OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 21, 2010

Makan..Makan..dan Makan Lagi..

Macam ni la ceritanya bila masuk bulan Syawal.. happening dengan acara makan-makan.. Aidilfitri aku tahun ni cukup meriah dengan jemputan open house ke rumah anak-anak murid.. Percaya atau tak.. aku pun dah termasuk dalam kategori budak-budak sekolah yang ligat beraya dari rumah ke rumah.. cuma aku x dapat duit raya la...

Tahun ni, kurang pulak tetamu yg datang beraya rumah aku.. bukan sebab ape.. sebab aku yg dok g beraya umah orang sampai orang x dapat datang beraya umah aku.. hehehehe... strategi tu sebenarnye.. opsss... Anyway.. aku dapat juga jemputan beraya kat umah rakan-rakan guru..tapi mungkin xde rezeki nak merasa air tangan rakan-rakan.. aku sakit kepala & feel nk demam.. maka otomatik xde la mood aku nk pakai cantik-cantik g beraya.. jadi jadual hujung minggu aku pada 11-12 september hanya beraya di umah sendiri...

Minggu seterusnya.. 18-19 september.. aku bawak anak2 murid g jalan TAR.. actually, nak cari dan beli shawl pakistan.. nk beli thru online dh abis stok plak.. nak x nak, kene la g sendiri.. mcm biasa la aku bawak Fana & Ena buat teman.. meriah jugak dorg bersoping..beli tudung & kain ela utk mak dorg.. bagus3x.. anak yg baik..sambil2 tu aku bwk jugak budak2 ni ke Plaza One-City kat sebelah Semua House tu.. tujuan nak tunjuk kat dorang kedai india yang jual pelbagai aksesori pengantin & alat solekan.. lama jugak kitorang kat sana.. maklumla peniaganya yang peramah tu cukup mempromote hasil jualan dorg..

Rushing jugak hari tu.. sebab nak hantar budak2 ni g open house.. emmpp..macam anak aku plak ye.. tapi mungkin kerana rezeki, aku pun terjebak sama dijemput makan-makan.. dengan muka selambe aku pon joint sama sebab rumah yang di open tu semuanya rumah cikgu2 sekolah & anak-anak murid sendiri.. Anyway.. memang sangat kenyang.. kat rumah cikgu Hafiz ( mee kari + laksam ), Afiqah ( nasi impit + kuah kacang), Shafiqah ( laksa johor + mee ), kaunselor Azian ( laksa + nasi impit + kuah kacang ).. juga x ketinggalan umah Fazilla yang kami x nak jamah pape sebab tangki dh penuh.....

Hari Ahad.. jemputan beraya ke rumah anak-anak murid dalam Kem Senawang pulak..anak-anak askar nk beriye mengajak.. 1st ke rumah Ayu ( soto + bergedil ) dan umah Aliaa ( nasi kerabu ).. emmpp... mabeless... lazat btol... memang senak perut 2 hari ni dgn acara makan-makan...namun begitu, aku x dapat ke open house umah Ain kat Chembong Rembau.. sory ye Ain...





Minggu seterusnya.. 1hb, 2hb & 3hb Okt.. jemputan open house yang x putus-putus..antaranya rumah Tasha ( ciken chop ), Fana, Nadreen Ikhwan, Aida, Fazliena terpaksa ditolak..bukan ape... sebab aku kene balik kampung handle kenduri kawin adik aku... hampa jugak rasenye terlepas nk merasa ciken chop..huhu.. tp x pe la.. diganti dengan ayam golek menu meja pengantin.. jadi la kan....

Hari Rabu di minggu terakhir di bulan Syawal.. dua jemputan lagi ke rumah anak-anak murid.. rumah Umie ( mee & kuetiow goreng ) dan Miera ( nasi hujan panas ) x mungkin aku lepaskan.. penuh perut dengan makanan dicampur senak perut bergelak ketawa dgn budak2 ni..


