OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 19, 2011

Resepi Dapur - Seafood Lasagna


Mood masak datang lagi..... kali ni cuba buat LASAGNA yang menjadi kegemaran aku tiap kali ke Pizza Hut...

Ikutkan, memang terasa susah sangat nak membuat lasagna ni.. yang tau makan je sedap.. tapi sesekali berfikir, kenapa x cuba buatkan... jadi, dengan semangat yang kental, aku mula membuat rujukan dari macam-macam website dan blog termasuk youtube.. akhirnya setelah yakin, aku pun nekad membeli bahan-bahan untuk membuat lasagna ni...

Jadi hari ni, buat pertama kalinya aku cuba membuat sendiri lasagna..

Ni adalah antara bahan yang diperlukan mengikut taste aku.. resepi ni aku ikut dengan gabungan pelbagai idea dari blog-blog yang aku dah baca.. ikutkan macam-macam cara, tapi aku permudahkan untuk memudahkan aku sendiri membuatnya..

Banyak jugak bahan yang perlu dibeli.. tapi disebabkan aku nekad nak buat betul-betul, jadi aku belikan semua bahan yang berkaitan...

Paling penting, kulit lasagna ni.... ada macam-macam jenama kat pasaran.. sebolehnya beli yang instant la.. jadi x payah nak susah-susah rebus....


Ni plak, sos spagheti kimball... amik yang tin oren ni perasa basil dan garlic ni... sos ni panaskan dan makan macam tu pun dah sedap....

Jadi, ini adalah bahan untuk membuat sos daging...

1 ulas Bawang Besar
5 ulas Bawang Putih
2 sudu Butter
1 peket Daging Lembu / Ayam
1 tin Cendawan Butang
Jejari Ketam
Udang ( dikupas di buang kulitnya )
1 tin Sos Prego ( tin oren )
2 sudu Tomato Puri
4 sudu Sos Cili
1 sudu Serbuk Oregano
1 sudu Serbuk Basil
1 sudu Serbuk Lada Hitam
Garam dan Gula sesedap rasa

Cara masak dia :


1. Panaskan butter tadi sampai cair
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih.. Tumis sampai masak. Boleh tambah sedikit cili kisar kalau nak rasa sedikit pedas.
3. Masukkan daging lembu / ayam / udang / jejari ketam / cendawan butang. Masak sampai isi daging masak
4. Masukkan 1 tin sos prego, tomato puri dan cili sos.
5. Masukkan serbuk oregano, basil dan lada hitam.
6. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.


Lepas siap tu, kita kena buat sos putih dia pulak... Ni antara bahan yang diperlukan..

2 sudu Butter
2 cawan Tepung Gandum
1 kotak Susu Penuh Krim / Full Cream Milk ( sama ada susu dalam botol atau susu cair dalam tin, asalkan " FULL CREAM / PENUH KRIM )
1 sudu Cheese
Garam sesedap rasa


Cara nak masak sos putih :

1. Panaskan butter sampai cair.
2. Masukkan tepung gandum. Kacau sampai sebati.
3. Masukkan susu cair. Kacau sentiasa untuk pastikan sos tak berketul. Masa ni kene jaga api betul-betul.. seeloknya slowkan api.
4. Masukkan garam sesedap rasa.

Inilah dia sos daging dan sos putih yang dah siap dimasak...

Seterusnya, sapukan marjerin pada loyang atau caserol yang nak kita gunakan untuk bakar lasagna tadi.. Lepas tu susun kulit lasangnamenutup bahagian bawah loyang...

Tuang sos daging atas kulit lasagna tadi.. tak payah tebal-tebal asalkan penuh menutup kulit lasagna tadi

Lepas tu tuangkan sos putih atas sos daging tadi.. tak payah tuang tebal-tebal. boleh gunakan sudu untuk tarik sos putih dan ratakan supaya boleh kena pada sos daging tadi


Lepas tu susun lagi kulit lasagna atas sos putih tadi. Ulang proses letak sos daging, sos putih dan kulit lasagna berselang seli.. Rasanya dapat 3 ke 4 lapis kulit lasagna pun dah dikira ok..


