Sampai jugak aku ke I-City Shah Alam.. setelah hampir setahun merancang dan menanti nak datang ke sini.. Kelakar la plak.. plan asal nak gi dengan mr Brandon x menjadi.. disebabkan masing-masing x tau jalan ke sini.. lagi la gi waktu malam memang x nampak la signboard yg ada.. sudahnya patah balik ke Seremban...
Jam 12.30 pagi.. setelah selesai menonton Maha Raja Lawak kat rumah adik aku kat Puncak Alam, kakak aku dengan belas kasihan sudi membawa aku ke sini.. waahh.. senyum lebar aku.. hajat dah kesampaian...
I-City ni sebenarnya sebuah kawasan perniagaan.. dikelilingi bangunan bangunan.. cuma waktu malam dia yang menarik dgn limpahan lampu berwarna warni yang menghias segenap pelusuk kawasan ni.. idea yang menarik untuk memajukan kawasan ni...
Macam-macam decoration lampu yang ada....memang kreatif... nak masuk ke sini kene bayar RM10 untuk sebuah kereta.. x kisahla nak sumbat beratus orang dalam satu kereta tu... reason bayaran ni of course nak untuk menampung bil elektrik yang banyak tu kan... tapi ada jugak pengunjung yang parking kereta kat luar kawasan i-city ni.. kene jalan kaki la sikit..
Ni lah dia Snow Walk.. baru je siap.. lepas ni nak main salji x payah la gi ke Genting Highland.. kat dalam ni pun dah boleh.. tapi aku x la masuk dalam bilik salji tu.. sebab dah penah merasa main salji yang real punye kan.. lupa plak nak tgk berapa bayaran nak masuk dalam tu sebab masuk tu skali dapat dgn winter coat & but.. huhu..
Jadi, gambar-gambar aku ni hanyalah kat bahagian luar lobby Snow Walk saja... decoration dalam ni memang cantik.. ala-ala nak sambut krismas la plak.. eh, betullah.. snow walk dibuka secara rasmi bulan Disember 2010, sesuai la tu time Krismas..
Info menarik yang aku dapat pasal Snow Walk ni :
~ Pemilik mesin pengeluar salji tiruan yang terbang dari Korea untuk melihat lokasi dan kemajuan projek kat sini akan membawa masuk tiga mesin canggih yang mampu menghasikan sekitar 1.2 - 1.5 tan salji tiruan sehari. Dia kata salji yang terhasil adalah 90 peratus menyamai salji semula jadi. Tak macam salji tiruan lain, salji ini lebih halus, lembut dan ringan... pemilik ni berpengalaman dalam bidang ini selama 13 tahun.
Pengukir ais sepenuh masa dari China, Sing Xie Fung pula kata, teknologi canggih pada masa kini membuatkan ukiran ais tahan lebih lama. Dia yang akan berada di Malaysia selama dua bulan bersama rakan pengukir seramai 30 orang lah yang telah menjalankan kerja-kerja mengukir ais bagi melengkapkan projek 'Snow Walk'. Suhu di kawasan 'Snow walk' ini menjangkau sehingga -5 darjah celcius.. perghh.. terbaek kan...
Sejuk duduk kat dalam.. aku ngan kakak aku keluar jalan-jalan meneroka seluruh kawasan.. cuaca malam ni agak panas jugak.. orang pun ramai....
Memang cantik permandangan kat sini.. walau panas, nasib la malam ni berangin..
Terasa macam pegang bunga manggar la plak kan....
Ni lah tempat paling cantik kat dalam ni.. penuh dgn swan, bangau dan katak berlampu... terpegun plak kat sini....
Sambil berjalan singgah kejap beli cornetto.. sesekali layan aiskrim kan terasa macam bercinta la plak... huhu... walau pun dgn kakak sendiri... walaupun aiskrimnya mahal sampai RM 3.50 tapi OK la.. faham sangat kenapa dijual dengan harga macam tu...
Layan aiskrim bawah pokok bersalji... dengan angin sepoi-sepoi bahasa.....
Puas sudah hati... dah sampai ke i-City ni.... pemandangan cantik.. berbaloi la dengan bayaran masuk yang dikenakan tu... dari jam 12.30 malam, kami balik ke rumah jam 2 pagi...
Lepas ni kalau mr Brandon nak g, boleh dah la bawak pegi.... so, pada sape-sape yang belum gi.. silah pergi.. dapat g skali pun jadi....
No comments:
Post a Comment