OUR WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 28, 2010

Decoupage - Projek Cuti Sekolah 2010


Satu hobi baru yang berjaya membuatkan aku jatuh cinta.. Aku diperkenalkan dengan DECOUPAGE ni oleh sorang kawan.. kak sabariah yang memang hebat mendecoupage barang-barang terbuang.. segala tin, kotak, botol atau apa saja bekas terbuang mampu dimakeup kan semula agar jadi cantik semula..
Tin biskut ni adalah pemberian teman sekolah.. kak marsita.. terharu aku rasa bila diberi 3 biji tin kosong semata-mata untuk aku buat decoupage ni...
Tapi yang ni adalah hasil decoupage dari sifu sabariah khas untuk aku.. memang cantik...

Lepas pada tu, kak sifu ni plak bermurah hati membuat kelas decoupage untuk cikgu-cikgu.. bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku pon join kelas tu.. seronok + senang rupanya.. cuma memerlukan kesabaran dan ketelitian serta kekemasan supaya hasil kerja berkualiti..

Inilah hasil kerja aku yang pertama.. agak kurang kemas.. tapi OK hape.. hehehe..

Lepas pada tu, aku makin bersemangat... mula la kerja-kerja aku mengumpul tin-tin kosong serta dengan bermuka tebal meminta tin terpakai dari adik beradik.. mujur la dapat jugak sebijik dua..


Inilah hasil decoupage aku.. berjaya jugak aku siapkan dalam masa cuti sekolah... walau busy berjalan sane sini, masih ade masa terluang untuk aku siapkan.. suami pun puji cakap cantik.. dia pun turut sama menolong aku menggunting kertas tisu ni untuk digamkan pada tin...

Lepas ni, bertambahlah lagi koleksi barang-barang hiasan dalam rumah aku ni.. elok jugak tu.. kitar semula namanya ni.. sebab tin-tin ni smua dari terbuang aje macam tu boleh la di gunakan semula kan....




Wednesday, December 22, 2010

Ice Room, Nilai Square

Akhirnya, berjaya jugak aku membawa suami ku yang tersayang menjejakkan kaki ke Iceroom kat Nilai Square ni.. setelah beberapa kali aku menelan air liur dek mendengar cerita-ceriti dari kawan-kawan yang dah makan kat sini.. mane bleh tahan..

Menu terkenal kat Iceroom ni adalah aiskrim yang dicipta khas oleh ownernya.. macam-macam perasa yang ada.. yang penting semua kita kena cuba..

Inilah antara contoh aiskrim yang ada.. dengan pelbagai pilihan perasa ditambah lagi dengan keunikan hiasan pada aiskrim tu membuatkan restoren ni sentiasa dipenuhi dengan pengunjung..

Ni le menunya.. hampir 10 minit jugak aku cuba membaca dan membuat pilihan yang terbaik.. maklumla.. datang dengan perut yang lapar, semua yang ada semua aku nak cuba..

Akhirnya... Brandon pon mula merasa kehebatan aiskrim pilihannya..

Sungguh la daku teruja dengan aiskrimku ini.. aduhaiii....

Inilah aiskrim ku... Durian Snow Ice.. RM8.90.... pilihanku mesti bertemakan durian...

Aiskrim Brandon.. Nut Snow Ice.. RM 7.90.. memang sedap yang ni.. aku asik curik-curik makan aiskrim yg ni aje... tengok la.. parutan aiskrimnya nampak sungguh menarik..

Ini plak durian goreng.. waduuhh !!! sangat sedap tau....

Balik dari Iceroom, kami ke Nilai 3.. nak beli tikar sarawak sebenarnya...

Banyak yang menarik.. lagi-lagi harganya murah & boleh lagi ditawar...

Amboi... abang Brandon nak try aje ke.. cantik kerusi ni, tapi dah x boleh beli sebab kat rumah dah x de space nak letak perabot..

Inilah pilihan kami.. tikar sarawak versi biasa-biasa.. rm35 saja.. actually, kalau rayau lagi dalam Nilai 3 tu boleh dapat RM30 aje.. tapi disebabkan dah malas nak jalan, maka kami decide saje untuk beli disini...

