OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 06, 2010

Pertandingan Solekan Pengantin 1 Malaysia

Alhamdulillah..seperti yang telah dirancang 4 bulan lepas.. Pertandingan Solekan Pengantin 1 Malaysia bagi pelajar MPV - Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Sekolah Menengah Negeri Sembilan telah selamat disempurnakan di SMK (P) Tunku Kurshiah Kuala Pilah.. Tarikh 3hb Ogos 2010 dipilih dan dipersetujui bersama dek utk mengelakkan berlakunya rempuhan dengan date trial SPM.. Hadiah untuk pertandingan ni disediakan bersama yang mana SMK Taman Tuanku Jaafar menyediakan 10 biji hamper ( semua peserta akan dapat )..manakala SMK (P) Tunku Kurshiah menyediakan hadiah wang tunai untuk Johan hingga tempat ke-5. Budak2 MPV dari awal memang dah cukup excited, sebab tak pernah lagi dibawa keluar ke tempat lain.. masa 3 bulan lamanya dorang ni memendam rasa x sabar yang teramat sangat nak bertanding.




Pelajar2 MPV PMDR SMK Tmn Tuanku Jaafar diwakili dengan 15 orang tingkatan 5.. iaitu 5 kumpulan di mana ahli2nya terdiri dari seorang model, seorang jurusolek dan seorang pendandan rambut. Ikutkan persiapan dan latihan solekan dibuat last minit.. dalam masa seminggu je sebelum bertanding.. almaklumla..cikgunye ni cukup2 sibuk.. alhamdulillah.. pelajar2 MPV ni nampak begitu bersungguh2 mencari costum yang sesuai dgn tema PENGANTIN 1 MALAYSIA.. adik2 dari 4I ( MPV ) juga bagi sokongan yang cukup baik pd senior2 dorg ni.. macam biasala.. bila latihan ni banyak yang x sempurna yang kena betulkan.. kena tambah dan lebihkan..juga ade yang kena tukar custom di saat2 akhir..




Hari pertandingan.. masih sempat lagi blaja pakai aksesori di saat2 akhir.. aunty tukang sapu byk pinjamkan baju dan aksesori..memang meriah la masa tu.. dgn khidmat memakai inai dari pelajar india.. pelajar2 4 MPV plak kejenya kena jaga hadiah.. elokla tu saling bekerjasama kan..






Bas bertolak jam 8.45pagi..sebab menjangka untuk sampai ke sana dalam jam 9.30 pagi.. dalam bas, pelajar2 ni dihiburkan dengan gurindam & soalan2 cepu emas uncle driver bas ( Anthony ).. hehehe..smpai skrg xde orang dapat jawapannya..Sampai SMK (P) Tunku Kurshiah Kuala Pilah, pelajar2 diberi taklimat ringkas dan juga jamuan ringan.. tapi rasanya debaran pelajar ni lagi kuat..makan pun sikit.. soh tambah pun x mau... takut baju ketat katanya...





Pertandingan bermula sekitar jam 10.30 pagi..masing2 tekun dgn kerja..tapi masih sempat menjeling peserta lain.. cikgunya plak busy ambil gambar sana sini..sepanjang pertandingan, pelajar 4 MPV duduk menunggu kat bilik dandanan rambut.. Persaingan cukup sihat..masing2 menyediakan costum yang mengikut tema iaitu Pengantin 1 Malaysia dimana model x boleh memakai pakaian yang mewakili kaum sendiri..maknanya kena pakai custom kaum lain.







Tepat jam 11.45 pagi..pertandingan berakhir.. semua model beratur menunggu juri memberi markah.. sambil menunggu pengiraan markah, inilah masanya semua pelajar saling bergambar dengan kawan2 baru.. so nice...






Keputusan pon diumumkan....
Johan - SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban



Naib Johan - SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban


Ketiga - SMK (P) Tunku Kurshiah, Kuala Pilah



Keempat - SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban


Kelima - SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban



Keenam - SMK (P) Tunku Kurshiah, Kuala Pilah



Ketujuh - SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban


Kelapan - SMK (P) Tunku Kurshiah, Kuala Pilah



Kesembilan - SMK (P) Tunku Kurshiah, Kuala Pilah



Kesepuluh - SMK (P) Tunku Kurshiah, Kuala Pilah



Tahniah diucapkan kepada yg berjaya..yg x berjaya.. boleh cuba lagi lain kali.. selesai ucapara penyampaian hadiah, kami pun berangkat pulang ke Seremban.. dalam bas semua terdiam keletihan..tapi smpai je sekolah sempat plak model2 ni bergaya..maklumla bukan senang nak dapat pakai custom perkahwinan macam ni ..







alhamdulillah..lega rasanya..selesai sudah program terbesar Panitia MPV tahun ni.. ampun dan maaf atas segala kekurangan sepanjang pertandingan.. namun objektif pertandingan ni dapat dicapai iaitu menyatupadukan pelajar2 yang berbilang bangsa dan dari sekolah yang berlainan serta menyelami erti sebenat 1 Malaysia..Insya Allah.. tahun depan kita buat lagi program macam ni.. lagipun tahun depan meriah sebab ada 4 buah sekolah berbanding tahun ni



Jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment