Usia makin meningkat.. tulang semakin rapuh.. Sejak usia menginjak ke 3 series, memang terasa la tulang temulang aku ni sudah x segagah dulu...
Aku mula terlibat secara aktif dalam sukan sejak usia 10 tahun... lumba lari memang dah tentu.. lagi-lagi mula main netball sejak darjah 4 dan naik ke darjah 5 mula mewakili sekolah.. smpailah usia aku ke 31thn 4 bulan, aku masih lagi aktif bermain.. cuma pernah satu masa, bila aku berhenti bersukan masa menuntut kat U dulu, membuatkan aku tersedar yang tulang lutut aku ni dah mula goyah terutama masa turun tangga... Masa tu terfikir jugak, mungkin faktor penambahan berat badan menjadi punca dan faktor keturunan ( arwah mak aku memang sakit lutut ).. kire sakit lutut aku ni on off la...
Pengalaman aku yang aku nak sharekan bersama...
Masa aku g holiday kat Ireland Mac 2009.. pergghh... dengan cuaca sejuk yang mencengkam sampai ke tulang hitam... kebetulan hari ke-6 tu aku mandi dengan air sejuk ( nak cepat sampai x sempat nak tunggu air jadi panas ).. meletup bunyi tulang lutut aku ni berlaga..
Lepas tu aku berjalan kaki ke Ross Castle dalam 8km pergi dan balik.. sudahnya balik rumah, aku tidur, bila bangun tidur kaki kanan aku dah x boleh dibengkokkan.. sakit berdenyut-denyut.. dan dalam masa beberapa jam lepas tu aku rasa kaki aku dah tak berfungsi.. serius gile.. aku x memain.. buat kali pertama aku dapat rasa yang aku ni lumpuh.. aku cuba nak bangun tapi langsung tak boleh sebab kaki aku dah x rasa apa-apa lagi.. meraung aku beb !!!
HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.
Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.
Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.
“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang.
“Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.
Boleh dicegah
Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis.
Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.
Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.
Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.
Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050.
Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.
Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.
Jadi, inilah dia makanan tambahan yang aku amalkan.. susu coklat Anlene.. walaupun orang cakap yang perasa original lebih bagus, tapi aku x boleh nak telah selain dari susu coklat ni. memang ketara perubahan yang aku rasa bila dah amalkan susu ni setiap hari... Pil kalsium ada jugak aku amalkan selain gula-gula kalsium yang sangat sedap aku beli kat Cosway ni... nak kene start dari sekarang.. tak nak nanti bila usia meningkatkan ke 4 series, kene pakai tongkat pulak...
Kesihatan memang penting.. maklumla.. badan nak pakai lama....
ye betul..bila dah smapi umur 30++ mmg akan terasa ketara kat lutut tu. mmg tak main2. Yoo masa kat msia mmg minum susu Anlene ni. Yoo pun suka yg perisa coklat tu, sedap sgt. Haha...
ReplyDeleteSekarang kat jepun yoo makan ubat khas utk lutut dan mmg sakit lutut dan rasa longgar2 lepas bnyk jalan tu akan rasa baik dan dah tak sakit. Kat Jepun bnyk jual ubat pasal sakit lutut ni...bnyk sgt. It's a supplement. Nama dia Glucosamine. Mmg khas utk lutut. Try baca info dia. Ni satu link yoo dpt.
http://www.webmd.com/osteoarthritis/news/20030127/glucosamine-for-knees----evidence-builds
yoo... betulla.. sebut pasal glucosmine.. aritu penah ade bace newspaper hari sabtu kan ade ruangan kesihatan.. ade iklan psl glucosmine ni.. gmbr tulang sendi lutut..
ReplyDeletemmg mujarab la tu ye....tp x beli lagi.. tp ble yoo ckp ok, rase nak g beli je terus..
kalau time musim hujan.. aduuhh.. terase sengal2 dia..