Sejak jam 11.00 pagi... aku menghubungi sekolah bertanyakan keputusan .. susah hati tak dapat melihat sendiri keputusan SPM... sehingga jam 11.30 pagi jiwa aku terus dihantui rasa x tenteram. tambahan tengok kawan-kawan yang mula dapat keputusan SPM dari sekolah masing-masing.. namun, dengan hati yang penuh kesabaran.. aku bertahan... dan apabila keputusan dimaklumkan kepada aku..
SUBHANALLAH.... terkejut sungguh aku dengan pencapaian pelajar tahun 2010.. antara percaya dan tidak.. aku akur bahawa keputusan tahun 201o telah melangkaui jangkaan aku..
A+ ( 3 orang ), A ( 6 orang ) A- ( 4 orang )
B+ ( 2 orang ), B ( 3 orang )
Tiada yang dapat C, D mahupun E.. dengan kekal kelulusan 100% serta GPMP 1.78 melangkau 2 mata tahun yang sebelumnya 3.45.. Alhamdulillah.. sesungguh Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. diturunkan rahmatnya buat anak-anak didik aku untuk merasai nikmat kejayaan.. Terima Kasih Ya Allah.. nikmat berterusan yang Kau berikan padaku ini bukti cinta dan kasihMu pada hambaMu...
Antara kenangan indah bekas pelajar berhimpun di ruang legar menanti keputusan di umumkan....
Inilah dia.. wajah-wajah insan yang telah melalui tahun 2010 dengan penuh gembira, suka dan duka.. inilah hadiah buat aku.. seorang insan bergelar guru.. bukan wang ringgit ku minta ganjaran.. bukan jua gelaran yang aku impikan.. segala penat lelah, peluh dan air mata yang telah mengalir selama mendidik mereka terbalas bila dorang berjaya berikan pada aku kejayaan yang gemilang ni... Buat bekas-bekas anak murid cikgu.. doa dan restu cikgu tetap untuk kalian.. semoga dapat mengharungi kehidupan baru selepas ni dengan jalan yang terbaik...
No comments:
Post a Comment