OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 06, 2010

KILLARNEY, PULANGKAN SUAMIKU KEMBALI..

25hb November 2010...
hari yang amat ku nanti-nantikan...
hari suamiku menjejakkan kaki kembali ke tanah air....

Alhamdulillah....
setelah 9 bulan 2 minggu 1 hari...
dia telah kembali disisiku...

Orang kata penantian itu satu penyiksaan..
Pada aku plak..
Penantian itu mengajar aku agar menjadi manusia yang tabah, yang berdikari dan peluang yang paling tepat untuk muhasabah kekurangan diri...
Saat aku bersendirian adalah ruang terbaik bagi aku menguruskan diri dan kerjaya bukannya menangisi takdir diri..
Rasanya pasal tu kot terasa 9 bulan 15 hari ni berlalu dengan pantas..
Terasa seperti semalam je aku baru menghantar suami ke airport dengan linangan air mata, tapi sedar x sedar je saat dia kembali sudah tiba..
dan.. sepanjang tempoh ini jua, tiada setitispun air mata ku yang tumpah dek kerana rindukan dia..

TIADA SAMA SKALI...

Aku rushing dari Seremban.. dengan hujan yang sangat lebat, memang hati aku cukup risau.. risau dengan penerbangan suami, juga risau dengan jadual perjalanan aku di sepanjang highway..
Dan memang betul, masa aku isi minyak di Shell Jalan Tampin-Seremban, ade pengumuman kat radio yang berlaku accident yang membabitkan beberapa buah kereta di highway Nilai-Seremban.. isk..isk..

Perjalanan aku teruskan.. dan nyata skali.. accident tu berlaku di arah selatan.. tapi jalan jam di kedua-dua belah hala.. macam biase la kan.. kesian sangat aku tengok tengok deretan panjang kereta yang pastinya balik dari kerja bermula dari hentian Nilai ke arah Sungai Besi hampir lebih 10km.. aduhai..

Alhamdulillah... aku selamat tiba ke KLIA tepat pada masanya... tapi sebenarnya aku terlupa..
seperti kebiasaan, flight dari London akan landing sekitar jam 6.30 petang.. aku terbayang jam 5.30ptg.. wahh.. excited !!!

dan.... pada waktu hampir 6.50ptg... wajah yang aku nantikan muncul juga..

SYUKUR padamu YA ALLAH..
Kau satukan kembali dua hati ini yang saling merindui....

Request dari suami aku..
bila sampai je kat tanahair.. nak makan KFC.. nilah request dia tiap tahun..

KFC..KFC..KFC...

Layankan aje kan.. kat sana manalah dia dapat makan KFC sedangkan KFC tu adalah feveret dia... disebabkan dia x pernah lagi menjejakkan kaki ke Carrefour Seremban, jadi pilihan lokasi dinner date kami kat KFC Carrefour Seremban....

Selera betul cik abang ni makan.. seronok tengoknya.. lapar ye.. x pe la makan kenyang-kenyang ye.....

Inilah dia barang-barang kiriman aku dari suami tercinta.. bukan mahal pon.. aku x mintak perfume, baju, kasut boot atau handbag...
yang aku mahu hanyalah makanan...
hehehhehe....

Fruit Scone.. dari Dunnes Store.. nangis aku dapat makan balik benda ni..

Ada 6 ketul.. malam tu jugak aku makan seketul.. bayangkan sejak makan kat Killarney dlu aku asik teringat je...kalau tak aku kene naik ke Cameron Highland semata2 nak makan scone ni. kat sana dah la kecik sebesar buah kiwi aje mahal plak tu.. yang ni saiz kuih pau lagi...

Ini plak Kinder Bueno White... adusss.... meleleh beb... walau ade kat sini, tapi aku tetap mahu dari sana... hehhehee.... order white, dapat skali yang chocolate...

Irish mushroom.. fresh dari ladang.... aku masak sayur campur.. terbaekkk !!!

Ini plak coklat dari dalam MAS.. sebenarnya nak bagi souveniour kat sape-sape, tapi disebabkan aku asik cakap nampak sedap je.. akhirnya suami aku tewas bagi jugak pada aku....

Thanks sayang.. untuk semuanya.......

Lepas ni.. episod CINTA kami akan bermula kembali..
mengharungi hidup bersama bagi tempoh 75 hari... dan aku hanya impikan indah dan bahagia ketika bersamanya....

No comments:

Post a Comment