OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 22, 2010

Ice Room, Nilai Square

Akhirnya, berjaya jugak aku membawa suami ku yang tersayang menjejakkan kaki ke Iceroom kat Nilai Square ni.. setelah beberapa kali aku menelan air liur dek mendengar cerita-ceriti dari kawan-kawan yang dah makan kat sini.. mane bleh tahan..

Menu terkenal kat Iceroom ni adalah aiskrim yang dicipta khas oleh ownernya.. macam-macam perasa yang ada.. yang penting semua kita kena cuba..

Inilah antara contoh aiskrim yang ada.. dengan pelbagai pilihan perasa ditambah lagi dengan keunikan hiasan pada aiskrim tu membuatkan restoren ni sentiasa dipenuhi dengan pengunjung..

Ni le menunya.. hampir 10 minit jugak aku cuba membaca dan membuat pilihan yang terbaik.. maklumla.. datang dengan perut yang lapar, semua yang ada semua aku nak cuba..

Akhirnya... Brandon pon mula merasa kehebatan aiskrim pilihannya..

Sungguh la daku teruja dengan aiskrimku ini.. aduhaiii....

Inilah aiskrim ku... Durian Snow Ice.. RM8.90.... pilihanku mesti bertemakan durian...

Aiskrim Brandon.. Nut Snow Ice.. RM 7.90.. memang sedap yang ni.. aku asik curik-curik makan aiskrim yg ni aje... tengok la.. parutan aiskrimnya nampak sungguh menarik..

Ini plak durian goreng.. waduuhh !!! sangat sedap tau....

Balik dari Iceroom, kami ke Nilai 3.. nak beli tikar sarawak sebenarnya...

Banyak yang menarik.. lagi-lagi harganya murah & boleh lagi ditawar...

Amboi... abang Brandon nak try aje ke.. cantik kerusi ni, tapi dah x boleh beli sebab kat rumah dah x de space nak letak perabot..

Inilah pilihan kami.. tikar sarawak versi biasa-biasa.. rm35 saja.. actually, kalau rayau lagi dalam Nilai 3 tu boleh dapat RM30 aje.. tapi disebabkan dah malas nak jalan, maka kami decide saje untuk beli disini...

Maka berakhirnya episod cuti-cuti sekolah 2010.. memang tahun ni aku taruk habis-habisan.. syukur terlepas dari duty jaga SPM.. jadi inilah masanya aku round-round the world bersama suami tercinta....

No comments:

Post a Comment