Akhir sekali, pastikan kulit lasagna ada dibahagian atas sebelum ditabur dengan cheese mozarella.. cheese yang aku beli ni terketul-ketul la pulak.. nak tak nak aku kene letakkan semua...

Lepas tu boleh masukkan ke dalam oven dengan suhu kepanasan 180 darjah celcius selama 45 minit...


Tunggu sampai masak.. kulit lasagna akan melembut bila dipanaskan bersama sos daging tadi..


Ni dia lasagna yang dah siap dimasak.. masa ni panas-panas lagi aku dah potong dari dalam loyang... tapi akalu terasa macam belum masak ( kulit lasagna masih keras masa dipotong ) maknanya kene tambah lagi masa membakar dalam oven.


Ni la dia seafood lasagna aku yang dah siap.. pergghh.. sedap la plak...


Bila aku tunggu lasagna sejuk dan potong, macam ni la hasil dia.. baru nampak layer kulit lasagna tu...



Good Job cikgu.. berjaya aku buat sendiri lasagna.. nyata yang susah pasti jadi mudah kalau kita berusaha nak membuatnya kan..

Selamat mencuba ... ~

Wednesday, March 09, 2011

Bola Sepak vs Sunburn

Bola Sepak.. oh Bola Sepak...

Penangan kemeriahan bola sepak Piala AFF Suzuki.. membawa ke kejayaan skuad bola sepak negara yang berterusan.. nampaknya aku pun antara orang yang terkena tempiasnya....

Percaya atau tak.. masa sekolah menengah dulu, aku ade orang yang sangat minat dengan bola sepak.. setiap bulan x pernah ketinggalan beli majalah ARENA BOLA SEPAK.. lagi-lagi zaman aku tu tahun 1990-an pada aku la punyalah ramai player yang hensem dan sangat macho.. Mana boleh lupa dengan nama Azman Adnan, Azizul Abu Haniffah, Nizam Adha, Radhi Mat Din, Matlan Marjan.... wakakakka... tergelak terguling aku rase dek betapa taksubnye aku dengan mereka masa tu.. tp ini seriyus... boleh aku gunting gambar-gambar dorang dalam suratkhabar pastu tampal dalam buku.. hahhahaha... btol-btol kagum aku rasa... dan paling aku x boleh lupa dengan ABBAS SAAD, idola yang selalu bikin aku angau siang dan malam.... aduhai.....




Tu kenangan aku hampir 20 tahun yang lepas masa zaman sekolah menengah.. lepas aku masuk U, hobi aku mengumpul dan angau tu kian hilang.. sampai ke hari ni, aku dikira sebagai peminat bola sepak tahap sederhana la.. ada game kat stadium aku pergi jugak la.. setakat temankan suami.. ada masa jugak time bujang dulu layan lah jugak FINAL kat Stadium Bukti Jalil dan Stadium Shah Alam.. kelakar la rasanya...

Hari ni, nampaknye tempias tu terkena balik kat aku.. buat tahun pertama secara rasmi dilantik sebagai Guru Penasihat Permainan Bola Sepak Perempuan sekolah aku.. aku dengan ikhlas dan redha menerima pelawaan pentadbir untuk brtanggungjawab sepenuhnya menguruskan pelajar-pelajar perempuan sekolah aku yang bermain bola ni.. dan buat permulaan dalam tugasan aku.. adalah menjalankan tugas menjadi Koordinator @ VK sepanjang Perlawanan Bola Sepak Lelaki Bawah 15 dan 18 tahun Peringkat Daerah Seremban 2 2011.. Peluang yang sangat baik aku kire untuk membantu aku mengenali sukan bola sepak dengan lebih mendalam dan takkan aku lepaskan..



4 hari aku berjemur di tengah padang.. walau hakikatnya aku duduk di bawah khemah pengadil, tapi kenyataan yang perlu aku terima.. ada khemah ke x de khemah ke SAMA aje.. tetap panas membahang... paham-paham aje la.. kulit muka aku yang cukup sensitif ni dah lama tak terdedah pada matahari secara direct.. dan kesudahannya, pada 2 jam yang pertama, aku sudah alami sunburn yang dasyat....


