OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 05, 2011

OLE-OLE RAYA DARI KILLARNEY, IRELAND...

Syawal di perantauan.. yang pastinya buat kesekian kalinya lebaran aku dan suami masih lagi dipisahkan... sedih..?? belum lagi.. agaknya sebab aku x pernah ada pengalaman beraya bersama sejak kawin, tambahan lagi keseronokan aku untuk pulang ke kampung sendiri beraya setiap tahun, jadi perasaan sedih beraya dengan berjauhan begini masih belum aku rasakan.. Syukur Alhamdulillah, kekuatan yang ALLah bagi pada aku ni adalah ubat terbaik bagi aku meluangkan masa dengan keluarga sendiri...
Seronok aku tengok foto-foto kiriman sahabat-sahabat dari Killarney.. ternyata jauh jauh dari sanak keluarga, namun anak-anak rantau ini punya cara sendiri untuk meraikan Aidilfitri. Yang nyata meriah dan juadah makanan yang disediakan mungkin melampauian dari tinggal di negara sendiri.


Cumanya, jadi anak rantau macam ni.. apa je terlintas untuk dimakan, semuanya kene sediakan sendiri.. x dapatlah nak beli kat kedai.. tapi elok jugak macam tu, skill memasak akan jadi hebat !!!






Terima kasih buat kawan-kawan di Killarney, Ireland untuk foto-foto ini.. sesungguhnya mereka semua tahu.. foto-foto inilah jadi pengubat rindu untuk kami berdua...

Saturday, September 03, 2011

BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN...

Tahun ke-3 aku beraya tanpa insan bergelar IBU... macam biasa.. tugas aku secara rasminya jadi tukang masak.. opss.. lupa nak bgtau.. macam biase jugak.. aku beraya di kampung halaman aku.. kat Teluk Intan, Perak... inilah yang bestnya.. alasan bila suami diperantauan.. boleh pilih nak beraya kat mana.. sebab kalau suami ada, paham-paham je la..
Atas pemintaan adik beradik.. termasuk adik ipar.. supaya aku balik beraya bersama.. dan hati aku tetap mahu pulang ke kampung di hari lebaran.. sebab rindu yang teramat untuk menziarahi pusara MAK.. namun, raya kali ini, kehadiran insan baru dalam hidup aku.. mak tiri aku.. alhamdulillah.. walaupon hakikatnya tiada siapa yang mampu menggantikan tempat ibu kandung, namun kehadirannya dengan title seorang ibu sedikit sebanyak memeriahkan & meringankan tugasan kami adik beradik.. oppss...
Sejak malam raya, aku sendirian kat dapur.. masak hidangan tradisi keluarga kami.. rendang daging, rendang ayam dan ayam masak kacang.. kakak aku alasannya, x reti masak rendang.. tapi sebenarnya dia memang x suka masak ramai-ramai dalam 1 dapur. jadi sebelum aku yang halau dia, dia sendiri volunteer x mau masak.. hahahhaa... bagos.. bagos !!!

... rendang daging ...

... rendang ayam ...

... ayam masak kuah kacang...
Bila tengok gambar ni.. x sangka plak aku yang masak.. ni lah resepi yang sempat arwah mak aku perturunkan semasa hayat dia.. syukur, aku sempat belajar dan sekarang aku mampu menyediakan hidangan ni setiap kali tiba hari raya untuk dijamah oleh ahli keluarga.. rindu dengan arwah MAK....
Adik aku, macam biase la.. ole-ole dari sarawak.. kami adik beradik sama-sama pow engineer petronas ni.. setiap tahun dia akan taja kek lapis sarawak.. order je.. pastu cakap je la nnti kitorang bayar.. tapi bila dia dh sampai, dia gerenti bagi free punye.. hahahhaa... sementara dia tengah bujang kan.. duit tgh banyak.. bonus sampai 6 bulan.. baik dia bagi adik beradik dia makan kenyang-kenyang.. kan tu lebih baik...


Ni plak, kek coklat yang mak tiri aku buat.. sedap dan moist... aku macam biase akan korek belah yang ade topping coklat tu la.. nyum-nyum...

Lemang... aku lupa dari mana dapat lemang ni...
Ni lah dia.. juadah simple untuk kami sekeluarga di pagi raya.. memang x masak banyak, sebab tradisi kami lepas ziarah kubur, kami akan pulang terus ke rumah nenek.. kat sana banyak makanan sedap menanti.. yang ni kami tapau je untuk nenek & sedara mara kat kampung rasa...

Perjalanan ke kampung bermula.. tahun ni dapat balik kampung nenek abah je.. sebab kampung nenek mak, x de neneknye.. nenek lari beraya kat KL.. almaklumlah.. nenek dapat durian runtuh....


Gambar x clear la.. ni la hidangan raya kat rumah nenek.. selain dari menu wajib.. kuah kacang, rendang ayam, ayam masak kicap, kari ayam.. mak uda buatkan yong tau fu.. ni lah specialnya beraya kat rumah nenek.. mak uda ngn mak long akan masak sedap-sedap.. rumahpun riuh rendah dengan sedara mara... teringat plak zaman kecik-kecik dlu...


Satu lagi pasal kampung aku ni.. pergghh... main mercun dan meriam tu perkara biasa.. aku takut sungguh la tengok meriam depan rumah nenek ni.. smpaikan cousin aku yang umur 4 tahun pon bebas main meriam.. aduhai... ni lah bezanya orang kampung yang tahan lasak..




Aku berani main mercun pop-pop je la... banyak stoknya.. sampai kene sorok atas pangkin rumah.. hahhahaa...
Aktiviti waktu malam... memang meriah...




Raya ke-dua aku balik balik ke Teluk Intan.. macam biasa lah.. tukang masak untuk sedara mara yang datang... seminggu jugak aku beraya kat kampung baru la balik Seremban.. mulalah kerja-kerja menyusun kuih muih hasil belian dari kawan-kawan dalam bekas kuih...
... chocolate bubble rice ...

... chocolate marble ...
... semperit ... sedap sangat.....
... batang buruk ...

... kerepek bawang ...

... tat nenas ...
... kerepek pisang ...

Untuk kawan-kawan dan anak-anak murid.. jemputlah datang beraya rumah cikgu bila-bila masa ye..
Salam Syawal buat semua....

Tuesday, August 30, 2011

SALAM SYAWAL 1432H DAN MAAF ZAHIR BATIN


Ramadhan telah tiba ke penghujung..




MENANGISI PEMERGIAN RAMADHAN


Di penghujung Ramadhan ini, renungilah bagaimana perasaan para sahabat Rasullullah SAW di saat perpisahan ini. Mereka akan menangisi pemergiannya. Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa di mana sifat Pemurah dan Penerima Taubat Allah itu berlipat ganda. Masakan tidak sedih berpisah dengan saat di mana bala syaitan itu digari akan dilepaskan semula..... Masakan tidak sedih berpisah dengan saat pintu syurga dibuka seluasnya, dan pintu neraka itu ditutup serapatnya. Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa khusus untuk melahirkan generasi bertaqwa, berasaskan kepada hidayah al-Quran. Semua ganjaran ini, hanya ditawarkan terhad sepanjang Ramadhan sahaja. Mereka akan berdoa supaya diterima amalan mereka sepanjang bulan barakah ini, serta dikurniakan lagi Ramadhan untuk tahun akan datang. Paling aku rasakan kesedihannya apabila menunggu kehadiran malan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir .. malam yang lebih baik dari 1000 bulan..

Doa ini dibaca oleh Imam al-Sudaisi, yang sewajarnya kita baca di senja Ramadhan ini:

اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة

Allahumma ausilna ila Ramadan Karim a’waman adidah.

Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang.

Buat kali pertamanya... pemergian Ramadhan kali ini aku mengundang rasa sedih dalam diri aku... syukur, dibulan ini aku berkesempatan menunaikan solat terawih juga membaca Al-Quran.. amalan yang aku jarang lakukan pada bulan-bulan yang lain.. dan niat dihati aku untuk meneruskan bacaan itu....





