

Pelajar2 MPV PMDR SMK Tmn Tuanku Jaafar diwakili dengan 15 orang tingkatan 5.. iaitu 5 kumpulan di mana ahli2nya terdiri dari seorang model, seorang jurusolek dan seorang pendandan rambut. Ikutkan persiapan dan latihan solekan dibuat last minit.. dalam masa seminggu je sebelum bertanding.. almaklumla..cikgunye ni cukup2 sibuk.. alhamdulillah.. pelajar2 MPV ni nampak begitu bersungguh2 mencari costum yang sesuai dgn tema PENGANTIN 1 MALAYSIA.. adik2 dari 4I ( MPV ) juga bagi sokongan yang cukup baik pd senior2 dorg ni.. macam biasala.. bila latihan ni banyak yang x sempurna yang kena betulkan.. kena tambah dan lebihkan..juga ade yang kena tukar custom di saat2 akhir..


Hari pertandingan.. masih sempat lagi blaja pakai aksesori di saat2 akhir.. aunty tukang sapu byk pinjamkan baju dan aksesori..memang meriah la masa tu.. dgn khidmat memakai inai dari pelajar india.. pelajar2 4 MPV plak kejenya kena jaga hadiah.. elokla tu saling bekerjasama kan..




Bas bertolak jam 8.45pagi..sebab menjangka untuk sampai ke sana dalam jam 9.30 pagi.. dalam bas, pelajar2 ni dihiburkan dengan gurindam & soalan2 cepu emas uncle driver bas ( Anthony ).. hehehe..smpai skrg xde orang dapat jawapannya..Sampai SMK (P) Tunku Kurshiah Kuala Pilah, pelajar2 diberi taklimat ringkas dan juga jamuan ringan.. tapi rasanya debaran pelajar ni lagi kuat..makan pun sikit.. soh tambah pun x mau... takut baju ketat katanya...



Pertandingan bermula sekitar jam 10.30 pagi..masing2 tekun dgn kerja..tapi masih sempat menjeling peserta lain.. cikgunya plak busy ambil gambar sana sini..sepanjang pertandingan, pelajar 4 MPV duduk menunggu kat bilik dandanan rambut.. Persaingan cukup sihat..masing2 menyediakan costum yang mengikut tema iaitu Pengantin 1 Malaysia dimana model x boleh memakai pakaian yang mewakili kaum sendiri..maknanya kena pakai custom kaum lain.





Tepat jam 11.45 pagi..pertandingan berakhir.. semua model beratur menunggu juri memberi markah.. sambil menunggu pengiraan markah, inilah masanya semua pelajar saling bergambar dengan kawan2 baru.. so nice...




Keputusan pon diumumkan....
Johan - SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban

Naib Johan - SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban

Ketiga - SMK (P) Tunku Kurshiah, Kuala Pilah

Keempat - SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban

Kelima - SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban

Keenam - SMK (P) Tunku Kurshiah, Kuala Pilah

Ketujuh - SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban

Kelapan - SMK (P) Tunku Kurshiah, Kuala Pilah

Kesembilan - SMK (P) Tunku Kurshiah, Kuala Pilah

Kesepuluh - SMK (P) Tunku Kurshiah, Kuala Pilah

Tahniah diucapkan kepada yg berjaya..yg x berjaya.. boleh cuba lagi lain kali.. selesai ucapara penyampaian hadiah, kami pun berangkat pulang ke Seremban.. dalam bas semua terdiam keletihan..tapi smpai je sekolah sempat plak model2 ni bergaya..maklumla bukan senang nak dapat pakai custom perkahwinan macam ni ..





alhamdulillah..lega rasanya..selesai sudah program terbesar Panitia MPV tahun ni.. ampun dan maaf atas segala kekurangan sepanjang pertandingan.. namun objektif pertandingan ni dapat dicapai iaitu menyatupadukan pelajar2 yang berbilang bangsa dan dari sekolah yang berlainan serta menyelami erti sebenat 1 Malaysia..Insya Allah.. tahun depan kita buat lagi program macam ni.. lagipun tahun depan meriah sebab ada 4 buah sekolah berbanding tahun ni

Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment