OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 03, 2011

Kak Hamidah Dalam Kenangan..




Tak pernah sesekali aku mimpi benda ni akan jadi dalam hidup aku.. langsung x terlintas dalam pemikiran aku bahawa satu hari pasti aku akan melalui detik-detik kehilangan yang macam ni.. tapi biasalakan.. kita ni manusia yang cukup hebat merancang.. tapi nyata hanya Allah sajalah yang akan menentuku segalanya mengikut kemahuanNya...




Akhirnya.. pada tanggal 3 Mei 2011, secara rasmi.. aku melepaskan pemergian Pembantu Bengkel MPV aku yang diarahkan berpindah ke skolah baru.. SK Seri Pagi.. surat pindah dah diterima seminggu lebih awal.. walau pada mulanya, pihak pentadbir berusaha untuk meminta pertukaran dan penangguhan, tapi usaha tu semua tak berjaya.. dalam suasana kat sekolah yang sangat kelam kabut dan aku pulak dengan keje yang menimbun, kepala penuh sarat dengan pelbagai perkara yang perlu aku fikirkan.. sampai aku sendiri x tau nak rasa apa perasaan aku masa tu...





Sehinggalah tiba di hari kak midah melaporkan diri ke sekolah baru, baru aku terasa.. terasa sangat sunyi.. tiada lagi teman berbicara, teman ketawa...






Anak-anak murid MPV pun turut terasa kesannya.. masing-masing bersedih dan tak bersedia nak menerima kehadiran orang baru menggantikan pembantu bengkel yang ni.. sebabnya kak midah ni umpama seorang ibu pada anak-anak murid aku.. tempat mereka bercerita suka dan duka....






Dan aku.. adalah insan yang cukup bersedih di hari perpisahan tu.. bila masa kak midah peluk aku, hanya Allah je yang tahu betapa luluh dan remuknya hati aku bila ditinggalkan seorang diri dalam bilik MPV tu.. masing-masing menangis sebab sama-sama tak rela berpisah.. pada aku.. hilang sudah seorang teman yang juga seorang kakak yang sering menasihati aku, yang sering mendengar luahan perasaan aku.. yang sering membantu aku dalam semua kerja walaupun tidak melibatkan pengajaran.. 2 hari aku hidup dalam keadaan kesedihan.. dan aku tahu, anak-anak murid aku cukup memehami perasaan yang aku sedang alami.. sebab masing-masing juga sama sayangkan beliau sama seperti aku...





Semoga Allah membalas segala kebaikan yang telah beliau berikan pada aku selama ni.. 5 tahun bersama dia cukup membuatkan aku rasa tiada lagi pengganti yang layak menggantikan tempat beliau.. aku bersyukur penah diketemukan dan bekerja dengan beliau.. dan pemergian beliau menjadikan aku lebih kuat.. terima kasih kak...



No comments:

Post a Comment