Alhamdulillah.. Syawal memang bulan rezeki.. dapur x berasap sebab makanan asik diberi.. syukur padamu Ya Allah.. namun, terbit jua sedikit rasa sayu dek terkenang sisa masa yg masih tinggal sebelum anak-anak muridku ini meninggalkan bangku persekolahan.. apakan daya.. inilah lumrah kehidupan.. kenyataan yang aku perlu tempuhi saban tahun.. yang patah akan tumbuh... yang hilang akan berganti... apapun.. Syawal kali ini telah dapat ku lalui dengan cukup meriah & gembira.. Jumpa lagi tahun depan.. Insya-Allah..

Saturday, September 11, 2010

Lebaran Suamiku di Perantauan

Kali ni kisah sambutan lebaran suamiku pula.. ermm.. tengok je la gambar.. betapa gembiranya suami beraya diperantauan..pasal tu sedar x sedar.. 10 tahun dah dia berada di bumi Ireland.. Seronok berada di sana.. sebab ramai kawan-kawan yang baik & mengambil berat.. tak percaya..?? tengok aje la.. kawan2 kat sana selalu buat acara makan-makan.. pastu mesti ade souveniour khas untuk aku jauh ni.. apalagi.. gambar aksi suami aku la..



Tahun ni, banyak pulak gambar-gambar yang di tag kan pada aku.. alhamdulillah.. kawan-kawan kat sana memang betul2 sayangkan kami.. pasal tu aku x risau suami aku kat sana.. ramai yang tukang jagakan.. makan cukup.. g keje..balik keje..tidur.. zzzzzzzz.... kawan-kawan kat sana kebanyakan chef & isteri-isteri chef yang suka main masak-masak... rasanya tahun ni berbuka puasa memang dorg buat turn ikut rumah.. seronok nye la..





Ni plak.. sambutan Hari Raya suami dan kawan-kawan.. memang makan x ingat la. dari 1 rumah ke 1 rumah.. macam2 menu air tangan dari yang pakar.. issk.. menyesal x g beraya kat sana.. x pe.. harap2 tahun depan dapat terbang ke sana beraya beramai-ramai..





Ni adalah sebahagian kawan-kawan tersayang di bumi Ireland.. terima kasih duhai sahabat.. semoga rezeki kalian lebih murah dan senantiasa beroleh kegembiraan....







Buat suamiku...

7 bulan telah berlalu.. aku menantimu dengan penuh sabar & perasaan x kisah.. tiada setitis pun air mata yang tumpah.. tiada kekesalan..dan tiada rintihan... hanya doa yang sentiasa kupanjatkan agar dikau beroleh kebahagiaan... Kini tinggal 2 bulan je lagi sayang... sebelum dikau terbang pulang...

Semoga Allah merahmatimu suamiku dan sahabat-sahabatku di sana... pada setiap langkahmu.. setiap denyutan nadimu.. juga pada setiap helaan nafasmu...

Amin Ya ALLAH..

Friday, September 10, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan.. Selamat Datang Syawal..

<

Salam Lebaran.. Salam Aidilfitri.. salam penuh takzim buat semua sahabat dan kenalan.. 30 hari di bulan Ramadhan berlalu tanpa disedari.. begitu pantas masa berlalu.. sedar x sedar..Syawal yang dinanti menjelma.. syukur Alhamdulillah..dipanjatkan kerana masih diberi nikmat dan kesempatan untuk terus merasakan keindahan Syawal 1431H.. Terasa kegembiraan dan keseronokan beraya walau tanpa insan tersayang disisi.. almaklumla.. suami seperti tahun-tahun sebelum ini, hanya bercuti 1 hari untuk meraikan Aidilfitri di perantauan.. namun itu bukan penghalang untuk aku terus bergembira bersama keluarga.. tiada setitis pun air mata yang tumpah.. syukur padamu Ya Allah..Kau berikan aku kekuatan yang sangat hebat utk aku meneruskan hidup aku dengan penuh ketabahan... Namun jauh disudut hati.. linangan air mataku hanya tumpah kerana rindukan seorang insan yang telah pergi jauh..iaitu arwah ibuku... semoga arwah pulang dengan cukup gembira dengan bekalan dari waris-warisnya..


