OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 20, 2010

Final Exam 2010.. Wish Uols Best of Luck...

Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun buat semua student SMKTTJ.. sedar x sedar, dh hujung tahun kan.. maka inilah penilaian terakhir buat anak-anak murid semua untuk tahun ni..

Tarikh hari ni pun cantik.. 2010-2010.. lagi cantik paper MPV utk bebudak 4 I pon berjalan hari ni.. hahahhaha...pagi-pagi lagi ade pulak la 2 org budak ni datang jumpa cikgu dgn muka penuh kasihan mintak nak pinjam set pensel warna.. hihi.. korang ingat boleh bg free mcm tu je ke...?? ngeh3x.. sebagai pengajaran, sila bayar RM1 sebagai sewa 1 set pensel warna.. sanggup tu bayar semata-mata nak pinjam jugak.. terharu cikgu rasa.. ni lah contoh anak murid yang btol2 nak berjaya... terharu-terharu pon dapat jugak cikgu rm2.. boleh la buat ganti beli pin pengorek jerawat yang dh hilang masuk dalam perut korang tu kan..

Inilah barang-barang penting yang wajib kene bawak masuk masa exam MPV.. alat tulis, kalkulator ngan pensil warna.. ada benda ni.. insya Allah.. memang boleh jawap semua soalan..

8.45 pagi.. bila masuk kelas 4 I.. hahaha.. kelakar.. semua tekun menjawab.. x angkat muka langsung... baru korang tau.. exam kali ni cikgu wat soalan baekkk punye.. x kan kasi can korang nak curik2 tido apatah lagi nak kuar g toilet.. jawap jangan x jawap.. 1 bahagian soalan yang x dijawap tau la korang dendanya kan..

Soalan pengiraan kos.. tekun ain menjawab.. smpai x sedar cikgu shoot gambar.. hhehehe. sebagai bukti, tu dia pensel warna yang disewa dari bilik MPV...



Soalan bahagian B dan C.. bahagian yang senang nak score markah kalau ada pensel warna dan mewarna dengan gembira...

2 jam berlalu.. mereka masih tekun menjawap.. wahh... hebatt... fenomena yang jarang dapat disaksikan tiap kali exam... hahahahah.. ade yang berkerut, ade la tersenget kepala, ade yg senyum sorang2.. ade yg senget mulut.. hahahah.. btol2 concentrate.. kelakar tengok dorg ni... bagus anak-anak muridku.. semua untuk kebaikan kalian jugak kan..

Terima kasih semua..

kerana sudi menjawab dengan lengkap semua soalan tanpa meninggalkan ruang kosong.. cikgu cukup puas hati walau hasil jawapan korang ni belum tentu betul lagi...

Dari malam ni, bermula la episod me'marking' paper anak-anak muridku.. ade 16 skrip semuanya.. x banyak kan.. tapi kalau jumpa paper yang jawap tah pape + tulisan buruk jangan marah tu memang amik masa lama la.. harap-harap dapat siap menjelang hujung minggu ni.. so minggu depan dah boleh siapkan fail kerja khusus + kelas amali guntingan rambut stail lapisan terhad...

Semoga ada yang dapat A kali ni...

No comments:

Post a Comment