2 hari pertama dengan kesan effect kepanasan tahap tinggi, buat aku x senang duduk... bertugas memerhatikan perlawanan adakala buat aku terpaksa melebihkan perhatian pada kulit muka aku yang menerima kesan yang cukup hebat... dengan tahap kepanasan yang menggila, ditambah dengan dehidration yang tinggi.. berbotol-botol air aku minum.. tapi nyata masih kurang membantu.. hari pertama aje muka aku dah mula menggelap kepada 4 tone..


Tugas yang aku buat kat khemah VK ni.. memerhatikan perlawanan berlangsung... mencatat masa.. mencatat jaringan gol dari siapa, minit ke berapa.. juga mencatat kesalahan-kesalahan dalam padang macam kad merah, kad kuning tu.... menguruskan pemain keluar atau masuk sepanjang perlawanan serta menjadi pegawai yang berkuasa menegur pemain atau pengurusan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan.....tak lupa juga menguruskan pendaftaran pasukan yang bertanding serta menyemak senarai nama pemain....




Cukup bertuah aku rasa, walau dalam keadaan kesakitan emosi dan fizikal tu, aku dapat belajar banyak perkara.. duduk bersama para pengadil yang sungguh bijaksana, memang mereka x pernah lokek untuk terus menerus memberikan aku maklumat berkaitan pengadilan bola sepak.. betul kata pepatah,menimba ilmu tu bukan hanya dari dalam kelas.. juga jangan lupa sunburn yang aku terima x setimpal dengan ilmu yang aku dapat sepanjang 4 hari di tengah padang.... macam wisel ni, tak tau pulak aku ade pelbagai jenis wisel yang mempunyai bunyi yang berlainan bersesuian dengan sukan..


Dalam sehari, aku menjadi pemerhati kepada hampir 10 perlawanan.. itu pun perlawanan di Padang B tempat aku bertugas kerana dalam masa yang sama masih berlangsung perlawanan di Padang A dan C... memang aku hanya nampak bola aje la sepanjang hari tu..




Bila dah boleh menyesuaikan diri dengan bola sepak ni.. memang banyak yang dapat aku tengok dan fikir... macam-macam tingkahlaku orang yang dapat aku perhatikan.. apepun, yang baik memang patut dijadikan teladan.. tapi yang kurang baik tu abaikan aje la....


Selesai cerita 4 hari pasal bola sepak.. ni cerita kulit aku sunburn yang x sudah-sudah...
Hari ke-2,aku balik rumah, nekad aku usaha repair balik kulit muka aku ni.. kerana sungguh la ketaranya muka aku ni berubah warna.. berbelang kulit muka... aku survey dalam internet pelbagai petua untuk merawat sunbern juga untuk mencerahkan balik muka..

Ni la antara petua yang aku dapat :

1. Beli cooling mask / whitening mask ~ yang ni aku rasa rasional dia untuk sejukkan balik kulit muka yang panas terbakar tu.....

2. Pakai bedak sejuk muke setiap malam sepanjang mengalami masalah sunburn ~ rasional dia bedak sejuk ni kan dibuat dari beras.. beras tu ala-ala skrub yang boleh masuk celah-celah liang roma selain memutihkan kulit muka...

3. Sapu putih telur buat masker ~ Setau aku putih telur ni dapat menegangkan kulit muka...

4. Potong timun pastu tepek kat mata mase nak tidur ~ yang ni memang best.. timun tu sejuk dan menyegarkan...

5. Campurkan oats dengan air untuk membentuk pes. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit. Ini boleh membantu untuk mengurangkan bahang merah (sunburn) akibat pancaran matahari


Bila sunburn berlaku, kulit kita mengalami kecederaan yang sangat teruk.. kulit yang terdedah secara terus menerus dibawah cahaya matahari tanpa memakai ape-ape krim pelindung akan merosakkan kulit.. pasal tu kalau tengok btol-btol, org yang terdedah pada cahaya matahari setiap hari, akan kelihatan lebih tua sebab struktur kulit dia dah rosak..


