OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 08, 2011

Separuh Jiwaku Pergi.. Killarney, Ku Pulangkan Suamiku Kembali...

Bismillahirrahmanirrahim...


Berat sungguh rasa dihati untuk memulakan bicara.. Bimbang hati dan jiwa ini masih belum kental untuk meneruskan bicara.. Namun, akur aku untuk teruskan bait-bait bicara, agar segala kerinduan serta kesayuan hati ini dapat dileraikan..


75 hari berlalu dengan cukup pantas.. seawal hari pertama kepulangan suami ke tanahair, aku terus menghitung detik dan ketika.. kerana aku tak mahu bergembira sedangkan aku cukup percaya dipenghujung waktu aku akan meratap hiba.. 9 bulan 15 hari yang aku nantikan berlalu dengan pantas.. apatah lagi 75 hari yang dipinjamkan kepada aku untuk merasai nikmat bahagia hidup sebenar sebagai suami isteri.. syukur padaMu Ya Allah.. walau hanya sementara, nikmat dan kasih ini cukup indah dan sempurna.. mampu membuatkan hidup aku ceria dan bahagia seperti yang lain...

75 hari...


Aku laluinya sebagai seorang isteri yang punya suami disisi.. dan cuba mengurangkan komitmen pada tugas.. terasa janggalnya juga bila mana setiap hari tepat jam 2 ptg aku bergegas pulang ke rumah.. sedangkan sebelum ni hari-hari yang aku lalui di tempat kerja langsung aku x endahkan masa bila aku perlu pulang ke rumah.. tapi tidak kali ini.. tiap masa hanya suami yang aku kenang. sudah makan ke dia.. sudah bangun tidur ke dia.. menyebabkan aku selalu x sabar nak pulang ke rumah..


Bila tiba kat rumah.... sekali lagi hatiku sayu.. bila tengok rumah dah siap dikemas & divakum.. kain baju siap disidai.. pinggan mangkuk di dapur dah siap dibasuh dan disusun.. malah bilik tidur pon dikemas rapi.. Aduhai sayang..di manakan dapat kucari ganti insan indah sepertimu wahai suamiku... Malah sepanjang tempoh 75 hari ni, hidup aku terlalu bersenang lenang bila segala urusan rumah diuruskan oleh suami.. aku hanya masak dan melipat kain aje memandangkan 2 kerja ni yang paling suami x suka nak buat..
7 hari sebelum dia terbang pulang.. aku mulai merasa kejauhan yang bakal dihadapi..

7 hari ni jugak aku mula abadikan kenangan setiap hari dia bersama aku... agar dapat aku tatapi wajah ini tatkala aku rindu...


Hari ke-7



Hari ke-6



Hari ke- 5




Hari ke-4



Hari ke-3



Hari ke-2



Hari terakhir sebelum suami keluar dari rumah menuju ke airport...

Sepanjang tempoh 75 hari ini jugak aku cuba mengabaikan sebarang emosi negatif yang singgah dalam diri aku.. syukur.. aku cukup kuat dan tidak sama sekali meratap dengan ketentuan takdir ni.. mungkin kerana aku percaya percaturan hidup yang aku dan suami telah pilih adalah jalan yang cukup terbaik dalam hidup kami.. Seakan aku tak percaya, tiada langsung emosi sedih yang singgah dalam jiwa nurani aku tatkala saat untuk berjauhan semakin hampir... sedangkan tahun-tahun yang aku hadapi sebelum ni aku sudah mula menangisi pemergian suami disaat 7 hari sisa waktu berbaki bersamanya...

Hinggalah pada saat kami keluar bersama membeli stok makanan.. tatkala leka suami memilih barang dan aku menanti disisi, ketika itulah perasaan sayu mula menerpa.. sebak dan aku mula terasa yang dia akan pergi jauh beribu batu meninggalkan aku untuk menguruskan diri dan rumahtangga sendirian... Ketika inilah aku mula sedar, mimpi indah aku bersama suami hampir berakhir dan realiti hidup aku yang sebenar bakal tiba...