Maka berakhirnya episod cuti-cuti sekolah 2010.. memang tahun ni aku taruk habis-habisan.. syukur terlepas dari duty jaga SPM.. jadi inilah masanya aku round-round the world bersama suami tercinta....

Thursday, December 16, 2010

Pasir Salak & Kellies Castle, Perak

Kompleks Bersejarah Pasir Salak..
Lokasinya di dalam kawasan perkampungan di sebuah daerah bernama Pasir Salak di negeri Perak..
Inilah lokasi percutian kami seterusnya... Selalunya percutian di shopping kompleks.. beli itu ini, belah itu ini.. jadi kali ni tukar la plak.. sesi lawatan ke tempat bersejarah...

Masuk ke sini, sepatutnya kena bayar.. tapi kali ni, xde plak kene bayar.. lepas tulis nama dan alamat di buku pelawat, kami dibenarkan masuk terus..

Aduuhh... nostalgia lama kembali menjelma... Inilah tempat aku dan kawan-kawan ber'rombongan' masa zaman skolah dulu... rasanya lebih 15 tahun x menjejakkan kaki ke mari...

Terowong Sejarah Pasir Salak.. rasanya terowong diorama yang terbesar di Malaysia.. rasanya la... masuk dalam ni kene bayar RM4 untuk orang dewasa...

Terowong 'diorama' ni penuh dengan rentetan sejarah penubuhan Malaysia serta sejarah-sejarah awal bagaimana pejuang-pejuang tanahair terdahulu di semua negeri di Malaysia berjuang mencapai kemerdekaan... menarik sangat.. ada jugak galeri KERIS dan pakaian-pakaian tradisional rakyat & institusi beraja di negeri Perak..Tapi kat dalam ni gambar tak boleh diambil..

Lokasi inilah paling menarik.. tempat di mana JWW Birch ( Residen Perak ) dibunuh ketika sedang mandi...

Berpuluh tahun yang lalu, kawasan ni hanyalah sebatang anak sungai.. tapi dek kemajuan pembangunan, semuanya telah berubah... tapi kesan peninggalan sejarah di sini tetap dipelihara..

Replika keris...


X sure ni tugu ape.. tapi tugu ni menyimpan sejarah dalam hidupku.. sebab 20 tahun yang lalu, aku pernah menghasilkan lukisan tugu ni masa rombongan sekolah rendah.. dan tak sangka lukisan aku telah mendapat tempat ke-3...
Rumah Kutai.. dalam ni dipamerkan susunan ruang-ruang dalam rumah zaman dahulu.. tapi tak boleh bergambar dalam ni..


Antara peninggalan lama yang masih ada.. mana nak dapat benda-benda macam ni zaman sekarang ni.. bukan semua surau ada.. tapi kat sini ada..

Perjalanan diteruskan...

Lokasi seterusnya.. KELLIES CASTLE di Batu Gajah Perak... kira-kira 1 jam perjalanan dari Kampung Gajah, Perak...

Kellies Castle ni merupakan antara satu tempat bersejarah di negeri Perak ni.. ikutkan cerita, tempat ni berpenunggulah.. misteri lah..
Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.


William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.


Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.


Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya


Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi sungai.

Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi Hindu tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.


Terdapat sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta dibina untuk pelawat mudah ke Istana Kellie. Ada jugak sebuah kedai makan dan kedai cenderamata yang pastinya menjual fridge magnet dan tapak parking kereta yang ada kat situ rupenya telah dibina Majlis Daerah Kinta Barat pada tahun 1990.

Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem. Antaranya ialah filem Anna And The King yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt. Selain tu, tapak istana ni jugak selalu jadi lokasi 'outdoor' untuk pengantin-pengantin bergambar...

Satu lagi misteri terbaru di istana ni ialah penemuan sebuah pokok yang mempunyai ukiran berbentuk beruang.. Subhanallah...

Indan dan menarik.. dengan suasana yang sunyi betul-betul terasa seperti di Istana zaman Kolonial... Sepi jugak telah membuat aku rasa lain macam sampai terbit rasa takut dan nak pitam.. naik ke tingkat atas, aku dah mula rasa lain macam.. takut... walau ada hampir 6 orang pelawat berhampiran aku, juga sesi wedding fotoshoot, hati aku tetap rasa x keruan.. terpaksa aku turun dulu ke bawah tenangkan hati.. terpaksa la Mr Brandon jalan sorang-sorang menerokai tingkat atas...

