OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 30, 2011

SALAM SYAWAL 1432H DAN MAAF ZAHIR BATIN


Ramadhan telah tiba ke penghujung..




MENANGISI PEMERGIAN RAMADHAN


Di penghujung Ramadhan ini, renungilah bagaimana perasaan para sahabat Rasullullah SAW di saat perpisahan ini. Mereka akan menangisi pemergiannya. Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa di mana sifat Pemurah dan Penerima Taubat Allah itu berlipat ganda. Masakan tidak sedih berpisah dengan saat di mana bala syaitan itu digari akan dilepaskan semula..... Masakan tidak sedih berpisah dengan saat pintu syurga dibuka seluasnya, dan pintu neraka itu ditutup serapatnya. Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa khusus untuk melahirkan generasi bertaqwa, berasaskan kepada hidayah al-Quran. Semua ganjaran ini, hanya ditawarkan terhad sepanjang Ramadhan sahaja. Mereka akan berdoa supaya diterima amalan mereka sepanjang bulan barakah ini, serta dikurniakan lagi Ramadhan untuk tahun akan datang. Paling aku rasakan kesedihannya apabila menunggu kehadiran malan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir .. malam yang lebih baik dari 1000 bulan..

Doa ini dibaca oleh Imam al-Sudaisi, yang sewajarnya kita baca di senja Ramadhan ini:

اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة

Allahumma ausilna ila Ramadan Karim a’waman adidah.

Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang.

Buat kali pertamanya... pemergian Ramadhan kali ini aku mengundang rasa sedih dalam diri aku... syukur, dibulan ini aku berkesempatan menunaikan solat terawih juga membaca Al-Quran.. amalan yang aku jarang lakukan pada bulan-bulan yang lain.. dan niat dihati aku untuk meneruskan bacaan itu....





MERAIKAN KEHADIRAN SYAWAL


Bergembira di hari raya kerana meraikan kejayaan kita setelah menundukkan nafsu sepanjang siang hari dibulan Ramadhan.. Namun aku punya alasan, kenapa Syawal ini masih mengundang rasa sayu dihati... kerana pada bulan ini segala syaitan dibuka garinya dan bermulalah kembali tugas mereka menyesatkan manusia... juga, pintu neraka juga terbuka seluasnya menunggu kehadiran umat manusia yang lalai dan terus alpa...

Dan.. hati ini tercalit juga sedikit lara.. tatkala terkenangkan arwah ibuku yang telah pergi buat selamanya.. Al-Fatihah untukmu ibu.. semoga rohmu tenang dan mendapat rahmat disana..


Buat suamiku diperantauan...
Alhamdulillah, kita masih diberi ketabahan dan kekuatan ini.. tak sedikit pun air mata tumpah disepanjang kejauhan ini.. terima kasih sayang... semoga Allah SWT terus memayungi rahmat dan kasih sayangNya buat kita..


Salam Aidilfitri 1432H buat semua..

No comments:

Post a Comment