OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 09, 2011

Onde-Onde Buah Melaka


Hari ni sekolah ganti, sempena cuti Deepavali seminggu bulan Oktober nanti.. tadi kat skolah dah poklak SATE.. 10 cucuk sate + daging.. lazat la jugak... dengan 2 ketul nasi impit.. ade bihun, buah, kek... kembang jugak perut aku dari pagi bawak ke tengahari..... Balik rumah, terfikir plak dah lama x masuk dapur main masak-masak...


Teringat pulak dengan gula melaka yang aku beli masa g Melaka beberapa bulan lepas... harap-harap elok lagi la.... sejak seminggu ni memang dah dok fikir pasal gula melaka ni.. dan memang plan nak buat onde-onde @ buah melaka satu hari nanti... dan hari itu pun tiba.. hari ni la... siap-siap aku g kedai mampan beli kelapa parut & pewarna hijau.. memula ingat nak pow daun pandan kat sekolah je.. kerat je kat belakang bengkel ERT tu.. tapi x tergamak plak, takut terkena sumpah kan.. maka beli je la yang tiruan...




Buat kali pertama aku nak buah onde-onde buah melaka ni.. selalunya aku tau makan je.. macam biasa la kan... survey jugak kat internet cara nak buat dia kot-kot ada plak cara lain dari yang biasa.. tapi aku tengok semua resepi macam sama je.. jadi aku simpulkan, buat je la ikut yang aku tau.... Memang sangat senang buah melaka ni... semudah A B C... hehehhe.. jadi pada sesiapa yang baru nak blaja buat, meh cikgu ajarkan ye... pada yang dah terrer tu.. ehem..ehem.. gerenti x amik peduli pun.. ok..ok.. kita teruskan ye... Gula melaka tadi kene la dipotong kecik-kecik macam ni...




Kemudian, sediakan tepung pulut.. aku x de la plak buat ikut sukatan berapa cawan.. aku tuang je dalam mangkuk adunan, campur dengan air dan pewarna..




Ni lah pewarna buat ganti daun pandan... kalau daun pandan tu kene hiris & blander, kemudian airnya dimasukkan dalam adunan ni.. yang ni gerenti rasanya lebih original dengan bau pandan yang wangi tu...




Bila dah siap adun, pastikan adunan tu tak melekat kat tangan.. kire sedang-sedang elok la.. nak test, cuba la bulat-bulatkan kat tapak tangan kalau dapat membulat dengan cantik, dah jadi la tu.. kalau masih melekat, kene tambah tepung lagi...




Haaaa, bulat macam ni la... buat sebesar guli atau besar sket dari guli tu.. aku buat besar sket....boleh la.. ikut selera masing-masing....





Lepas tu bolehlah lubangkan kat tengah-tengahnya untuk diisikan dengan gula melaka.. sukatila nak isi banyak mana, tapi jangan sampai x boleh nak tutup pulak.. gula melaka ni cepat mencair, jadi jangan la tunggu lama-lama..




Ni dia.. dah siap pun... tunggu masa nak masakkan dia....




Rebuskan air dalam periuk.. tunggu mendidih.. lepas tu kita masukkan bebola buah melaka tadi... tunggu sampai buah melaka tu masak..




Bila dah masak, buah melaka tadi akan terapung ke atas... masa ni boleh la cedok keluarkan dari periuk....




Buah melaka yang yang siap masak tadi kita letakkan atas kepala parut yang dah siap digaulkan dengan garam.... gaul bagi kelapa tadi rata ke seluruh buah melaka...





Tadaaa... dah siap pun.... comei la pulak... nasib x de yang pecah... pecah tu kalau gula melaka dalam tu banyak sangat...




Nak makan, kene tunggu sejuk dulu.... jangan terus makan masuk mulut.. yang ni aku buat sikit je.. saja nak test try jadik ke tak... alhamdulillah.. menjadi percubaan aku...


Terfikir, ada lagi gula melaka.. apa nak buat ye.... errmmm....


No comments:

Post a Comment