OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 12, 2011

Keputusan SPM 2010



Dah lama aku story morry pasal cite ni.. baru hari ni berkesempatan memandang ketika ini situasi aku tersangatlah busy.. tambahan plak, terpaksa meminta ihsan dari teman memberikan kepadaku..

Keputusan SPM 2010 telah diumumkan secara rasmi pada 23.03.2010 bersamaan hari Rabu.. setelah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai tarikh ia akan diumumkan.. akhirnya bila dah dapat tarikh secara rasmi aku plak diumumkan kene menghadiri meting vokasional kat KL.. aduhai.. macam-macam perasan menusuk masuk dalam jiwa aku.. dengan berat hati, aku akur dengan ketentuan tugas yg perlu aku selesaikan...



Sejak jam 11.00 pagi... aku menghubungi sekolah bertanyakan keputusan .. susah hati tak dapat melihat sendiri keputusan SPM... sehingga jam 11.30 pagi jiwa aku terus dihantui rasa x tenteram. tambahan tengok kawan-kawan yang mula dapat keputusan SPM dari sekolah masing-masing.. namun, dengan hati yang penuh kesabaran.. aku bertahan... dan apabila keputusan dimaklumkan kepada aku..


SUBHANALLAH.... terkejut sungguh aku dengan pencapaian pelajar tahun 2010.. antara percaya dan tidak.. aku akur bahawa keputusan tahun 201o telah melangkaui jangkaan aku..


A+ ( 3 orang ), A ( 6 orang ) A- ( 4 orang )


B+ ( 2 orang ), B ( 3 orang )


Tiada yang dapat C, D mahupun E.. dengan kekal kelulusan 100% serta GPMP 1.78 melangkau 2 mata tahun yang sebelumnya 3.45.. Alhamdulillah.. sesungguh Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. diturunkan rahmatnya buat anak-anak didik aku untuk merasai nikmat kejayaan.. Terima Kasih Ya Allah.. nikmat berterusan yang Kau berikan padaku ini bukti cinta dan kasihMu pada hambaMu...




Antara kenangan indah bekas pelajar berhimpun di ruang legar menanti keputusan di umumkan....


Inilah dia.. wajah-wajah insan yang telah melalui tahun 2010 dengan penuh gembira, suka dan duka.. inilah hadiah buat aku.. seorang insan bergelar guru.. bukan wang ringgit ku minta ganjaran.. bukan jua gelaran yang aku impikan.. segala penat lelah, peluh dan air mata yang telah mengalir selama mendidik mereka terbalas bila dorang berjaya berikan pada aku kejayaan yang gemilang ni... Buat bekas-bekas anak murid cikgu.. doa dan restu cikgu tetap untuk kalian.. semoga dapat mengharungi kehidupan baru selepas ni dengan jalan yang terbaik...



dan aku pulak... walau mengalir air mata gembira.. tapi jauh disudut hati.. perasaan takut menghantui diri.. takut dengan keputusan SPM untuk tahun ini pulak.. berat sungguh rasanya hati.. rasa x berdaya nak berfikir lagi.. tapi aku yakin dengan kemampuan diri.. segala ilmu dan taktik yang aku gunakan untuk tahun lepas akan aku gunapakai untuk tahun ini.. semoga ianya akan membuahkan hasil cemerlang seperti tahun yang lepas..


Berani menyahut cabaran.. berusaha sehingga ke titik yang terakhir.. aku yakin dan aku mampu.. kerana kepercayaan aku bahawa "ketidakpandaian bukanlah sesuatu yang diwarisi ".. dan dengan keyakinan inilah aku berserah padaMu ya Allah..


Amin ...



Saturday, April 09, 2011

Onde-Onde Buah Melaka


Hari ni sekolah ganti, sempena cuti Deepavali seminggu bulan Oktober nanti.. tadi kat skolah dah poklak SATE.. 10 cucuk sate + daging.. lazat la jugak... dengan 2 ketul nasi impit.. ade bihun, buah, kek... kembang jugak perut aku dari pagi bawak ke tengahari..... Balik rumah, terfikir plak dah lama x masuk dapur main masak-masak...