MERAIKAN KEHADIRAN SYAWAL


Bergembira di hari raya kerana meraikan kejayaan kita setelah menundukkan nafsu sepanjang siang hari dibulan Ramadhan.. Namun aku punya alasan, kenapa Syawal ini masih mengundang rasa sayu dihati... kerana pada bulan ini segala syaitan dibuka garinya dan bermulalah kembali tugas mereka menyesatkan manusia... juga, pintu neraka juga terbuka seluasnya menunggu kehadiran umat manusia yang lalai dan terus alpa...

Dan.. hati ini tercalit juga sedikit lara.. tatkala terkenangkan arwah ibuku yang telah pergi buat selamanya.. Al-Fatihah untukmu ibu.. semoga rohmu tenang dan mendapat rahmat disana..


Buat suamiku diperantauan...
Alhamdulillah, kita masih diberi ketabahan dan kekuatan ini.. tak sedikit pun air mata tumpah disepanjang kejauhan ini.. terima kasih sayang... semoga Allah SWT terus memayungi rahmat dan kasih sayangNya buat kita..


Salam Aidilfitri 1432H buat semua..

Wednesday, August 24, 2011

ALHAMDULILLAH.. APC 2010 UNTUKKU..

" Rezeki datang dari Allah Yang Maha Pemurah.Allah lah punca segala rezeki.Tiada siapa yang boleh memberi rezeki kecuali Allah.Tiada siapa pula boleh mencapai rezeki kecuali atas izin-Nya.Jika Allah telah mengizinkan seseorang mendapat rezeki,maka rezeki itu akan datang kepadanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta.Jika Allah tidak mengizinkan seseorang itu mendapat rezeki,maka tiadalah rezeki baginya walau seluruh malaikat,jin,syaitan dan manusia berserta seluruh alien (jika ada) cuba untuk menyampaikan rezeki itu ke mulut orang itu "

Syukur Alhamdulillah.. jika rezeki ini yang Allah SWT yang ingin berikan padaku.. yang Allah SWT pilih untuk berikan padaku.. walau hakikatnya, aku merasakan ianya terlalu cepat untuk aku kecapi, namun disebaliknya aku mengerti segala yang telah disuratkan ini pasti ada hikmah yang tersembunyi ...

Dalam usia masuk tahun ke-5 aku menjadi seorang pendidik, pastinya pencapaian ini menjadi satu titik tolak untuk aku terus mengorak langkah menjadikan kerjaya aku lebih cemerlang.. walau masih dalam keadaan yang bingung dan terkejut dengan berita ni, aku bersyukur kerana aku dipilih.. memang betol, Allah SWT telah pilih aku untuk menerima anugerah ini pada ketika ini..

Majlis Anugerah dijalankan pada 17 Ogos 2011 di Pusat Dakwah Islamian, Paroi.. kesempatan aku berada bersama-sama ratusan penerima anugerah, aku sedar.. dan bersyukur.. kerana aku berada di kalangan insan terpilih.. kerana disekeliling aku ramai lagi guru-guru yang menanti sehingga berbelas tahun untuk menerima anugerah ini.. mendengar cerita mereka, menjadikan aku rasa terharu.. syukur padaMu Ya Allah....

Anugerah ini jugak membuka hati aku untuk berfikir.. kerana dengan anugerah inilah kita boleh kehilangan kawan, kerja-kerja kita dipertikaikan dan segala macam perkara lagi yang mungkin akan berlaku... tapi jangan dilihat pada perkara negatif yang akan berlaku, lihatlah pada perkara positifnya.. aku rasa lebih bersemangat.. rasa lebih bertanggungjawab pada kerjaya dan anak-anak didik aku... dan yang paling penting, aku sedar kebesaran Allah.. jika dia mahukan aku, maka AKU lah orangnya.. jika bukan aku yang dipilih, aku akan tetap bekerja seperti biasa.. dapat APC atau tidak, aku tetap menjalankan tugas seperti selalu...














Kat sekolah pon, Pengetua mahukan majlis penyerahan surat anugerah dilakukan dihadapan semua pelajar dan guru.. buat julung kalinya, majlis ini dijalankan di sekolah.. dalam satu upacara yang ringkas namun cukup bermakna.. ucapan tahniah dari rakan-rakan guru dan anak-anak didik buat aku rasa sangat terharu... dan paling penting kerana APC ini jugalah yang telah membuka lembaran baru dalam hidup aku..


Terima Kasih Ya Allah....