Antara stok makanan dan barang kiriman dari teman yang bakal dibawa pulang ke Killarney.. untuk kali-4 aku menyusunnya ke dalam bagasi...



Malam terakhir sebelum suami aku pergi... seakan aku mahu bumi berhenti dari berputar dan waktu berhenti dari terus berdetik.. kerana aku belum puas untuk menatap wajahnya.. merasai kehangatan genggaman tangannya.. sekelip mata pun aku tidak mahu berkelip kerana aku mahu terus melihat dia...

Sehinggalah pada ketika waktu semakin suntuk.. dia duduk termenung di luar rumah.. memerhatikan rumahnya..keretanya.. ikannya yang bakal dia tinggalkan buat sementara.. aku tahu ada sayu pada wajahnya.. ada sendu dalam hatinya...walaupun setiap ketika dia terus memujuk aku supaya tidak menangis, tapi jauh disudut hatinya dia terasa berat untuk pergi meninggalkan tanahair... 11 tahun diperantauan buatkan dia mulai rindu untuk membina hidup baru di tanah kelahiran sendiri.. tapi kerana mencari rezeki, segala kesedihan terpaksa diketepikan...

Melihat suami bersiap sedia.. hati aku meruntun sayu... duhai hati.. tabahlah dikau... relakan hati untuk dia pergi untuk mencari rezeki...

Setiap barang di check semula.. bimbang jika ada yang tertinggal.. hampir 13 jam perjalanan dari KL ke Heathrow London.. kemudian disambung sejam lagi ke Cork, Rep. of Ireland.. belum dikira waktu menunggu penerbangan dan juga waktu untuk sampai ke rumah.. kalau tertinggal barang memang x senang hati jawapnye..



Dokumen, pasport dan tiket sudah sedia.. hanya menunggu masa untuk terbang..

Sebelum melangkah kaki keluar dari rumah, kami abadikan memori indah bersama.. untuk mengubat hati yang lara tatkala hati rundung sayu dan rindu...



Akhirnya.. masa itu tiba jua.. tiada siapa yang berdaya untuk memutar masa... Betapa berat kaki ingin melangkah, namun... hayunan kaki tetap perlu diteruskan..


Kami singgah sebentar ke rumah mertua.. Betapa aku tidak kuat sama skali untuk melihat seorang anak yang mencium & menyalami tangan ibu dan bapanya.. bimbang air mata ini terlerai di hadapan mereka, aku keluar menanti dari luar rumah.. Ya Allah.. aku pinta, berilah aku kekuatan agar aku dapat menempuhi saat-saat ketika giliran aku tiba nanti..

Sepanjang perjalanan ke KLIA, aku cuba menahan linangan air mata.. kerana aku tahu setitis air mata yang tumpah akan melemahkan semangat suamiku.. aku perlu kuat dan tabah, kerana kekuatan dan ketabahan inilah yang membuatkan suami aku turut kuat untuk meneruskan perjalanan..

Sejak dari zaman bercinta, bertunang dan berkahwin, rutin tahunan aku menghantar suami ke KLIA setiap Februari.. kira-kira sudah 7 kali bilangannya... dan setiap kali tiba ke KLIA ni, hati pasti sayu... 9 bulan lagi masa untuk bertemu..

Ketika saat berlepas itu tiba, aku cuba sedaya upaya menahan sebak didada.. tapi air jernih tetap memenuhi kolam mataku.. suami juga begitu kerana aku lihat ada air jernih bergenang di matanya.. Ya Allah..Kau kuatkanlah semangat kami agar aku dan suami dapat menerima perpisahan sementara ini dengan redha... aku sedaya upaya menahan sebak dengan sepenuh hati.. aku x mahu hati ini terus dilukai kerana tak siapa mampu memujuk melainkan diriku sendiri.. maka yang terbaik adalah mengawal emosi agar aku sedihku ini tidak memakan diri...