Petua Merawat Sunburn (Kulit Muka Terbakar)

Yang ni memang aku buat....Caranya adalah dengan basuh beberapa sebiji kentang. Tak perlu buang kulitnya, cuma basuh sahaja.


Pastu kukus sehingga benar-benar masak dan lembut


Selepas itu lenyek kentang tadi sehingga benar-benar halus (ala-ala kentang lenyek KFC). Kemudian letakkan paste kentang tadi pada kulit wajah yang terbakar. Insyaallah, kulit akan terasa nyaman dan segar semula.


Yang ni aku buat 1 malam je.. sebab x tahan bau kentang tu rasa nak makan la plak... penah dengar tak, bila minyak masak yang kita dah guna berkali-kali kita nk jernihkan balik.. caranya dengan goreng kentang dalam minyak yang lama tu.. minyak lama tu akan berubah warna dan jadi jernih.. tu pasal kentang ni rasanya bila disapu pada kulit muka yang terbakar dan gelap, air dari kentang ni akan serap pigmen warna kulit muka kita yang terbakar tu. Betul jugak petua ni...

Tapi yang paling penting.. kene sentiasa beringat.. tiap kali nak keluar rumah atau bersukan, mestilah pakai sunblock untuk melindungi kulit muka.. cahaya matahari sekarang ni bukan ada vitamin sangat, yang vitamin tu takat pkol 9.00 pagi je.. yang selepas tu cahaya matahari yang boleh mencederakan dan merosakkan kulit muka je.. Sunblock ada dijual macam-macam kat pasaran, kat dalam bahan kosmetik pun dah ade cuma nya SPF dia setakat 25 ke 35 je.. Kalay nak yang betul-betul kuat macam yang aku beli ni...


SUNPLAY yang ade gambar kucing ala-ala rimau ni.. 130 SPF... harap boleh membantu la kan.. juga aku beli gel pengelupasan syahirah ni untuk skrub kulit muka yang kering dan jadi kulit mati tu... hari-hari aku sental.... paling elok, lepas 3-4 hari, pergilah facial.. tapi kene tunggu kulit muka reda dulu dari panas sunburn tu.. x boleh terus g facial.. insya Allah.. kulit akan ok kembali.. sebab setau aku kalau sunburn, biasanya dalam tempoh 10 hari kulit akan ok semula.. cuma x de la jadi putih terus.. lepas tu mungkin kulit muka akan menggelupas... sebabnya kulit yang sunburn tadi dg jadi kulit mati dan kulit baru akan tumbuh dan perlu dijaga baik-baik....

Jadi, sabar la ye.....




Friday, March 04, 2011

Resepi Dapur - Sushi

Dua tiga hari ni terbayang la plak sushi.. adoiyaaii... kalau dah terbayang tu, tandanye kena g makan la.. kalau nak makan, gerenti kene g Jusco atau Sushi King.. ermm... koman-koman habis dalam RM 10.00 ~ paling sket la.. tu pun pastu sure melapar balik...

Teringat plak resepi SUSHI yang member kat Japan bagi tahun lepas.. macam menarik je kalau nak cuba.. so, apa lagil, dengan laju-lajunya aku pun ke Giant carik bahan nak buat sushi....

Ni lah dia barang-barang yang aku dah beli.... Paling penting, beras jepun.. ( susah jugak nak carik, tapi memang ada.. cuma jenama je lain dari yang biasa ).. lepas tu seaweed a.k.a rumpai laut... berpusing aku kat Giant tu nak mencari mende ni.. alahai.. rasanya penah nampak.. tapi memang macam ni la kan.. kalau carik x jumpa... kalau x nak, nampak plak kat mana... sambil tu, aku beli crab stick, solmon mayonis.. dan mayonis ni aku suka pakai tar-tar sauce.. hahahah.... sepatutnya pakai mayonis biase je, tapi aku saje suka-suka nak ikut selera sendiri..

Frust sebenarnya sebab x jumpa langsung seaweed ni, berpuluh kali aku pusing, sudahnya aku nekad balik je la tunggu esok g Jusco beli kat sane ( gerenti ade ).. skali masa nak balik tu, aku short cut ikut lorong junk food, toinnkk !! ternampak rupenye seaweed ni diletakkan kat bahagian ni.. wahh.. wah... memang rejeki aku nak buat sushi hari ni... banyak jenis seaweed ni sebab ade yang boleh makan terus sebab dah dipanggang dan diletakkan perisa.. aku amik yang biase punye la.... jangan lupa, mesti ade BAMBOO MAT untuk gulung sushi..

Kalau ikutkan dalam blog yang aku baca, beras jepun yang sangat famous amos untuk buat sushi jenama SUMO ni la.. aku x jumpa yang ni.. nasib ade jenama SAKURA.. jadila kan..... lagipun beras dia sama aku rasa.. bulat-bulat.. total harga barang-barang ni dalam RM 25.00.. boleh makan sepuas hati dan makan berkali-kali...


Aku refer resepi kawan aku ni masa nak buat.. tapi banyak sangat aku survey kat blog dan youtube tengok cara nak buat.. sama je rupenye yee.. senang sesangat.. jadi akhirnya, aku pun buatlah sushi ikut cara & rase tekak aku sendiri....

Bahan yang UTAMA perlu ada....

1 cawan Beras Jepun
1 sudu Cuka ( ikutkan cuka khas untuk sushi ) tapi aku pakai cuka biasa.. OK je rasanye..
1 sudu Mayonis
Gula dan Garam sesedap rasa

Bahan2 lain

Crab Stick
Telur Dadar
Tuna / Solmon yang siap dalam tin
Seaweed

Boleh jugak tambah bahan lain... macam timun jepun dan pape sayur lain yang disukai

Cara nak masak dia :

Masak beras jepun tu macam biasa. Boleh ikut arahan kat blakang plastk bag dia... Pastikan sukatan airnya betul supaya tak lembik. Aku guna 1 cawan beras + 2 cawan air... Bila nasik masak, tengah panas tu masuk dan gaulkan cuka, garam, gula dan mayonis. Gaul bagi rata. Pastu tunggu sejuk sket sebab kalau buat time panas, dia basah dan berair lagi...

Bila dah sedia, amik Bamboo Mat ni.. letak seaweed atas dia.. pastu letakkan nasik tadi.. ikutkan ada sukatan untuk saiz nasi atas seaweed ni, tapi aku blasah je la letak separuh dari saiz seaweed tadi...

Masa ni terpulang nak letak apa atas nasik ni.. boleh letak tuna, crab stick, telur, timun dan sebagainya.. susun elok-elok.....

Lepas tu, mula la menggulung dengan bantuan Bamboo Mat ni.. ini le fungsing Bamboo Mat ni sebab dia boleh control saiz dan elakkan sushi kita jadi rosak.. lagipun, dengan cara macam ni, sushi akan jadi cantik dan kemas...

Kalau nak gulung sendiri pakai tangan, agak susah.. sebab nasik ni lembik dan melekit-lekit.. jadi nanti sushi jadi x cantik.. masa gulung tu, gulung kuat-kuat supaya isi dia jadi padat... jadi bila nak potong nanti, senang jadinya... Kat hujung seaweed tu, basahkan dengan air, dia akan senang untuk melekat.

Macam-macam design boleh buat...


Inilah hasilnya bila dipotong......


Ini baru guna untuk 1 cawan beras... banyak dapat ni... rasanya pulak, sebijik macam sushi yang aku selalu beli kat JUSCO tu.. waahh.. memang puas hati laa....

Bila siap, aku terus masuk mulut.. x sabar nak rasa katakan.....terasa plak seaweed tadi kenyal.. aisehh... silap pilih seaweed ke... frust la plakk... sudahnya aku simpan je sushi-sushi dalam fridge semalaman.. jadi, hari ni bila aku nak makan semula, terasa seaweed tadi lembut la plak.. oh.. agaknya bila air dari nasik tadi x serap masuk lagi pada seaweed, tu yang rase lain je.. tapi bila dah simpan beberapa jam ni, baru rasa lembut dan sedap...

