Rezeki awal tahun... bila bonus ASB utk tahun 2010 diumumkan, aku adalah orang yang paling seronok.. dividen 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit.. amik kalkulatur.. toink..toink.. fuhhh !!!
Alhamdulillah..
Maka bermula la episod pra-shopping aku.. melunaskan segala hajat yang dah tersimpan beberapa bulan dek menunggu kedatangan durian runtuh ni.. sebenarnya barang-barang yang aku nak beli ni semua urgent ( sebahagiannya ).. nak beli masa sales krismas, kering plak kocek aku lagi-lagi dah plan jenjalan dengan hubby.. makanya, hajat tu terpaksa la aku pendam dlu...
Barang pertama yang aku berjaya miliki ialah fridge.. menggantikan fridge samsung 1 pintu yang aku beli masa bujang dulu.. dapat jugak la aku guna 4 tahun.. tapi sejak 2 tahun lepas fridge tu mula meragam.. asik keras dengan ais batu je sampai kan aku kene bersihkan fridge tu tiap 5 hari.. mula-mula okla.. lama-lama muak plak rasenya.. lagi-lagi mengalir je air keluar sampai basah dapur aku.. sudahnya, keputusan muktamad beli aje fridge yang baru.. jadi inilah pilihan kami.. toshiba hybrid guard system.. harga asal rm1690.. tapi lepas less dapat rm1250..
Tak ketinggalan tudung jeans ni... dulu pernah aku tengok tudung macam ni kat Pearl Haya Senawang, tapi dah x de stok. yang tinggal hanya display.. harga pun rm90 macam tu.. telan air liur je la akibat frust x dapat.. skali dapat plak yang ni rm45 terus je aku beli..
Destinasi seterusnya, aku dan hubby ke KLCC.. mencari kasut pulak.. memandangkan aku ni bersaiz special 9.. kasut tu sangat la terhad.. menurut kawan aku yang kaki bersaiz 12 ni, kat dalam ISETAN KLCC tu ada kasut jenama Pedal Works dan Khas yang bersaix xtra large.. saje je aku nak try walau hakikatnya kasut saiz kaki aku ni masih boleh dibeli di kedai-kedai biasa, tapi aku yakin fesyen kasut kat situ memang english la macam jenama clarks tu.. ermm.... memang iye la.. kasut ini aku pilih.. jenama Khas.. memang ade klas... harga pun boleh tahan rm159.. ikutkan nak je tambah sepasang 2 lagi, tapi memandangkan masih ade beberapa barang dalam waiting list ni, terpaksa aku simpan hajat ke masa akan datang...Satu lagi.. sling bag yang aku carik merata-rata.. susah sangat nak carik yang kene dengan taste... kalau nak beli jenama fossil tu memang sangat la kene dengan taste tapi masalah harga yang langsung x kena dengan bajet aku... nyaris jugak terbeli handbag lain, tapi nasib la ade suami yang tolong ingatkan aku.... so rayau jauh-jauh, akhirnya aku jumpa sling bag ni kat Parkson Seremban Parade.. yang ni kena la dengan saiz badan aku sebab kalau amik yang kecik bak kata suami aku macam beg konduktor bas aje.. hahhahha..
RM700 aku belanjakan untuk beli produk penjagaan muka yang baru.. Jeans de Arcel.. ikutkan agak mahal.. tapi memandangkan saiznya yang besar, aku yakin mau-mau 6 bulan jugak aku dapat pakai.. sedangkan aku pakai 2 bulan pun dah mula bosan tukar produk yang lain.. tapi x ape la kan.. mencuba dulu....
Satu je lagi yang sedang berusaha mendapatkannya... Ladies Boot.. walau kat mesia ni pakai boot nampak janggal, tapi aku tetap mahu ade sepasang boot.. kat KLCC memang tengah berlambak sales sempena musim sejuk.. aku tengok kat MANGO x berkenan.. dan ade beberapa butik lagi aku masuk untuk try boot tapi memang x de yang sesuai dengan citarasa... tapi hubby pon dah promise, dia akan belikan bila balik Ireland nanti.. yahhoo.....
Alhamdulillah.. berjaya aku melunaskan hajat dihati... satu lagi.. aku nak cat balik kereta arwah mak aku yang aku sedang pakai sekarang.. sayang sangat kereta tu arwah mak aku bagi pinjam dari zaman muda dlu.. sampai la ni bapak aku nak tukarkan kereta tu pada nama aku... nampaknya bila dah cat nanti, makin jauh la impian aku nak beli Toyota Rush yang baru.. huhu.... x pela.. ade rezeki nanti, semua bisa diaturkan....yang penting shoping ni kena berhemah jugak.. Insya Allah.....
No comments:
Post a Comment