. bukan apa.. asik cakap suruh buat reunion la.. jumpa2 la.. tapi bila majlis dibuat, tak plak hadirnya..macam2 alasan kan.. x ape la.. semoga bahagia la hendaknya.. Buat YDP dan seluruh tenaga kerja ALUMNI, TAHNIAH buat anda.. semoga usaha murni anda akan diteruskan.. jangan dikau rebah..kerana kami tetap akan menyokong anda dari belakang..

No comments:

Post a Comment