Hepi la plak... bila dah berjaya buat resepi baru ni.. lepas ni ade la idea nak buat nak jamu orang datang.....

Tuesday, March 01, 2011

Kalsium oh Kalsium


Usia makin meningkat.. tulang semakin rapuh.. Sejak usia menginjak ke 3 series, memang terasa la tulang temulang aku ni sudah x segagah dulu...



Aku mula terlibat secara aktif dalam sukan sejak usia 10 tahun... lumba lari memang dah tentu.. lagi-lagi mula main netball sejak darjah 4 dan naik ke darjah 5 mula mewakili sekolah.. smpailah usia aku ke 31thn 4 bulan, aku masih lagi aktif bermain.. cuma pernah satu masa, bila aku berhenti bersukan masa menuntut kat U dulu, membuatkan aku tersedar yang tulang lutut aku ni dah mula goyah terutama masa turun tangga... Masa tu terfikir jugak, mungkin faktor penambahan berat badan menjadi punca dan faktor keturunan ( arwah mak aku memang sakit lutut ).. kire sakit lutut aku ni on off la...

Pengalaman aku yang aku nak sharekan bersama...

Masa aku g holiday kat Ireland Mac 2009.. pergghh... dengan cuaca sejuk yang mencengkam sampai ke tulang hitam... kebetulan hari ke-6 tu aku mandi dengan air sejuk ( nak cepat sampai x sempat nak tunggu air jadi panas ).. meletup bunyi tulang lutut aku ni berlaga..

Masya Allah...

Lepas tu aku berjalan kaki ke Ross Castle dalam 8km pergi dan balik.. sudahnya balik rumah, aku tidur, bila bangun tidur kaki kanan aku dah x boleh dibengkokkan.. sakit berdenyut-denyut.. dan dalam masa beberapa jam lepas tu aku rasa kaki aku dah tak berfungsi.. serius gile.. aku x memain.. buat kali pertama aku dapat rasa yang aku ni lumpuh.. aku cuba nak bangun tapi langsung tak boleh sebab kaki aku dah x rasa apa-apa lagi.. meraung aku beb !!!

Memula panik gak... disebabkan hari Ahad.. semua klinik dan farmasi tutup... nasib suami aku ada disisi.. dia keluar cari farmasi, dan nasib baik.. ada farmasi yang bukak... dia belikan gel untuk disapu pada lutut aku dan bandage utk lutut aku.. sedihnye aku rasa time tu.. lagi-lagi family jauh dari mata...

Seminggu, aku merangkak masuk keluar bilik air.. solat duduk dengan kaki melunjur.. nak keluar dari bilik memang kene papah.. memang dasyat aku rasa... terbayang macam mana aku nak balik Malaysia time tu sorang-sorang.. aduhai... tapi alhamdulillah, lepas tu lutut aku beransur baik..

Kat sini, aku nak share dengan info yang aku baca....

HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang.

“Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Boleh dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis.

Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.

Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050.

Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.
Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.



Sampai sekarang, aku cukup berhati-hati dengan lutut aku ni.. aku bukannya pergi urut pun.. pasal tu sampai sekarang kadang-kadang ade rase sengal.. pernah jugak masa musim hujan cuaca sejuk, aku rasa lutut aku ni macam nak sengal-sengal macam dulu tu..


Jadi, inilah dia makanan tambahan yang aku amalkan.. susu coklat Anlene.. walaupun orang cakap yang perasa original lebih bagus, tapi aku x boleh nak telah selain dari susu coklat ni. memang ketara perubahan yang aku rasa bila dah amalkan susu ni setiap hari... Pil kalsium ada jugak aku amalkan selain gula-gula kalsium yang sangat sedap aku beli kat Cosway ni... nak kene start dari sekarang.. tak nak nanti bila usia meningkatkan ke 4 series, kene pakai tongkat pulak...

Kesihatan memang penting.. maklumla.. badan nak pakai lama....