OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 17, 2010

Program Lepasan PMR 2010

BEST !!!
Itu yg dapat kusimpulkan dengan program yang dirancang oleh Bidang Teknik & Vokasional SMKTTJ tahun ni utk pelajar-pelajar lepasan PMR.. dari budak-budak ni melepak x tentu hala, apa kata kita ajar dorang ni masak kan.. jadi menu pilihan Ketua Bidang adalah..
BUBUK LAMBUK KG BARU...
waahhh... meletuppsss !!!

Aku ni pon bukan pandai pun nak buat bubur lambuk ni... tu pasal dok nyebuk kat sini.. hehehhee.... seronok tengok anak-anak dara ni memasak.. baru la nampak bakat terpendam...


Bila dah siap.. cikgu-cikgu yang ade pon dapat la try.. hahahah... dapat la sebekas sorang... yang lainnya diagihkan pada pelajar2 dan cikgu2 di bilik guru dan pejabat.. seronok aktiviti macam ni.. satu sekolah boleh dapat rasa hasil air tangan budak-budak ni...

Ni aksi cikgu tolong ceduk masuk bekas aje ye...


Lepas kelas memasak, kelas facial muka pulak ye.. maklumla dah naik minyak kat muka akibat kena wap bubur tadi kan..

Lepas kelas teori, kelas amali pulak.. masing-masing diajar cara yang betul nak bersihkan muka...



Selesai satu lagi tugasan... alhamdulillah.. sambil-sambil tu tengok-tengok jugak la mana-mana budak yang menarik untuk dipilih tahun depan.. hehehhe....

No comments:

Post a Comment