OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 24, 2011

ALHAMDULILLAH.. APC 2010 UNTUKKU..

" Rezeki datang dari Allah Yang Maha Pemurah.Allah lah punca segala rezeki.Tiada siapa yang boleh memberi rezeki kecuali Allah.Tiada siapa pula boleh mencapai rezeki kecuali atas izin-Nya.Jika Allah telah mengizinkan seseorang mendapat rezeki,maka rezeki itu akan datang kepadanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta.Jika Allah tidak mengizinkan seseorang itu mendapat rezeki,maka tiadalah rezeki baginya walau seluruh malaikat,jin,syaitan dan manusia berserta seluruh alien (jika ada) cuba untuk menyampaikan rezeki itu ke mulut orang itu "

Syukur Alhamdulillah.. jika rezeki ini yang Allah SWT yang ingin berikan padaku.. yang Allah SWT pilih untuk berikan padaku.. walau hakikatnya, aku merasakan ianya terlalu cepat untuk aku kecapi, namun disebaliknya aku mengerti segala yang telah disuratkan ini pasti ada hikmah yang tersembunyi ...

Dalam usia masuk tahun ke-5 aku menjadi seorang pendidik, pastinya pencapaian ini menjadi satu titik tolak untuk aku terus mengorak langkah menjadikan kerjaya aku lebih cemerlang.. walau masih dalam keadaan yang bingung dan terkejut dengan berita ni, aku bersyukur kerana aku dipilih.. memang betol, Allah SWT telah pilih aku untuk menerima anugerah ini pada ketika ini..

Majlis Anugerah dijalankan pada 17 Ogos 2011 di Pusat Dakwah Islamian, Paroi.. kesempatan aku berada bersama-sama ratusan penerima anugerah, aku sedar.. dan bersyukur.. kerana aku berada di kalangan insan terpilih.. kerana disekeliling aku ramai lagi guru-guru yang menanti sehingga berbelas tahun untuk menerima anugerah ini.. mendengar cerita mereka, menjadikan aku rasa terharu.. syukur padaMu Ya Allah....

Anugerah ini jugak membuka hati aku untuk berfikir.. kerana dengan anugerah inilah kita boleh kehilangan kawan, kerja-kerja kita dipertikaikan dan segala macam perkara lagi yang mungkin akan berlaku... tapi jangan dilihat pada perkara negatif yang akan berlaku, lihatlah pada perkara positifnya.. aku rasa lebih bersemangat.. rasa lebih bertanggungjawab pada kerjaya dan anak-anak didik aku... dan yang paling penting, aku sedar kebesaran Allah.. jika dia mahukan aku, maka AKU lah orangnya.. jika bukan aku yang dipilih, aku akan tetap bekerja seperti biasa.. dapat APC atau tidak, aku tetap menjalankan tugas seperti selalu...














Kat sekolah pon, Pengetua mahukan majlis penyerahan surat anugerah dilakukan dihadapan semua pelajar dan guru.. buat julung kalinya, majlis ini dijalankan di sekolah.. dalam satu upacara yang ringkas namun cukup bermakna.. ucapan tahniah dari rakan-rakan guru dan anak-anak didik buat aku rasa sangat terharu... dan paling penting kerana APC ini jugalah yang telah membuka lembaran baru dalam hidup aku..


Terima Kasih Ya Allah....

No comments:

Post a Comment