Masya Allah.. kekuatan apa yang telah Kau berikan pada ku ini Ya Allah..

Tatkala aku bergegas pulang meninggalkan KLIA.. dengan niat nak menyambung tangis di dalam kereta, hatiku pula menjadi kering kontang.. x setitis pun air mata yang tumpah.. puas aku menekan channel radio mencari lagu-lagu sedih, tapi beku sudah air mataku dari mengalir... mungkin dirumah nanti bila melihat baju suami ku, gelas air minum yang suami tinggalkan dan segala barang-barang dia boleh membuatkan hatiku sedih...

Tapi.. sejurus sampai dirumah.. masih tiada air mata yang mengalir.. kuat benar semangat yang telah Kau berikan padaku Ya Allah.. dan sehinggalah aku dapat tidur malam dan bangun pagi dengan tenang.. Benar sekali Ya Allah.. setiap ujian dari-Mu memang tidak akan melebihi kemampuan hambaMu untuk menghadapinya.. aku cukup akui itu Ya Allah..

Buat suami yang disayangi...

Dengan hati yang terus menerus berdoa, aku senantiasa mengharapkan agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, Insya-Allah, Allah akan memberikannya.

Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar kerjaya sendiri? Dan jawapannya : Kita sama-sama telah akur melepaskan salah satunya. Dan Insya-Allah, buat selamanya aku yakin, kebahagian dan harapan untuk hidup bersama dan kebahagiaan untuk mengecapi hidup berumah tangga itu akan tiba satu masa nanti. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hatimu.

Dikau adalah insan yang terbaik untuk diriku... dan aku pasti akan terus menanti sehingga dikau pulang kembali... Doaku panjatkan agar dikau senantiasa dibukakan pintu rezeki, dikalungi kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan untuk terus mencari rezeki dan dipayungi rahmat dan kasih dari Ilahi...

Duhai hati... tabahlah dikau.. menjalani kembali hidup realiti ini..

****ppssttt....

skali tertengok stok sabun mandi DOVE 12 kotak yang suami belikan untuk aku.. ( sebab kulit aku sensitif x boleh mandi dengan sabun lain )... tsskk.. tskkk....

uuwaaaa.... uwaaaa........

5 comments:

  1. iskkkkkkkkkkk... huwaaaaaaaaaaaa...

    sabooo yer... sabooo... sob sob sob...

    ReplyDelete
  2. o sedihnyer baca kata2 na kt atas ni...hampir ina nk menitis air mata..berharap sangat2 ina tabah melaluinya...

    ReplyDelete
  3. jamy.. jgn sedey2 dik.. dh bertahun akk alami benda yg sama mcm ni. memula hubby pegi mmg sedey sgt.. tp pastu life back to normal.. alhamdulillah. msh kuat bertahan..

    nik, thanks.. insya-Allah.. jiwa ku akaj terus tabah..

    ReplyDelete
  4. ko wat aku rasa sedih..n aku perlu bsyukur coz nizam sntiasa di sisi..menemani n mbantu di setiap saat aku perlukan..alhmdulillah..n thx coz mmberi aku ksdaran..betapa beruntung nya aku..

    ReplyDelete
  5. azie.. dlm hidup kita ni, Allah uji kita dgn mcm2 cara.. bersyukur dgn apa yg kita ada.. dan apa yg sdg kita miliki.. dan aku, cukup bersyukur dgn ketentuan yg mcm ni sbb pilihan yg ni bantu jiwa aku jd kuat & dapat hadapi dgn sabar & tabah.. insya Allah, bila jiwa kuat, semua perkara yg aku buat aku dptkan rasenya semuanya positif.. bile tgk kwn2 nangis sbb suami outstation 2-3 hari, aku senyum je.. sbb aku rase aku beruntung sbb aku x selemah mereka...

    ReplyDelete