Ermm... cerita pasal suami.. let's me sharing ape yang weols buat time raya.... malam Raya.. hubby akan call.. sembang panjang.. tajuk pasal Raya la.. persiapan Raya.. menu raya.. aktiviti Hari Raya... sembang sakan.. masa ni jugakla acara kutuk mengutuk masih berjalan.. lepas kutuk mintak ampun..pastu kutuk balik.. hahhaha... biasanya hubby akan call mak mintak maaf & ucapkan Selamat Hari Raya.. tahun ni bapak mertua aku pon x balik beraya.. x dapat cuti keje.. beraya la kat Singapore dengan housematenya.. macam ni keluarga perantau.. apa nak kisah.. memang x banyak keluarga macam ni wujud.. tapi ia ada dan tetap wujud.. kami adalah antara mereka..yang beraya terpisah antara satu sama lain..tapi dalam hati..kami tetap bahagia.. mak mertua aku memang supporter terunggul.. jiwa kental maklumla orang lama..sejak muda memang duduk jauh dari bapak yang kejenya belayar.. sampai bapak tukar warganegara ~ SINGAPOREAN ~ mak x kisah pon.. hahahha... jadi aku ni.. menantu yang mewarisi kejauhan ini la.. no more tears..


Buat suamiku.. Selamat Hari Raya Sayang... Ampuan dan Maaf atas segala salah dan dosa.. sabar menanti detik masa 2 bulan lagi sebelum kita bertemu semula.. 7 bulan telah berlalu telah diharungi tanpa kita sedari betapa pantasnya waktu..

Aidilfitri tahun ini.. macam biase diraikan kat rumah nenek..kebetulan, Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat..dan nikmat Allah jua kerana menurunkan air hujan yang lebat menyejukkan bumi di pagi Syawal.. perjalanan pulang ke kampung dilewatkan sedikit kerana memberi peluang kaum2 lelaki menunaikan solat Jumaat...




Menu kat kampung macam biasa.. yong tau fu.. ketupat, rendang, kuah kacang, ayam masak kicap jadi hidangan.. kenyang jangan cakap la.. makan saja.. abis diet.. turun 5kg tp naik 6kg.. hohoho... balik kampung nenek satu lagi pon sama.. makan aje.. biasala kan raya..





Alhamdulillah... syukur nikmat Allah.. semoga akan bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal akan datang...


Dalam kelembutan lidah..
ada keterlanjuran kata dan bicara...
Dalam gurau & senda..
ada khilaf dan dosa...
Harap diampun dan dimaafkan SEGALANYA....
Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam Syawal 1431H..

Monday, September 06, 2010

Sirih Pulang Ke Gagang - Majlis Berbuka Puasa 2010 - ALUMNI SMK Raja Muda Musa Teluk Intan, Perak

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Alhamdulillah..Majlis Berbuka Puasa ALUMNI SMK Raja Muda Musa Teluk Intan telah berjaya disempurnakan pada tarikh 5 September 2010.. Setelah 14 tahun.. akhirnya kami bersua kembali.. sedar x sedar..kejap je masa berlalu.. bila tengok wajah2 guru2 yang dulu penah mengajar, rasanya x berubah pon mereka..cuma anak2 muridnya je yang makin mengembang dan beranak pinak..




Majlis ringkas yang diaturkan walau hanya seketika, tapi cukup bermakna.. hanya beberapa orang rakan dari batch 1996 je dapat hadir, tapi sekurang-kurangnya dapatlah mengeratkan silaturrahim yang dah lama renggang.. Seronok dapat jumpa kawan2 lama..banyak dah berubah..tapi yang nyata yang datang tu 90% nya cikgu.. klakar la plak... cikgu yusrina, cikgu azni, cikgu faizal, cikgu hassanal dan wifenya cikgu haniza..









Menu malam ni pon hebat.. cukup sedap dan sempurna... ikan siakap masak 3 rasa, daging masak kicap, ayam masa cili, udang sambal, tomyam, sayur kailan dan buah-buahan.. memang sedap dan terbaek.. siap dapat tapau lagi...



Lepas berbuka, majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah..Lepas tu berlangsung majlis penyampaian duit raya pada anak-anak yatim.. Syukur alhamdulillah.. YDP sendiri memberikan sumbangan peribadinya buat anak-anak yatim tu..



Walaupun terasa jugak la majlis ni kurang penyertaan.. tak tau la dimana puncanya..tapi rasanya sape-sape bekas pelajar memang patut bagi support la.. bukan apa.. asik cakap suruh buat reunion la.. jumpa2 la.. tapi bila majlis dibuat, tak plak hadirnya..macam2 alasan kan.. x ape la.. semoga bahagia la hendaknya.. Buat YDP dan seluruh tenaga kerja ALUMNI, TAHNIAH buat anda.. semoga usaha murni anda akan diteruskan.. jangan dikau rebah..kerana kami tetap akan menyokong anda dari belakang..

Wednesday, September 01, 2010

Tragedi Baju Raya Terbakar

29 September 2010.. tragedi yg menimpa baju2 raya aku.. dlm sejarah hidup aku ni la kali pertama aku dilanda ujian di bulan Ramadhan.. 4 pasang baju raya aku hangus musnah terbakar bersama dengan rumah tukang jahit aku di Sungai Panjang Selangor..

Ahad malam..aku bersiap2 kemas beg & baju sebagai persediaan persekolahan hari esok.. dalam pkol 10.45 mlm, mak uda call bgtau..aku terdiam seketika.. apa lagi dalam kepala aku ni hanya memikirkan baju raya yang aku beli dari eva yanti, tokey kain sulam bukit tinggi..juga kain hadiah dari eva untuk aku.. termenung aku seketika.. terfikir apa tindakan aku seterusnya..

4 helai baju aku musnah... tnpa dapat diselamatkan.. tiada apa yang tinggal..hanya kenangan dan angan2 untuk menyarung baju ni di hari lebaran.. tp bukan rezeki aku agaknya..




Tapi syukur..dalam 4 pasang ni, ade 2 pasang baju yang dh siap ada di rumah mak uda.. lega jugak aku rasa.. cuma kainnya yang terbakar bersama2 2 pasang baju coklat dan hitam aku..tak apelah..sekurang2nya masih ada ihsan buat aku untuk beraya dangan bergaya..




Apa yang berlaku pada aku ni, cukup berhikmah.. aku termenung panjang..seharian aku khayal.. tp dalam diri aku..dalam jiwa aku..penuh dengan tusukan yg jauh menembusi segala ruang rohani aku.. kerana aku cukup sedar..dalam tempoh sebulan dua ni aku terlalu hebat berbelanja.segala apa yang aku mahu semua aku beli.. smpai aku terlupa diri.. jadi, bila berlaku kejadian ni, insaf aku rasakan..bahawa segala kenikmatan, keseronokan bila2 masa je boleh Allah tarik.. syukur dengan apa yang aku masih miliki..sedangkan aku hanya hilang sepasang dua baju raya..apakah pula nasib tukang jahit yang hilang rumah dan mata pencarian tu.. betulkan..segala yg Allah suratkan dan takdirkan segalanya mengandungi hikmah yang perlu kita tafsirkan..lalu kini, jadilah aku orang2 mula berfikir dahulu sebelum berbelanja.. rasenya segala persiapan raya aku sudah sempurna..segalanya ada.. oleh yang demikian.. cukuplah dengan apa yg aku ada saat ini..

Pencarian aku belum berakhir.. sempat aku mencari kain gantian untuk baju aku 2 pasang ni.. alhamdulillah..aku temui juga penggantinya.. yang hampir sama..2 meter untuk dijadikan kain sebab baju bersulam ni selamat tapi kainnya yg x selamat.. dan sebagai galang ganti..2 pasang baju kurung selamat aku beli di KM Plaza Seremban..




Mabuk jugak aku tgk limpahan kain baju kat situ..tp hati aku masih akur untuk melawan gelodak nafsu bersoping aku ni x tak pernah surut.. ikutkan nak raya ni mau 10 kali dh aku ronda carik barang2 raya.. cukup la kan... semoga tragedi ni jadik pengajaran. sekali sekala kene mcm ni elok jugak..kesan berbirat dlm ulu hati aku..