Teringat pulak dengan gula melaka yang aku beli masa g Melaka beberapa bulan lepas... harap-harap elok lagi la.... sejak seminggu ni memang dah dok fikir pasal gula melaka ni.. dan memang plan nak buat onde-onde @ buah melaka satu hari nanti... dan hari itu pun tiba.. hari ni la... siap-siap aku g kedai mampan beli kelapa parut & pewarna hijau.. memula ingat nak pow daun pandan kat sekolah je.. kerat je kat belakang bengkel ERT tu.. tapi x tergamak plak, takut terkena sumpah kan.. maka beli je la yang tiruan...




Buat kali pertama aku nak buah onde-onde buah melaka ni.. selalunya aku tau makan je.. macam biasa la kan... survey jugak kat internet cara nak buat dia kot-kot ada plak cara lain dari yang biasa.. tapi aku tengok semua resepi macam sama je.. jadi aku simpulkan, buat je la ikut yang aku tau.... Memang sangat senang buah melaka ni... semudah A B C... hehehhe.. jadi pada sesiapa yang baru nak blaja buat, meh cikgu ajarkan ye... pada yang dah terrer tu.. ehem..ehem.. gerenti x amik peduli pun.. ok..ok.. kita teruskan ye... Gula melaka tadi kene la dipotong kecik-kecik macam ni...




Kemudian, sediakan tepung pulut.. aku x de la plak buat ikut sukatan berapa cawan.. aku tuang je dalam mangkuk adunan, campur dengan air dan pewarna..




Ni lah pewarna buat ganti daun pandan... kalau daun pandan tu kene hiris & blander, kemudian airnya dimasukkan dalam adunan ni.. yang ni gerenti rasanya lebih original dengan bau pandan yang wangi tu...




Bila dah siap adun, pastikan adunan tu tak melekat kat tangan.. kire sedang-sedang elok la.. nak test, cuba la bulat-bulatkan kat tapak tangan kalau dapat membulat dengan cantik, dah jadi la tu.. kalau masih melekat, kene tambah tepung lagi...




Haaaa, bulat macam ni la... buat sebesar guli atau besar sket dari guli tu.. aku buat besar sket....boleh la.. ikut selera masing-masing....





Lepas tu bolehlah lubangkan kat tengah-tengahnya untuk diisikan dengan gula melaka.. sukatila nak isi banyak mana, tapi jangan sampai x boleh nak tutup pulak.. gula melaka ni cepat mencair, jadi jangan la tunggu lama-lama..




Ni dia.. dah siap pun... tunggu masa nak masakkan dia....




Rebuskan air dalam periuk.. tunggu mendidih.. lepas tu kita masukkan bebola buah melaka tadi... tunggu sampai buah melaka tu masak..




Bila dah masak, buah melaka tadi akan terapung ke atas... masa ni boleh la cedok keluarkan dari periuk....




Buah melaka yang yang siap masak tadi kita letakkan atas kepala parut yang dah siap digaulkan dengan garam.... gaul bagi kelapa tadi rata ke seluruh buah melaka...





Tadaaa... dah siap pun.... comei la pulak... nasib x de yang pecah... pecah tu kalau gula melaka dalam tu banyak sangat...




Nak makan, kene tunggu sejuk dulu.... jangan terus makan masuk mulut.. yang ni aku buat sikit je.. saja nak test try jadik ke tak... alhamdulillah.. menjadi percubaan aku...


Terfikir, ada lagi gula melaka.. apa nak buat ye.... errmmm....


Friday, April 01, 2011

I - C I T Y , S H A H A L A M


Sampai jugak aku ke I-City Shah Alam.. setelah hampir setahun merancang dan menanti nak datang ke sini.. Kelakar la plak.. plan asal nak gi dengan mr Brandon x menjadi.. disebabkan masing-masing x tau jalan ke sini.. lagi la gi waktu malam memang x nampak la signboard yg ada.. sudahnya patah balik ke Seremban...



Jam 12.30 pagi.. setelah selesai menonton Maha Raja Lawak kat rumah adik aku kat Puncak Alam, kakak aku dengan belas kasihan sudi membawa aku ke sini.. waahh.. senyum lebar aku.. hajat dah kesampaian...




I-City ni sebenarnya sebuah kawasan perniagaan.. dikelilingi bangunan bangunan.. cuma waktu malam dia yang menarik dgn limpahan lampu berwarna warni yang menghias segenap pelusuk kawasan ni.. idea yang menarik untuk memajukan kawasan ni...




Macam-macam decoration lampu yang ada....memang kreatif... nak masuk ke sini kene bayar RM10 untuk sebuah kereta.. x kisahla nak sumbat beratus orang dalam satu kereta tu... reason bayaran ni of course nak untuk menampung bil elektrik yang banyak tu kan... tapi ada jugak pengunjung yang parking kereta kat luar kawasan i-city ni.. kene jalan kaki la sikit..



Ni lah dia Snow Walk.. baru je siap.. lepas ni nak main salji x payah la gi ke Genting Highland.. kat dalam ni pun dah boleh.. tapi aku x la masuk dalam bilik salji tu.. sebab dah penah merasa main salji yang real punye kan.. lupa plak nak tgk berapa bayaran nak masuk dalam tu sebab masuk tu skali dapat dgn winter coat & but.. huhu..




Jadi, gambar-gambar aku ni hanyalah kat bahagian luar lobby Snow Walk saja... decoration dalam ni memang cantik.. ala-ala nak sambut krismas la plak.. eh, betullah.. snow walk dibuka secara rasmi bulan Disember 2010, sesuai la tu time Krismas..




Info menarik yang aku dapat pasal Snow Walk ni :

~ Pemilik mesin pengeluar salji tiruan yang terbang dari Korea untuk melihat lokasi dan kemajuan projek kat sini akan membawa masuk tiga mesin canggih yang mampu menghasikan sekitar 1.2 - 1.5 tan salji tiruan sehari. Dia kata salji yang terhasil adalah 90 peratus menyamai salji semula jadi. Tak macam salji tiruan lain, salji ini lebih halus, lembut dan ringan... pemilik ni berpengalaman dalam bidang ini selama 13 tahun.


Pengukir ais sepenuh masa dari China, Sing Xie Fung pula kata, teknologi canggih pada masa kini membuatkan ukiran ais tahan lebih lama. Dia yang akan berada di Malaysia selama dua bulan bersama rakan pengukir seramai 30 orang lah yang telah menjalankan kerja-kerja mengukir ais bagi melengkapkan projek 'Snow Walk'. Suhu di kawasan 'Snow walk' ini menjangkau sehingga -5 darjah celcius.. perghh.. terbaek kan...



Sejuk duduk kat dalam.. aku ngan kakak aku keluar jalan-jalan meneroka seluruh kawasan.. cuaca malam ni agak panas jugak.. orang pun ramai....



Memang cantik permandangan kat sini.. walau panas, nasib la malam ni berangin..




Terasa macam pegang bunga manggar la plak kan....




Ni lah tempat paling cantik kat dalam ni.. penuh dgn swan, bangau dan katak berlampu... terpegun plak kat sini....




Sambil berjalan singgah kejap beli cornetto.. sesekali layan aiskrim kan terasa macam bercinta la plak... huhu... walau pun dgn kakak sendiri... walaupun aiskrimnya mahal sampai RM 3.50 tapi OK la.. faham sangat kenapa dijual dengan harga macam tu...






Layan aiskrim bawah pokok bersalji... dengan angin sepoi-sepoi bahasa.....





Puas sudah hati... dah sampai ke i-City ni.... pemandangan cantik.. berbaloi la dengan bayaran masuk yang dikenakan tu... dari jam 12.30 malam, kami balik ke rumah jam 2 pagi...




Lepas ni kalau mr Brandon nak g, boleh dah la bawak pegi.... so, pada sape-sape yang belum gi.. silah pergi.. dapat g skali pun jadi....