OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 10, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan.. Selamat Datang Syawal..

<

Salam Lebaran.. Salam Aidilfitri.. salam penuh takzim buat semua sahabat dan kenalan.. 30 hari di bulan Ramadhan berlalu tanpa disedari.. begitu pantas masa berlalu.. sedar x sedar..Syawal yang dinanti menjelma.. syukur Alhamdulillah..dipanjatkan kerana masih diberi nikmat dan kesempatan untuk terus merasakan keindahan Syawal 1431H.. Terasa kegembiraan dan keseronokan beraya walau tanpa insan tersayang disisi.. almaklumla.. suami seperti tahun-tahun sebelum ini, hanya bercuti 1 hari untuk meraikan Aidilfitri di perantauan.. namun itu bukan penghalang untuk aku terus bergembira bersama keluarga.. tiada setitis pun air mata yang tumpah.. syukur padamu Ya Allah..Kau berikan aku kekuatan yang sangat hebat utk aku meneruskan hidup aku dengan penuh ketabahan... Namun jauh disudut hati.. linangan air mataku hanya tumpah kerana rindukan seorang insan yang telah pergi jauh..iaitu arwah ibuku... semoga arwah pulang dengan cukup gembira dengan bekalan dari waris-warisnya..


Ermm... cerita pasal suami.. let's me sharing ape yang weols buat time raya.... malam Raya.. hubby akan call.. sembang panjang.. tajuk pasal Raya la.. persiapan Raya.. menu raya.. aktiviti Hari Raya... sembang sakan.. masa ni jugakla acara kutuk mengutuk masih berjalan.. lepas kutuk mintak ampun..pastu kutuk balik.. hahhaha... biasanya hubby akan call mak mintak maaf & ucapkan Selamat Hari Raya.. tahun ni bapak mertua aku pon x balik beraya.. x dapat cuti keje.. beraya la kat Singapore dengan housematenya.. macam ni keluarga perantau.. apa nak kisah.. memang x banyak keluarga macam ni wujud.. tapi ia ada dan tetap wujud.. kami adalah antara mereka..yang beraya terpisah antara satu sama lain..tapi dalam hati..kami tetap bahagia.. mak mertua aku memang supporter terunggul.. jiwa kental maklumla orang lama..sejak muda memang duduk jauh dari bapak yang kejenya belayar.. sampai bapak tukar warganegara ~ SINGAPOREAN ~ mak x kisah pon.. hahahha... jadi aku ni.. menantu yang mewarisi kejauhan ini la.. no more tears..


Buat suamiku.. Selamat Hari Raya Sayang... Ampuan dan Maaf atas segala salah dan dosa.. sabar menanti detik masa 2 bulan lagi sebelum kita bertemu semula.. 7 bulan telah berlalu telah diharungi tanpa kita sedari betapa pantasnya waktu..

Aidilfitri tahun ini.. macam biase diraikan kat rumah nenek..kebetulan, Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat..dan nikmat Allah jua kerana menurunkan air hujan yang lebat menyejukkan bumi di pagi Syawal.. perjalanan pulang ke kampung dilewatkan sedikit kerana memberi peluang kaum2 lelaki menunaikan solat Jumaat...




Menu kat kampung macam biasa.. yong tau fu.. ketupat, rendang, kuah kacang, ayam masak kicap jadi hidangan.. kenyang jangan cakap la.. makan saja.. abis diet.. turun 5kg tp naik 6kg.. hohoho... balik kampung nenek satu lagi pon sama.. makan aje.. biasala kan raya..





Alhamdulillah... syukur nikmat Allah.. semoga akan bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal akan datang...


Dalam kelembutan lidah..
ada keterlanjuran kata dan bicara...
Dalam gurau & senda..
ada khilaf dan dosa...
Harap diampun dan dimaafkan SEGALANYA....
Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam Syawal 1431H..

No comments:

Post a Comment