OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 21, 2011

Selamat Hari Guru...

2011.. masuk ahun ke-5 aku bergelar pendidik.. terasa pantas sangat masa berlalu.. rasanya macam baru je beberapa hari lepas aku diterima masuk ke maktab.. sedar x sedar, hari ni.. aku dah berdiri di hadapan anak-anak murid...

Hari ni.. 16 Mei 2011 bersamaan hari Isnin.. kami guru-guru di SMKTTJ diraikan dengan penuh meriah.. walaupon dalam minggu ni budak-budak dah start mid-term exam, tapi semua program yang dirancang nampaknye elok berjalan dengan lancar

Seawal pagi.. ketika pelajar-pelajar dikumpulkan di Dataran Cendiakawan, semua guru-guru menjamu selera di kantin.. menu sarapan pagi ditaja sepenuhnya oleh Pengusaha Kantin SMKTTJ.. roti canai + roti + kuah durian.. ayoyoyo.. semuanye sedap.. masing-masing amik kesempatan isi perut masing-masing sambil berbual mesra.. maklumla time macam ni je la cikgu dari 2 sesi dapat duduk bersama..



Acara pagi diteruskan dengan majlis perasmian.. tradisinya.. ucapan demi ucapan... diikuti oleh nyanyian lagu rasmi hari guru iaitu GURU MALAYSIA.. banyak amanat yang disampaikan.. walau berlaku sikit kekalutan berikutan masalah teknikal ( macam biase la masalah microfon ).. tapi majlis tetap berjalan dengan baik..

Inilah dia.. wajah-wajah pentadbir atasan sekolah aku.. kalau dulu.. kerusi ini semuanya diduduki oleh pentadbir perempuan.. tapi buat kali pertama di tahun ni, semuanya diduduki oleh sang jejaka tampan bergaya ni...

Gimik untuk perasmian pagi ni.. cukup menarik.. acara melepaskan gurung merpati dari sangkar.. aku pon x pasti dengan maksud tersirat.. errr... mungkin kebebasan kot.. ntah... hahahhaa.....


Ni la barisan guru-guru perempuan sekolah aku.. yang menguasai hampir 80% dari bilangan guru yang ada...


Ini..?? aku laaa... hehehhehee.. cikgu Yusrina.. di tahun ke-5.. banyak yang berubah.. paham-paham sendiri la ye...



Lepas acara rasmi, masing-masing pun memulakan aktiviti.. aku macam biase la.. menjointkan diri dalam acara bola jaring ni.. guru-guru perempuan dengan acara bola jaring, guru-guru laki plak dengan futsal...

Letih gile main.. betul-betul pancit.. rasa berasap je dada walaupun baru main 10 minit.. betul la.. dah lama x aktif bermain, stamina pon x kuat sangat dah....


Aku dan bola jaring mane bleh dipisahkan.. walaupun tahun ni buat kali pertama aku ditukarkan dari guru penasihat bola jaring ke guru penasihat bola sepak perempuan, tapi ada je peluang main bola jaring, mesti aku main.. geram tengok bola tu....

Barisan guru-guru yang main.. kagum dengan semangat kakak-kakak senior yang masih hebat bermain ( walau keluar masuk berganti pemain ) tapi kehandalan bermain tetap nampak cara cara bermain.. sape yang menang..?? hehehhe.. mestilah team cikgu kan... 7-6... hebatkan.. lawan dengan player sekolah lagi tu...

Selesai acara pemberian hadiah.. masing-masing dijamu dengan makan tengahari.. nasi hujan panas.. cendol.. dan ade plak kek untuk ulangtahun ke-10 SMKTTJ diraikan dengan beberapa guru yang menjadi kumpulan perintis penubuhan sekolah aku ni...

Hadiah...?? Lupa nak snap la gambarnye... semua guru dapat hadiah... hadiah ape..?? hadiahnye datang dari semua pelajar smkttj yang telah mengumpul duit untuk membelikan hadiah dan memastikan semua guru dapat hadiah.. hadianye : beg + penanda buku, keychain dan paling wajib ade tupperware... hehehehhee.. agaknye TUPPERWARE ni adalah trademark hadiah untuk skolah ni...

Dikesempatan yang ada ni.. aku turut nak ucapkan SELAMAT HARI GURU.. buat semua insan yang bergelar guru... terutama ** ABAH dan arwah ** MAK aku yang menjadi idola pada diri aku sendiri.... juga cikgu-cikgu + pensyarah..

** SRK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan

** SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan

** UTM, Skudai

** Kem PLKN Kuala Kubu Bharu, De Bana ( Jempol ) dan Camang ( Bentong )

** Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, JB

kerana insan-insan mulia itulah aku hari ni menjadi seorang guru.. jaga dan pengorbanan kalian tetap utuh tersemadi dalam diri aku..

TERIMA KASIH CIKGU

No comments:

Post a Comment