Memang x berani aku nak naik atas lagi lepas tu.. kami habiskan masa bergambar di bawah aje..

Hujan renyai-renyai menjadikan kawasan di Kellies Castle terasa sepi.. jam 4.30 petang tapi umpama jam 7.00 malam.. tetapi pelawat yang datang makin bertambah.. hampir 15 orang kemudiaannya..

Nak dijadikan cerita, aku x sabar-sabar nak balik.. memandangkan telah melalui satu situasi gangguan emosi.. suami pulak masih x puas membaca semua informasi sejarah.. kerana x nak basah, aku pon masuk dulu ke dalam kereta.. sekali tiba-tiba ternampak seperti satu bayangan ada disebelah cermin kereta..

Nauzubillah..

Pelan-pelan aku tengok bayang apakah itu.. dan serentak dengan tu terasa kereta bergoyang-goyang.. aduuhhh.... rupenye si monyet ni yang punye kerja... sabar je la...

Percutian ke tempat ni cukup meninggalkan sejarah dalam diri aku.. selalu aku lalu depan istana ni, tapi x pernah singgah.. 31 tahun berlalu, baru kini aku dapat melangkah masuk dan akhirnya terpatri sejarah baru dalam hidup aku...

Dalam perjalanan pulang, kami lalu di sebuah kawasan lama perlombongan bijih timah.. dapat la tengok secara 'live' kapal korek yang digunakan untuk mengorek bijh timah dari dasar sungai..inilah punca kekayaan negeri Perak satu masa dulu..

Selesai satu lagi penerokaan peninggalan sejarah di negeri kelahiranku.....

Next time, kita cari lokasi sejarah yang seterusnya....



Wednesday, December 15, 2010

Teluk Intan with LOVE

Balik kampung .. ooo.. balik kampung..
Bahagia sungguh rasa di hati.. bila cuti skolah dapat diraikan di kampung halaman sendiri..
Lagi berseri dengan kehadiran suami yang sedang bercuti...
Skali skali nak jugak tukar selera.. Jadi lokasi pilihan lunch kami hari ni adalah...
SUSHI KING di Giant, Teluk Intan
First time kami try makan kat sini... selalu x peduli pun, tapi kali ni memandangkan ada Happy Hour dari jam 2.00 ptg- 5 ptg iaitu diskaun 20%, apalagi terus je Sushi King menjadi pilihan...

Pening jugak nak pilih menu.. semuanya nak..

Ini paling best.. rasa semua piring nak ambik...

Shoyu = soya sauce.. terbaekkk !!!

Ginger Soda.. sedapp... pilihan suami...

Pink Guava Yakult.. pilihanku....

Ni plak..Tuna Mayo Maki.. isinya tuna..

Chuka Iidako.. isi sotong.. slalu makan yang ni kan Jusco...

Tengok tu.. x kenyang-kenyang lagi.. kita amik lagi...

California Maki... ada isi ketam...

Kani Tama Maki... layan cheese la plak...

Selera suamiku makan....
Nyum...nyum... sedap sekali... dan berkali-kali.....

Seterusnya.. Okonomiyaki


sate ayam plak.. Yakitori Negimiso....

Alhamdulillah... kenyang dengan rezeki hari.. harga makanan kat sini dikira berdasarkan warna piring.. senang macam tu.....

Perjalanan diteruskan.. untuk menghadamkan makanan yang baru dimakan..

Lokasi : Menara Condong Teluk Intan...

Tanah tempat tumpah darah..

Hari makin petang... seterusnya kami menyulusuri River Front, Teluk Intan..

Sebenarnya, tak tau pon tempat ni dinamakan River Front.. kami kat sini panggil tepi sungai je..
Kawasan taman di tepi Sungai Perak..


Bergambar sakan...


Bersama apam balik buat bekalan...

Selesai sudah acara bercuti di kampung halaman.. yang indah semestinya ada di kampung sendiri...

Bye-bye Teluk Intan.. see u next time...