OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 26, 2010

STOK LEBARAN BUAT SUAMIKU DIPERANTAUAN

Seperti tahun tahun yg lepas..Aidilfitri aku raikan tanpa suami.. jadi tugas & tanggungjawab aku yg rutin adalah memastikan stok bekalan raya untuk suami aku tetap ade bg memastikan dia dapat beraya dengan gembira..

Sedar x sedar..tahun ke-6 aku menjalankan tugasan wajib ni.mengepos bahan-bahan makanan segera, biskut raya dan seumpamanya kepada suami diperantauan.. sekejap sgt masa berlalu.. dari zaman bercinta, barang dipos saja suka-suka. masuk zaman bertunang, barang dipos kerana praktikkan tanggungjawab..bila dah kawin mmg dah teruskan rutin tahunan aku tu.. walaupun brg yg dipos untuk raya, tapi rasanya x sampai raya bekalan tu dh dihabiskan..maklumla benda2 macam ni bukan senang nak dapat kat negara luar..tu pasal sungguh la menggoda iman..

Kali ni barangan yang aku pos kurang sikit dari 3 tahun sebelumnya. Ikutkan sejarah 6tahun mengepos barang, pernah charge yang aku kena hampir ke rm400. Parcelnya memang berat la..lagi beratur panjang kat pejabat pos memang seperti aku mengendong anak la beratnya. tahun demi tahun rasanya berat parcel aku makin ringan..hehehhehe.. tahun ni beratnya 4.4kg = rm264.. hakikatnya.. kos beli bahan2 makanan dalam lebih murah berbanding kos posnya..






Ikutkan hati takut jugak nak pos.. lagila sekarang ni peraturan pengeposan barang semakin ketat.. silap2 haribulan barang kene reject & ditendang balik..maka akan rugila duit beratus2 mengepos tu.. bila nk pos barang, paling penting kene pastikan barang2 tu bukan barang2 yg cepat rosak.. parcel tu plak kena balut elok2.. x boleh masukkan barang kaca dan juga kalau goncang2 parcel tu x berlaga2 barang dalam tu. mcm tu la peraturannya..



Alhamdulillah..seminggu lepas aku pos, parcel ni dh selamat sampai pada suami. lega sangat..sebelum tu plan jugak nak masukkan perfume dalam parcel tu tp cancel takut la plak. karang x pasal2 aku lak yang sakit hati kerugian parcel kena reject..

Anyway..semoga suami ku akan bergembira menyambut Lebaran tahun ni.. macam biasa..memang dia x balik beraya la sebab Syawal bukan jatuh pada bulan November.. Actually, x larat jugak nak jawap soalan dr kawan2 tanya suami balik ke tak..emmpp.. tiap2 tahun soalan yang sama..dari individu yang sama..korang ingat aku x ingat muka korang..?? huh.. sabar je la..xde soalan nak tanya kot tu pasal tanya soalan yang sama.. suami aku balik november, kalau raya x jatuh bulan november maka x balik la dia... susah jugak ye nak bagi orang yang cerdik pandai berfikir soalan IQ ni kan.. x pe la.. layan kan aje la.. tu je la kot yang membuatkan dia seronok.. hehhe..jangan mara aaa....

So, tiada air mata..syawal ini aku raikan dengan sesempurnanya.. emmpp..kali terakhir air mata aku ni menitik kerana suami aku adalah dalam masa seminggu setelah kepulangan suami aku ke sana..pastu jiwa raga aku ni kering kontang..sampai la saat ni, rasanya dh 7 bulan xde lagi air mata tumpah kerana berjauhan. inilah dia..satu lagi kehebatan yang Allah dah kurniakan pd aku.. aku mampu melaluinya kerana ingatlah..ujian Allah tidak akan melebihi kemampuan kita.. AHLAN WASAHLAN

No comments:

Post a Comment