OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 20, 2011

Selamat Hari Ibu

SAJAK UNTUK IBU.....

Orang kata aku lahir dari perut Ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu sampingku.. Ibu SAJAK HARI IBU SAJAK

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur,aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu

Bila nak bergesel,aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku selalunya.. Ibu

Bila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk,yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih,aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang,aku suka luah pada.. Ibu

Bila takut, aku selalu panggil .. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin,
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok,aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu

Bila bahagia, aku peluk erat..
Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat
.. Ibu
Bila nak bercuti,aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada..Pasanganku

Tapi...Bila sambut hari ibu,
aku cuma dapat ucapkan " Selamat Hari Ibu "
Aku selalu ingat.. Pasanganku
Tapi ibu selalu ingat akan daku
Bila-bila aku boleh telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk..Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk Ibu

Renungkan:

“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja,
bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu?
Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit
sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku.

Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun
aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah
tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima
puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku
kirimkan! Hanya yang termampu...
Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah

Ibuku dalam kenangan...



ROSNIAH BT LOKMAN



10.10.1952 - 11.05.2009















Semoga Allah mencucuri roh arwah ibuku... setelah 2 tahun pemergianmu, tiada insan lain yang dapat mengganti dirimu... MAK....



2 comments:

  1. ina..sedihnya..aku baru je tipon mak aku..
    aku cuba untuk lebih menghargai mak aku
    tiap2 hari amk aku x lupa tipon aku
    aku je yg kdg2 lupa nak tipon dia
    nasib baik aku mmg jarang tipon nizam..
    so aku aku x lebihkan nizam la kan??hehe
    semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mak ko..AMIN

    ReplyDelete
  2. beb, hilang MAK ni hanyem org yang rase je akan tau cmne.. rindunye tuhan je tau.. rindu yg mmg x dpt nk jumpa lgsg dah.. tp bile g kubur, hilang rindu tu.. tp kan, slalu kalau aku rindu x tertahan.. aku msti request nak jumpa.. dan malam tu mesti arwah mak aku akan dtg dlm mimpi senyum je.. tp dlm mimpi xde plak kite nk peluk2 mcm dh lama x jumpa, dlm mimpi tu rasa mcm dia tgh hidup lagi....

    ReplyDelete